Rugi Dalam Pelaburan Saham Serta Contoh Pengiraan

Rugi dalam pelaburan saham

Memang betul, pelaburan saham ini boleh mendatangkan pulangan yang lebih daripada unit trust (10%-15% setahun) atau ASB (7%-9% setahun). Tapi kita kena berpegang kepada konsep High Risk, High Return. Dan sudah semestinya, pelaburan di pasaran saham tergolong dalam kategori High Risk.

Rugi Itu Pasti Dalam Pelaburan Saham

Sama seperti mana-mana perniagaan di dunia ini, untung rugi merupakan suatu adat yang kita tak dapat lari.

Kalau ada orang kata dia berjanji boleh beri kita keuntungan tetap setiap bulan atau setiap tahun – janganlah percaya, confirm skim cepat kaya.

Dalam pelaburan saham, rugi itu sudah pasti. Apa yang naik pasti akan turun. Setiap saham akan ada masa bergerak menaik, mendatar atau pun menurun.

Kalau Nak Untung 20% Sebulan, Sanggup Ke Anda Rugi 20% Sebulan?

Cuba jawab dulu sejujur-jujurnya. Pasti kita semua tak sanggup kan? Sebab itulah dalam pelaburan saham ni, kena ada ilmu.

Sebelum kita mula dengan pelaburan saham, kita wajib ada 2 ilmu berikut terlebih dahulu:

  1. Apakah saham yang bagus untuk dibeli? (What to buy?)
  2. Bila masa sesuai untuk beli saham tersebut? (When to buy?)

2 Ilmu Ini Boleh Minimakan Kerugian Anda Sambil Memaksimakan Keuntungan

Untuk tahu apa saham yang bagus untuk dibeli, kita perlukan ilmu Fundamental Analysis. Boleh rujuk artikel Apa Itu Fundamental Analysis yang Selalu Sifu Saham Sebut Tu? supaya anda tahu apa saham yang secara konsisten berikan dividen setiap tahun (setiap 3 bulan pun ada!).

Seterusnya untuk kita tahu bila masa yang sesuai untuk beli saham, kenalah ada ilmu Technical Analysis pula. Secara ringkasnya, Technical Analysis bermaksud mengkaji pergerakan saham dengan memberi keutamaan kepada harga saham dan jumlah dagangan (price & volume) dengan menggunakan carta, bagi menjangka pergerakan harga dan trend. Nak tahu lebih lanjut, sila rujuk artikel Jika Tiada Asas Teknikal Analisis, Jangan Gatal Beli Saham.

Guna Trading Plan dan Tetapkan Stop Loss

Disebabkan rugi itu pasti dalam pelaburan saham, maka kita perlu ada Trading Plan supaya kita boleh tentukan Stop Loss. Bahasa mudahnya, kalau harga saham jatuh ke paras Stop Loss; cepat-cepatlah jual saham tu sebelum rugi lebih besar lagi.

Contoh Pengiraan Kerugian:

Saham A sekarang berada pada harga RM0.96 seunit dan berada dalam pergerakan menaik. Kita pun buat Trading Plan seperti berikut:

Entry Price = RM1.00

Resistance / Target Price 1 = RM1.10

Target Price 2 = RM1.20

Support = RM0.96

Stop Loss = RM0.95

Risk : Reward = 5 : 10

Harga saham A cecah je RM1.00, kita pun beli 1 lot:

RM1.00 seunit x 100 unit = RM100.00 (modal)

Namun apakan daya, minat pembelian terhadap saham A menurun kerana ramai yang membuat profit-taking semata-mata. Oleh itu, saham A yang kita jangkakan boleh cecah sampai RM1.10 seunit, jatuh pula ke harga RM0.95 seunit.

Atas kertas kita dah rugi sebanyak RM5 (atau 5%). Ingat yang kita dah buat trading plan untuk stop loss dekat RM0.95? Maka jika kita jual semua, maka barulah kita betul-betul rugi RM5 (tak termasuk kos brokerage).

RM0.95 seunit x 100 unit = RM95.00

“Ala…tak payah la jual, nanti dia naik balik tu.”

Itu kalau dia naik…kalau terus turun dan tak naik-naik? Fikirlah sendiri.

Ini hanya contoh. Daripada kita rugi lebih banyak, baik kita tetapkan rugi kita pada paras 5% sahaja. Faham tak dengan contoh di atas? Jika ada soalan boleh tanya di ruangan komen.

Sekali lagi diulang, rugi dalam pelaburan saham itu adalah sesuatu yang pasti. Jangan disebabkan takut rugi, anda terus menjauhkan diri daripada pelaburan saham.

Jika anda zero tentang pelaburan saham di Bursa Malaysia, dan kalau rasa nak belajar lebih lanjut bolehlah hadir ke seminar anjuran Tn. Hj. Mohd Asri.

SEMINAR LABUR SAHAM

Tn. Hj. Mohd Asri adalah Ikon (Social Influencer) BursaMKTPLC yang merupakan sebahagian daripada Bursa Malaysia. Segala perkongsian beliau adalah berkenaan pelaburan saham yang sah di sisi undang-undang.

Program ini adalah eksklusif untuk anda yang sentiasa SIBUK tetapi ingin tambah pendapatan ekstra melalui pelaburan saham.

Sesuai hadir seminar ini jika selalu rasa…

(1) Pelaburan Saham Itu HARAM
(2) Pelaburan Saham Perlukan Modal BESAR
(3) Pelaburan Saham Itu SUSAH

Daftar PERCUMA di sini >> Seminar Labur Saham

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend