Saham O&C Resources (OCR) Berhad Boleh Dibeli Melalui MITI

Di kala kita sibuk menyambut Tahun Baru 2019 dan sesi persekolahan yang baru mula, tiba-tiba muncul pula berkenaan Saham Khas Bumiputera bagi syarikat O&C RESOURCES BERHAD kini dibuka bermula 2 Januari 2019 (Rabu) sehingga 11 Januari 2019 (Jumaat) 12.30 tengah hari.

Kalau nak pohon, cuma ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

1. Login di laman web MITI – https://sahamonline.miti.gov.my/, kalau belum pernah ada akaun, sila daftar terlebih dahulu

2. Periksa maklumat dan klik Pohon

3. Masukkan jumlah unit, minima adalah 1000 unit atau 10 lot

4. Cetak borang dan pastikan senarai semak yang diperlukan lengkap

5. Hantar borang beserta dokumen yang diperlukan ke pejabat MITI:

Pengarah,
Bahagian AKI & Seranta,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, Aras 15, Menara MITI,
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 KUALA LUMPUR

Kejap, OCR Kan Dah Disenaraikan Di Bursa?

Tunggu dulu, ingatkan IPO saja yang kita boleh apply menerusi MITI. Tapi bukankah OCR dah lama disenaraikan di Bursa Malaysia?

Sumber: Google

Kalau diikutkan, sejak tahun 2006 lagi saham OCR Group ini telah disenaraikan. Sepanjang 12 tahun ini jugalah, harga saham tak banyak berubah. Paling tinggi pernah dicatatkan adalah RM0.70 pada Ogos 2011, manakala paras terendah pula adalah pada RM0.13 pada September 2011.

Pengumuman Kutipan Dana

Sumber: Bursa Malaysia

Oh, inilah sebabnya. Katanya OCR Group nak pakai duit, jadi nak melalui proses IPO dah tak boleh – maka buatlah Private Placement ni.

Tapi jika dilihat pada pengumuman ini, katanya harga ditetapkan pada harga RM0.28 seunit. Tapi kenapa mohon melalui MITI, harga jadi mahal iaitu RM0.31 seunit?

Fundamental OCR Yang Tidak Begitu Memberangsangkan

Sumber: Bursa Marketplace

Kalau ditengok pada angka-angka yang dicatatkan syarikat, nampak seperti tidak begitu bagus.

Beli IPO Lagi Masyuk

Biasa kita dengar MITI menawarkan IPO khas untuk bumiputera, jadi mungkin itu adalah pilihan yang lebih baik. Tengok saja Prestasi IPO Sepanjang Tahun 2018. Ada Yang Harganya Naik 130.43% Selepas Sehari.

Sabar menanti IPO QSR, peminat KFC mesti ramai yang tak sabar.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend