5 contoh saham ini mempunyai Fundamental yang bagus

Saham Sime Darby

Sebelum ini, kami ada berkongsi tentang Apakah Itu Fundamental Analysis (FA), dan kali ini kami ingin menambah lagi dengan memberikan contoh-contoh saham yang mempunyai FA yang bagus.

Tetapi sebelum itu, harap maklum bahawa contoh yang diberi ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bukannya recommendation atau buy call untuk anda membeli saham tersebut ya. Hanya beli saham tersebut apabila anda telah melakukan analisa yang sebaiknya.

Apa kata kita refresh sikit Magic Number yang harus diperhatikan bagi sesebuah syarikat.

  1. Earnings Per Share (EPS) –> pastikan syarikat tersebut mempunyai EPS yang positif sahaja, anda tidak mahu melabur ke dalam syarikat yang rugi!
  2. Returns on Equity (ROE) –> pulangan daripada keuntungan kepada pemegang saham, lagi tinggi nilai ini, lagi bagus.
  3. Net Asset Value (NAV) –> Nilai sebenar aset sebaik-baiknya lebih tinggi daripada harga semasa saham tersebut didagangkan, baru boleh tahu saham tersebut di bawah nilai atau terlebih nilai
  4. Price Earnings Ratio (P/E Ratio) -> Lagi rendah nilai ini, lagi bagus syarikat tersebut.
  5. Dividend Yield -> Sama seperti ASB, Tabung Haji dan KWSP, syarikat juga boleh beri dividen sekerap yang mungkin, tidak terhad kepada setahun sekali. Lagi tinggi nilai ini, menunjukkan prestasi syarikat yang baik

Jom kita tengok 5 syarikat terbesar di Malaysia. Bagi menentukan kedudukan syarikat terbesar ini, ia menggunakan istilah Market Capitalisation iaitu “jumlah nilai pasaran kesemua saham syarikat yang dikira dengan mendarab jumlah saham syarikat dengan harga semasa seunit saham”.

(or more commonly known as market cap) is the “total dollar market value of all of a company’s outstanding shares and is calculated by multiplying a company’s shares outstanding by the current market price of one share”.

#1. Maybank (RM81 billion)

Di tempat pertama adalah Maybank, dan berikut merupakan FA bagi Maybank:

maybank-fa

Magic Number bagi Maybank sangat-sangat memberangsangkan. Maybank mempunyai Dividend Yield yang tertinggi di dalam senarai top 5 ini.

#2. Tenaga Nasional Berhad (RM77 billion)

tnb-fa

Lihat angka-angka bagi TNB pula, sangat baik-baik belaka. TNB mempunyai perolehan (revenue) keuntungan bersih (net profit) tertinggi di dalam senarai ini.

#3. Public Bank (RM76 billion)

public-bank-fa

Public Bank juga sangat dahsyat! Public Bank pula mempunyai EPS yang tertinggi di antara 5 syarikat di dalam senarai ini.

#4. Sime Darby (RM55 billion)

sime-darby-fa

Sime Darby juga merupakan sebuah syarikat yang sangat kukuh.

#5. CIMB (RM39 billion)

cimb-fa

CIMB merupakan bank ke-3 di dalam senarai ini dan perhatikan Magic Numbernya.

Perasan Sesuatu Tak?

Kalau anda perhatikan senarai 5 syarikat di atas ini, 3 daripadanya (Maybank, Public Bank, CIMB) adalah merupakan bank dan ketiga-tiganya tidak patuh shariah. 2 lagi syarikat (TNB, Sime) adalah merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan patuh shariah.

Kelima-lima syarikat tersebut mempunyai Magic Number yang sangat sihat, dan sangat digemari oleh pelabur-pelabur tempatan kerana mempunyai kewangan yang sangat kukuh, ahli lembaga pengarah yang berkaliber dan bermacam-macam lagi faktor yang sihat.

Fundamental Analysis Bukanlah Segala-Galanya

Seperti yang telah kami telah beritahu sebelum ini, FA digunakan bagi menentukan Apakah saham yang bagus untuk dibeli? (What to buy?). Anda masih memerlukan ilmu Technical Analysis (TA) bagi menentukan pula Bila masa sesuai untuk beli saham tersebut? (When to buy?).

Ketahui selanjutnya di dalam artikel yang akan datang.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend