Prinsip ‘The Three Monkey Record of Money’: Asal-Usul Candlestick Jepun

Ada pepatah dari negara Jepun yang berbunyi ‘A clever hawk hides its claws’. Negara Jepun adalah yang pertama menggunakan analisa teknikal untuk memperdagangkan Futures Market, iaitu Rice Futures pada kurun ke-16. Lebih menarik lagi, kelahiran Futures Market di Jepun juga adalah perdagangan Futures pertama di dunia yang mana telah membuka peluang kepada kelahiran instrumen perdagangan lain seperti saham, komoditi dan sebagainya.

Berdagang dalam Rice Futures Market banyak dipengaruhi oleh spekulasi dan disebabkan inilah orang Jepun mula menggunapakai analisa teknikal. Tahap populariti Futures Market di Jepun pada masa itu juga telah melahirkan seorang lagenda yang terkenal yang dikenali sebagai Homma pada kurun ke-17.

Beliau mendapati spekulasi daripada para speculator sangat memberi kesan kepada Futures Market. Malah, terdapat hubungkait psikologi iaitu emosi pemain pasaran dengan pergerakan harga dalam menentukan supply and demand. Dalam kajian beliau yang terperinci, beliau telah membuat kesimpulan bahawa emosi pemain pasaran boleh membantu meramalkan harga beras pada masa akan datang.

Emosi Mempengaruhi Harga Pasaran

Dalam erti kata lain emosi turut memainkan peranan dalam menentukan nilai dan harga beras pada masa akan datang. Homma memahami bahawa aspek psikologi pasaran adalah penting untuk kejayaan pemain pasaran.

Semasa era kejayaan beliau, beliau telah menulis buku (The Fountain of Gold-The Three Monkey Record of Money) dengan mengulas keseluruhan rangkuman kejayaannya selama 60 tahun berdagang dalam Rice Futures Market. Di antara ulasan dalam buku tersebut ialah “when all are bearish, there is cause for prices to rise. when everyone is bullish there is cause for the price to fall”. 

Pada hari ini, aktiviti seperti ini serupa dengan apa yang kita gelar sebagai pendekatan atau kaedah seorang ‘Contrarian’. Ianya merupakan perkara yang sangat penting untuk menjadi seorang pelabur atau pemain pasaran yang baik. Menariknya, buku hasil tulisan beliau ini telah dicatatkan pada tahun 1755 dan merupakan buku tertua serta yang pertama menitikberatkan soal analisa teknikal dan psikologi pelabur/pedagang pada masa itu.

Melihat tajuk buku itu sahaja sudah menggambarkan prinsip 3 ekor monyet dan bagaimana mereka menjana kekayaan di dalam bidang ini. Berikut adalah 3 prinsip asas karakter monyet tersebut:

1. See No Evil:

Bila anda melihat trend Bull (kenaikan) atau Bear (penurunan) jangan terperangkap dengan ilusi trend tersebut. Lakukan persediaan untuk Sell/Buy (Jual atau beli) pada portfolio anda. Menurut beliau lagi, putaran seperti ini saling berhubung kait.

Ketika berlaku Yin (Bearishness) akan sentiasa terdapat Yang (Bullishness). Dalam erti kata lain, setiap kali berlaku kejatuhan pasti akan ada kenaikan. Begitu juga sebaliknya.

2. Hear No Evil

Jika anda mendengar berita Bullish/Bearish jangan berdagang kerana berita tersebut. Ia mungkin lebih selamat untuk mengambil tindakan selepas anda melihat bagaimana pasaran bertindak balas kepada bentuk berita tersebut. Berbanding memulakan perdagangan ketika berita itu dikeluarkan.

Bernard Baruch, seorang pelabur tersohor ada mengingatkan perihal ini kepada orang ramai, ‘Apa yang sangat penting ketika berlaku harga turun atau naik bukan berdasarkan sejauh mana berita tersebut positif atau negatif, tetapi bagaimana reaksi pasaran kepada berita tersebut.

Contoh perkara seperti di atas, pada awal bulan Ogos tahun 1990, Peperangan Iraq telah berlaku ketika harga komoditi emas (Gold) berada di paras tertinggi (All-time high) dalam sejarah pada ketika itu, di atas paras $425. Jika dilihat pada paparan dalam carta tersebut harga emas beberapa kali gagal untuk cuba naik ke paras yang lebih tinggi.

Namun, akibat berlaku peperangan di Timur Tengah telah membuka peluang untuk komoditi emas naik mendadak. Ini disebabkan berita atau spekulasi telah berlaku dan ramai orang menyediakan safe heaven. Malangnya catatan harga emas makin hilang kilauannya sehingga mengakibatkan harga komoditi emas jatuh merudum dua (2) bulan selepas itu pada harga $360.

Oleh itu, kita dinasihatkan agar berhati-hati semasa membuat penilaian terhadap sebarang berita atau sentimen ketika ingin melabur atau berdagang.

3. Speak No Evil:

Jangan beritahu atau berkongsi dengan orang di luar sana tentang apa yang anda lakukan terhadap portfolio pelaburan atau perdagangan anda. Adakah perkara seperti ini berlaku kepada anda?

Contohnya, ketika anda melakukan analisa terhadap saham XYZ, anda berpandangan bahawa ada peningkatan pada masa akan datang. Kemudiannya anda bersedia untuk membuat Position Long terhadap Saham XYZ. Namun anda telah berkongsi pendapat ini kepada komuniti luar yang mana mereka berpandangan berbeza daripada anda.

Disebabkan ini, psikologi anda terjejas hingga menyebabkan anda tidak melakukan Position Long tersebut. Namu, anda dapati pandangan anda betul dan Saham XYZ meningkat naik.

Jika anda belajar baik-baik bagaimana pasaran terhasil, anda akan mendapati bahawa lebih selamat untuk kita merahsiakan semua perancangan kita tentang pasaran. Kecuali anda percaya ada orang atau kenalan terdekat anda yang lebih mahir daripada anda untuk anda jadikan rujukan sejauh mana anda salah.

Memetik semula satu petikan kata-kata emas dalam buku tersebut

To learn about the market ask the market. Only then can you become a detestable Market Demon

Kesimpulanya di sini, jika anda amati dengan elok-elok Prinsip asas The Three Monkey Record of Money sangat penting untuk kita gunakan dalam memantapkan perjalanan hidup kita sebagai pelabur professional.

Adakah ini bakal menjadi satu titik permulaan baru kepada anda?

Sumber Rujukan: Buku (Beyond Candlestick-Steve Nison)

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend