Prestasi IPO Bagi Tahun 2017. Ada Yang Harganya Naik 22% Selepas Sehari

Sumber : themalaymailonline.com

Pada tahun 2017, dijangkakan sejumlah 11 IPO baru akan tersenarai di Bursa Malaysia. Setakat ini hanya 9 syarikat telah disenaraikan.

Sekejap, Apa itu IPO?

IPO mempunyai nama panjang Initial Public Offering. Jika anda dah mula terlibat dalam bidang pelaburan saham ni, mesti pernah dengar apa itu IPO kan? Kalau menurut Wikipedia – Initial public offering (IPO) bermaksud pelancaran saham baru di pasaran saham. Ia biasanya dijual kepada pelabur institusi, yang kemudiannya dijual kepada pelabur umum (orang macam kita) buat pertama kalinya. Melalui proses inilah, sebuah syarikat pegangan peribadi bertukar menjadi syarikat umum.

Untuk penjelasan yang lebih panjang, sila rujuk kepada artikel Apa Itu IPO Dan Bagaimana Nak Beli IPO.

Prestasi 10 IPO Setakat Oktober 2017

Berikut adalah senarai 10 IPO bagi tahun 2017 dan prestasi masing-masing sejak disenaraikan:

#1. HLT Global

Sumber: Bursa Marketplace

Harga IPO: RM0.45

Harga Sehari Selepas Disenaraikan: RM0.52

Untung: RM0.07 atau 13.46% untuk sehari

Harga Pada 19 Oktober 2017: RM0.57

Untung: RM0.12 atau 26.67% selama 10 bulan

#2. Matang Berhad (Tak Patuh Syariah)

Sumber: Bursa Marketplace

Harga IPO: RM0.13

Harga Sehari Selepas Disenaraikan: RM0.14

Untung: RM0.01 atau 7.69% untuk sehari

Harga Pada 19 Oktober 2017: RM0.11

Rugi: RM0.02 atau 15.38% selama 10 bulan

#3. Serba Dinamik Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Harga IPO: RM1.50

Harga Sehari Selepas Disenaraikan: RM1.53

Untung: RM0.03 atau 2% untuk sehari

Harga Pada 19 Oktober 2017: RM2.64

Untung: RM1.14 atau 76.0% selama 9 bulan

#4. Eco World International (Tak Patuh Syariah)

Sumber: Bursa Marketplace

Harga IPO: RM1.20

Harga Sehari Selepas Disenaraikan: RM1.27

Untung: RM0.07 atau 5.83% untuk sehari

Harga Pada 19 Oktober 2017: RM1.06

Rugi: RM0.14 atau 11.67% selama 6 bulan

#5. Eversafe Rubber

Sumber: Bursa Marketplace

Harga IPO: RM0.36

Harga Sehari Selepas Disenaraikan: RM0.415

Untung: RM0.055 atau 15.28% untuk sehari

Harga Pada 19 Oktober 2017: RM0.38

Untung: RM0.02 atau 5.55% selama 6 bulan

#6. CabNet Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Harga IPO: RM0.56

Harga Sehari Selepas Disenaraikan: RM0.73

Untung: RM0.17 atau 30.36% untuk sehari

Harga Pada 19 Oktober 2017: RM0.60

Untung: RM0.04 atau 7.14% selama 5 bulan

#7. Inta Bina Group

Sumber: Bursa Marketplace

Harga IPO: RM0.25

Harga Sehari Selepas Disenaraikan: RM0.305

Untung: RM0.055 atau 22% untuk sehari

Harga Pada 19 Oktober 2017: RM0.31

Untung: RM0.06 atau 24% selama 5 bulan

#8. Advancecon Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Harga IPO: RM0.63

Harga Sehari Selepas Disenaraikan: RM0.795

Untung: RM0.165 atau 26.19% untuk sehari

Harga Pada 19 Oktober 2017: RM1.07

Untung: RM0.44 atau 69.84% selama 5 bulan

#9. Lotte Chemicals (LC Titan)

Sumber: Bursa Marketplace

Harga IPO: RM6.50

Harga Sehari Selepas Disenaraikan: RM6.48

Rugi: RM0.02 atau 0.31% untuk sehari

Harga Pada 19 Oktober 2017: RM5.39

Rugi: RM1.11 atau 17.08% selama 3 bulan

#10. Cloudaron Group (Tak Patuh Syariah)

Sumber: Bursa Marketplace

Harga IPO: RM0.11

Harga Sehari Selepas Disenaraikan: RM0.175

Untung: RM0.065 atau 59.09% untuk sehari

Harga Pada 19 Oktober 2017: RM0.22

Untung: RM0.11 atau 100.0% tak sampai sebulan

Rumusan: 9 Untung dan 1 Rugi Sehari Selepas Disenaraikan

Untunglah bagi anda yang berjaya membeli IPO pada tahun 2017.

Bolehlah jika kita simpulkan, prestasi saham IPO sehari selepas disenaraikan adalah memberansangkan. 91.67% Peluang Untuk Untung Menerusi IPO Dalam Masa Sehari pada tahun 2016, dan 90% peluang untuk untung dalam masa sehari pula bagi IPO yang disenaraikan pada tahun 2017.

Jadi sekarang mungkin anda dah faham kenapa orang berebut-rebut nak beli saham IPO?

Demi menggalakkan golongan Bumiputera berpeluang memiliki saham-saham ini, pihak MITI telah memperuntukkan saham khas untuk Bumiputera. Untunglah…..Tapi masih ramai tak tahu pasal benda ni.

Baca di sini jika nak tahu bagaimana caranya untuk memohon.

10 IPO 2017: 7 Untung dan 3 Rugi Setakat Oktober

Tetapi untuk jangka masa yang lebih panjang, daripada 10 saham syarikat yang baru disenaraikan pada tahun 2017; 7 syarikat mengalami kenaikan harga manakala 3 syarikat harga sahamnya menurun sehingga 19 Oktober.

Boleh dapatkan lebih info di laman web Bursa Malaysia.

Saham-saham yang baru tersenarai ini juga sama seperti saham lain, harganya akan ada masa turun, ada masa naik. Begitulah adat dalam pelaburan saham, ada untung dan ada ruginya. Belajarlah memilih saham yang baik dan strategi yang betul untuk mengurangkan kerugian dan memaksimakan keuntungan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA