Petronas Carigali Bakal Disenaraikan Di Bursa Malaysia?

NEW YORK: Malaysia mungkin menyenaraikan anak syarikat PETRONAS dalam Bursa Malaysia bagi menarik lebih ramai pelabur ke pasaran saham tempatan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, Petronas Carigali Sdn Bhd, unit huluan dalam syarikat minyak Fortune 500 negara, mungkin salah satu daripadanya tetapi ada juga syarikat lain yang berpotensi.

Dalam satu dialog bersama pengurus dana di ibu pejabat JP Morgan, di sini, semalam, Dr Mahathir dimaklumkan bahawa ramai pelabur percaya bahawa penyenaraian PETRONAS atau Carigali mampu merangsang bursa tempatan.

“Kita melihatnya sebagai satu kemungkinan tetapi pada masa ini, kita merasakan bahawa menjual saham PETRONAS tidaklah baik kerana kita mahu PETRONAS menyokong kerajaan. Mungkin pada peringkat seterusnya kita boleh mempertimbangkan perkara itu.

“Namun, apa yang kita persetujui ialah untuk beralih kepada anak syarikat. Kita boleh menjual saham dalam subsidiari kerana ia tidak akan banyak menjejaskan PETRONAS. Satu daripadanya ialah Carigali tetapi ada juga beberapa yang lain,” katanya.

Perbincangan pasaran mengenai penyenaraian Carigali diperkatakan beberapa kali sejak beberapa tahun lalu, namun tidak pernah menjadi kenyataan.

Pada 2010, penganalisis menganggarkan unit penerokaan dan pengeluaran PETRONAS berpotensi memiliki modal pasaran hingga RM150 bilion.

Sumber: BH Online

Siapa Petronas Carigali Sdn Bhd?

Sumber: Laman Web Petronas

Petronas Carigali adalah merupakan anak syarikat milik sepenuhnya PETRONAS yang beribu pejabat di KLCC. Asalnya, Petronas Carigali ditubuhkan bagi menjalankan operasi carigali dan pengeluaran minyak di Malaysia. Ia kini telah mengembangkan operasinya ke seluruh dunia.

Petronas Carigali memiliki Petronas Carigali Overseas Sdn Bhd dan mempunyai banyak anak syarikat tersendiri.

PETRONAS Dah Ada 3 Syarikat Tersenarai

Ketiga-tiga syarikat yang disenaraikan PETRONAS juga merupakan sebahagian daripada FBM KLCI (30 syarikat terbesar yang disenaraikan). Di tempat pertama kita ada PETRONAS Chemicals dengan market capitalization sebanyak RM60.24 bilion, diikuti PETRONAS Gas sebanyak RM32.61 bilion dan PETRONAS Dagangan sebanyak RM23.33 bilion.

Semuanya merupakan saham blue chip dan ‘mahal’, tak ramai pelabur runcit yang mampu beli. Sebaliknya jerung-jerung tempatan dan antarabangsa yang banyak menjadi pemegang saham syarikat.

1. PETRONAS Chemicals Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

2. PETRONAS Gas

Sumber: Bursa Marketplace

3. PETRONAS Dagangan

Sumber: Bursa Marketplace

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend