Pos Malaysia Berhad Lantik CEO Baru

Pada 11 Disember 2017, POS Malaysia memaklumkan bahawa Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh akan meletakkan jawatan sebagai CEO berkuatkuasa 31 Disember 2017.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sejak 1 November 2015, beliau telah memperkenalkan pelbagai inisiatif penting termasuklah memainkan peranan utama dalam pengambilalihan aset berkaitan logistik termasuk menerajui kerjasama strategik dengan Lazada Malaysia, salah satu elemen terpenting dalam Zon Perdagangan Bebas Digital yang baru dilancarkan oleh kerajaan serta bekerjasama dengan Tigers Ltd dari Hong Kong, antara lain.

Melalui filing yang dibuat di Bursa Malaysia pada 23 Januari, Al-Ihsal Ishak akan dilantik sebagai Ketua Kumpulan CEO yang baru bermula 2 Februari ini. Al-Ihsal, 49 berkelulusan Bachelor of Management (Honours) dari Universiti Sains Malaysia memulakan karier bersama Turnaround Managers Inc.

Sumber: Mekanika

Beliau turut pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Unit Digital di McCann Ericsson Worldgroup, CEO Baraka Telekom, Senior Vice President bagi Malaysia Airlines Berhad dan Head of Ancillary Income di Air Asia Berhad.

Setelah pemberitahuan berita penggantian CEO terbaru ini, KWSP dilihat mula menambahkan pegangan mereka dalam kaunter POS. Anda dapat lihat pembelian dilakukan untuk 3 hari berturut pada 23, 24 dan 25 Januari.

KWSP menambah pegangan dalam Pos Malaysia

Pada harga hampir RM 5 seunit, mungkin saham ini bukan pilihan bagi pedagang runcit. Tapi jika anda merupakan pelabur jangka panjang dan ingin merasai pulangan dividen syarikat, kaunter ini boleh diletakkan dalam senarai watchlist memandangkan syarikat selalu memberikan dividen tahunan dan nilainya juga agak tinggi.

Rekod pemberian dividen sejak tahun 2007

Prestasi Saham Pos Malaysia

Sumber: Bursa Marketplace

Bolehkah CEO baru Pos Malaysia meningkatkan lagi prestasi syarikat dan menambat hati para pelabur? Jerung bernama KWSP dah mula mengorak langkah nampaknya, adakah jerung-jerung lain akan turut serta?

Apa-apa pun, baca juga 7 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Saham Pos Malaysia.

Rujukan: The Edge Markets

Komen

komen