Saham? Inilah Respon dari Kawan-Kawan Melayu & M40

Mentaliti orang Melayu ni hanya dua benda sahaja iaitu ASB ataupun Unit Trust. Letak duit dan pejam mata. Orang Melayu memang suka serah kerja kepada orang lain.

Baguslah, at least ada juga melabur dekat tempat yang sah dan betul.

Kawan-kawan yang dalam golongan pertengahan (M40) tahu yang keuntungan ASB datang dalam bentuk dividen + bonus dan keuntungan Unit Trust melalui dividen + kenaikan harga unit dana.

Mereka juga tahu keuntungan dari pelaburan saham pula datang dalam bentuk capital gain + dividen. Mereka juga tahu pulangan yang diterima adalah jauh lebih besar (baca lebih untung) disebabkan risikonya yang juga besar.

Mereka tahu setakat nak dapat 10%-30% dalam masa tak sampai setahun tu biasa orang buat.

Baca juga Peram Saham-Saham Ini 5 Tahun Lepas, Sekarang Pulangan Lebih 100%

Mereka ni memang tahu banyak benda.

Tapi mereka ni akaun saham (CDS) belum ada. Bila diajak kawan-kawan ni pergi buka akaun dan belajar lebih lagi, ini antara alasan yang selalu diterima:

Alasan 1 – “Aku sibuk dengan komitmen kerja bro..tak ada masa nak belajar pasal saham-saham ni”

Tapi tepat pukul 5 kau lah orang pertama depan mesin punch card untuk balik. Tak pernah pula nampak kau stay up dekat ofis. Main badminton 5 kali seminggu ada masa pulak. Melabur saham ni kalau dah tahu caranya boleh je nak macam ASB, letak duit dan pejam mata.

Alasan 2 – “Aku belum bersedia lagi lah bro. Nanti aku cari kau bila aku dah sedia”

Tapi selepas beberapa tahun pun ko masih tak cari aku untuk belajar. Kereta dah banyak kali bertukar.

Alasan 3 – “Aku duduk jauh la bro. Banyak kelas ajar pasal pelaburan saham ni dekat KL je kan…?”

Tapi kalau bercuti kau suka pulak pergi tempat yang jauh-jauh, siap naik Air Asia X. Tak apa, nanti aku suruh sifu saham tu buat kelas depan rumah kau.

Alasan 4 – “Aku tak ada modal besar lah bro…Kalau ada RM100k baru sedap”

Tapi kau tahu smartphone kau yang up-to-date tu lebih mahal dari harga 100 unit saham. Sebab tu aku nak kau belajar. Kalau modal RM1,000 pun tak jadi duit, tak guna juga kau guna RM100,000. By the way makcik cleaner ofis kau tu pun dah beli 500 unit saham Padini Holdings.

Alasan 5 – “Takpelah bro, aku tak minatlah. Cukuplah hidup bersederhana”

Tapi kenapa bulan lepas aku dengar kau letak duit RM10k dalam skim BABI group tu? Kata nak hidup sederhana?

Aku tak marah, itu pilihan kau bro. Aku tak dapat apa pun kalau kau tak tergerak hati nak belajar. Ini bukannya bisnes MLM nak cari downline. Aku tak dapat komisen pun.

Kita sekarang bertuah dapat akses kepada ilmu dalam pelbagai cara, namun tak ramai yang mahu ambil peluang ini untuk mula merancang dan bertindak. Jomlah bro kita hebatkan ekonomi kita!

Eh, nanti awal tahun depan jangan pula up status “Alahai kenapa dividen banyak tu je?” bila tiba masa update “buku”.


Artikel ini adalah olahan dari posting asal Tuan Jaz Jamaluddin, seorang Certified Financial Technician (CFTe). Beliau juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di Asri Ahmad Academy.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend