Prestasi Saham Wall Street Merudum? Tiga Faktor Ekonomi Amerika Syarikat Yang Anda Perlu Tahu

Kalau anda nak tahu, pasaran saham Amerika Syarikat telah merekodkan kenaikan untuk tiga tahun berturut-turut. Kemenangan Donald Trump dalam Pilihanraya Amerika Syarikat pada tahun 2016 pada awalnya dianggap sebagai petanda buruk, namun sebaliknya yang berlaku.

Walaubagaimanapun, pasaran saham di negara itu merudum sejak bulan Oktober, jatuh hampir ke paras terendah yang pernah dicapai tahun lalu.

Dan terbaru pada hari Jumaat 14 Disember 2018, kejatuhaan terbaru telah direkodkan oleh Wall Street berikutan kebimbangan pelabur terhadap prestasi ekonomi global yang semakin perlahan.

Kejatuhan Didorong Ekonomi Perlahan

Aktiviti ekonomi dilihat semakin perlahan dengan data-data ekonomi kurang memberangsangkan terutamanya dari ekonomi kedua terbesar dunia iaitu China. Hal ini sekaligus telah membenam ketiga-tiga indeks utama Wall Street ke paras rendah.

Pada sesi dagangan Jumaat, Nasdaq jatuh hampir 2.3%, Dow Jones jatuh 2%, manakala S&P 500 susut 1.9%.

Tren Kejatuhan Indeks Dow Jones. Sumber : Investing.com

Seperti yang ditunjukkan pada carta di atas, Indeks Dow Jones mencapai paras tertinggi tahun ini pada 3 Oktober 2018 sebelum membuat kejatuhan ke paras terendah pada Jumaat (14 Disember 2018) lalu. Jika kedudukan semasa Wall Street kekal dan tiada kenaikan signifikan yang berlaku untuk baki 2018, kita akan menyaksikan kejatuhan Wall Street buat pertama kalinya sejak tiga tahun lalu.

Wall Street Jatuh, Pasaran Saham Lain Turut Jatuh

Kenapa? Kerana pasaran saham dan ekonomi Amerika Syarikat adalah yang terbesar di dunia dan sudah tentu ia mampu memberi kesan kepada pasaran saham global. Dan sebenarnya pasaran saham Asia juga telah menerima tempias negatif daripada kejatuhan Wall Street sejak tempoh tersebut, termasuklah di Malaysia sendiri.

Bagi Malaysia pula, kita ada FBMKLCI yang menjadi penanda aras Bursa Malaysia. Cuba tengok carta di bawah sebagai bukti kejatuhan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) pada tempoh yang sama sejak Oktober.

Tren Kejatuhan Indeks KLCI. Sumber : Investing.com

3 Sebab Utama Penyumbang Perubahan Sentimen Pasaran Saham Amerika Syarikat

1. Momentum Saham Teknologi Yang Merudum

Pada puncak tertinggi yang dicapai pada Oktober, Dow Jones dan S&P 500 merekodkan kenaikan sebanyak 8% sejak awal 2018, manakala Nasdaq pula telah meningkat sebanyak 15%. Kenaikan ini dilihat banyak dipandu oleh sektor teknologi. Tengok saja Saham FAANG Di Amerika Syarikat Ditutup Pada Paras Tertinggi dan Syarikat Apple Kini Bernilai $1 Trilion US Dolar.

Kini kaunter-kaunter dominan seperti Apple dan Facebook merudum dan memberi kesan kepada pasaran secara keseluruhannya. Ketiga-tiga indeks utama kini jatuh sebanyak 10% daripada paras tertinggi yang dikatakan sebagai satu bentuk pembetulan harga (correction).

Memetik komen yang dibuat oleh strategist ekuti di US Bank Wealth Management, Terry Sandven berpendapat selagi sektor teknologi tidak pulih; selagi itu pasaran tidak akan membuat kenaikan semula.

2. Kenaikan Kadar Faedah Bank Pusat

The Federal Reserve (bank pusat Amerika Syarikat) telah menaikkan kadar faedah sebanyak tujuh kali daripada hanya 0.50% pada Disember 2016 kepada 2.25% pada September 2018.

Walaupun telah beberapa kali menaikkan kadar faedah, The Fed dijangka sekali lagi menaikkan kadar faedahnya pada Khamis (20 Disember 2018) daripada 2.25% kepada 2.50%.

Pasaran secara umumnya bimbang jika kadar faedah bank pusat terus dinaikkan, ia akan menyebabkan kos pinjaman semakin tinggi seterusnya mengurangkan pelaburan oleh sektor swasta.

Ambil tahu juga Apa Sebenarnya Tugas Utama Bank Pusat Di Sesebuah Negara?

3. Pertumbuhan Ekonomi Semakin Perlahan

Pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dijangka perlahan kepada 2.5% pada tahun 2019, susut daripada 3% tahun ini. Ia hasil penyelidikan oleh International Monetary Fund (IMF) dan Federal Reserve sendiri. Terdapat tanda-tanda yang memberikan isyarat ini, khususnya petunjuk ekonomi yang merekodkan kejatuhan.

Pada Oktober lepas, data jualan rumah telah merekodkan kejatuhan sebanyak lebih daripada 5% berbanding tahun lalu. Manakala perbelanjaan pembinaan juga merudum ditambah juga pertumbuhan perbelanjaan pengguna yang kurang memberangsangkan.

Nasib yang sama dijangka melanda negara kita, di mana Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Dijangka Merosot – Kata Bank Dunia.

Dunia Sedang Menuju Krisis Ekonomi?

Memang tidak dinafikan, kita seolah-olah berada dalam kitaran 10-12 tahun sekali. Dan krisis ekonomi dijangka akan berlaku tidak lama lagi, atau telah pun bermula samada kita sedar atau pun tidak.

Tahun 1997 dengan Krisis Kewangan Asia, tahun 2008 pula kita ada Krisis Kewangan Global. Sama-samalah kita bersedia untuk menghadapinya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top 5 Saham Dalam Portfolio Warren Buffett Ketika Ini

“Saham apa yang Warren Buffett pegang sekarang?”

Satu sosok yang sangat dihormati dalam dunia pelaburan saham ini tidak lain tidak bukan adalah Warren Buffett. Beliau antara pelabur saham yang sangat berjaya sehingga menjadi ikon atau tokoh dalam dunia pelaburan saham ini. 

Sumber: Investopedia

Dalam keadaan pasaran yang bercampur dan tidak menentu ini, nak tahu juga saham apa yang pemilik syarikat Berkshire Hathaway ini pegang. 

Artikel kali ini akan menyenaraikan lima pegangan saham dengan nilai terbesar dalam portofolio Warren Buffet melalui syarikat pengurusan pelaburannya, Berkshire Hathaway setakat 31 Disember 2023. 

Sebelum itu, baca: 5 Langkah Buka Akaun Saham Global Dan Mula Melabur Saham Gergasi Dunia

1. Apple Inc.

Saham syarikat Apple Inc. merupakan pegangan terbesar portfolio Berkshire Hathaway ketika ini dengan pemilikan sebanyak lebih 905 juta unit. Pegangan saham syarikat ini mewakili 50.2% daripada portfolio keseluruhan syarikat tersebut. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$167.565 bilion.

2. Bank Of America Corporation

Di tempat kedua pula adalah saham syarikat perbankan di Amerika syarikat, iaitu Bank Of America Corp dengan pegangan sebayak 1.032 bilion unit. Walaupun ditempat kedua, namun saham syarikat ini hanya mewakili 10% sahaja daripada portfolio keseluruhan Berkshire Hathaway. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$35.210 bilion.

3. American Express Company

Syarikat kredit kad terkemuka dunia, American Express adalah syarikat yang berada di tangga ketiga terbanyak dalam portfolio Berkshire Hathaway ketika ini. Dengan pemilikan sebanyak 151.61 juta unit, American Express mewakili 8.2% daripada keseluruhan portfolio syarikat konglomerat. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$32.226 bilion.

4. Chevron Corporation

Chevron Corporation merupakan syarikat yang menjalankan perkhidmatan minyak dan gas, iaitu Chevron Corporation. Berkshire Hathaway memiliki sebanyak 126.093 juta unit, mewakili 5.4% daripada portfolio keseluruhan syarikat. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$18.990 bilion.

5. Occidental Petroleum Corp

Di tangga kelima pula adalah Occidental Petroleum Corp (OXY), sebuah syarikat besar cari gali dan pengeluaran minyak dan gas dari Amerika Syarikat. Berpusat di Houston, Texas, ia beroperasi secara global, dengan tumpuan kepada cari gali dan pengeluaran hidrokarbon serta pembuatan bahan kimia. Dengan pemilikan sebanyak 248.018 juta unit, saham OXY ini mewakili 28.2% daripada keseluruhan portfolio syarikat. Pegangan ini dianggarkan bernilai AS$15.010 bilion.

Baca juga: Nak Buka Akaun CDS Global Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini

Banyak Betul Saham Apple Dalam Portfolio Berkshire Hathaway

Jika kita rujuk artikel di atas, hampir separuh portfolio syarikat Berkshire Hathaway yang dimiliki oleh Warren Buffet ini adalah saham daripada jenama telefon pintar terkemuka dunia, iaitu Apple Inc. 

Jika anda ada dana sama banyak dengan Warren Buffet, saham apa yang anda akan jadi pegangan terbesar dalam portfolio anda?

Sumber: cnbc.com

E-book Leaders & Laggards Edisi Bursa Malaysia yang dilancarkan sebelum ini mendapat permintaan yang sangat luar biasa dan dengan itu kami tergerak untuk menulis E-book Leaders & Laggards Wall Street.

Kami telah kenal pasti beberapa golongan yang memerlukan E-book Leaders & Laggards Wall Street ini. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada golongan di bawah, e-book ini adalah sangat sesuai.

  1. Baru nak mula melabur di Wall Street.
  2. Pelabur yang mencari senarai leader & laggard di Wall Street.
  3. Pengamal ilmu CANSLIM.

Sudah tentu anda ingin tahu apa yang anda akan pelajari dari e-book ini, betul tak?

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Miliki e-book Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet