Saham Yang Dibeli Menjadi Tidak Patuh Shariah?

Pernahkah anda memiliki saham tidak patuh syariah yang pada mulanya berstatus patuh syariah? Jangan pelik, ini kerana Majlis Penasihat Syariah (SAC) dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan memeriksa saham-saham di Bursa Malaysia sebanyak 2 kali setiap tahun. Senarai saham-saham yang telah bertukar status akan dikeluarkan pada setiap bulan Mei dan November.

Boleh rujuk Senarai Terkini Saham Syarikat Patuh Syariah di Bursa Malaysia November 2018.

Jadi bagi pelabur yang melabur atau berdagang mengikut prinsip syariah, SAC menasihatkan supaya menjual semua saham yang tidah patuh syariah yang dimiliki dalam tempoh sebulan selepas mengetahui statusnya.

Keuntungan Daripada Saham Tak Patuh Syariah

Bagaimana pula dengan keuntungan hasil jualan saham tidak patuh syariah? Bolehkan ia disimpan? Segala bentuk keuntungan, sama ada dalam bentuk kenaikan harga saham atau pun dividen, yang diterima semasa atau selepas hari penjualan saham hendaklah disedekahkan kepada badan kebajikan.

Walaubagaimanapun, pelabur berhak menyimpan kos asal pelaburan dan keuntungan yang dijana sehingga hari pengumuman pertukaran status syariah tersebut.

Bagi mereka yang tertanya-tanya bagaimana saham boleh hilang status patuh syariah, ianya adalah disebabkan beberapa faktor seperti perubahan dalam operasi perniagaan. Faktor seperti penggabungan dan pengambilalihan syarikat juga boleh menyumbang kepada perubahan status menjadi tidak patuh syariah.

Apabila saham itu hilang status patuh syariah, pelabur harus menjualnya secepat mungkin.

Mungkin ada pelabur yang ingin menjual saham sehari selepas pengumuman pertukaran status syariah saham tersebut. Pelabur perlu tahu bahawa sebarang keuntungan yang diterima dari kenaikan harga semasa melebihi daripada harga tutup pada hari pengumuman, harus disedekahkan kepada badan kebajikan.

Sebagai contoh, Pak Kodi membeli 10,000-unit saham DSONIC pada harga RM0.50. Pada hari pengumuman pertukaran status menjadi tidak patuh syariah, harga saham DSONIC meningkat dan tutup pada RM0.53. Pada keesokan harinya, saham DSONIC melonjak lagi dan Pak Kodi menjual semua saham tersebut pada harga RM0.55. Jadi, jumlah keuntungan Pak Kodi perolehi adalah 5 sen untuk setiap saham.

Akan tetapi, keuntungan yang dibenarkan untuk disimpan hanya lah 3 sen sesaham manakala 2 sen lagi perlu disedekahkan.

Itu adalah senario jika pelaburan saham tersebut menguntungkan. Jika pelaburan saham tidak patuh syariah itu mengalami kerugian, di mana harga semasa berada di bawah harga beli, pelabur dibolehkan menyimpan saham tersebut. Dividen yang diterima pada waktu itu juga dibenarkan untuk disimpan.

Apabila dividen dan harga saham semasa menyamai kos asal pelaburan, pelabur dinasihatkan untuk menjual pegangan saham mereka.

Untuk mengira kos asal pelaburan, ianya melibatkan caj broker, duti setem, yuran penjelasan dan cukai SST yang dikenakan pada setiap pembelian dan penjualan saham.

Secara ringkasnya:

  1. Keuntungan yang dijana sehingga pada hari pengumuman pertukaran status syariah dibenarkan untuk disimpan apabila harga jual lebih tinggi dari kos asal pelaburan.
  2. Keuntungan yang dijana selepas hari pengumuman pertukaran status syariah tidak dibenarkan untuk disimpan apabila harga jual lebih tinggi daripada harga tutup pada hari pengumuman tersebut.

Artikel ini ditulis oleh Tuan Azmi Mohd Amin, seorang anak muda yang bergelar remisier di Maybank Investment Bank.

Sekiranya anda berminat untuk melabur dalam saham patuh syariah, boleh sertai Kelas Radar Saham pada bulan Mac. Kelas di Ipoh akan berlangsung pada 23 Mac 2019, manakala kelas di Dataran Maybank akan berlangsung pada 30 Mac 2019. Kelas ini dibuat khas untuk pelabur baru bagi melancarkan perjalanan mereka dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia!

Boleh follow saya di FB Azmi Mohd Amin Stockbroker atau hubungi saya di 016-4469288 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kelas tersebut!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend