Senarai Buku-Buku Kalau Nak Belajar Pasal Pelaburan Saham

Buku Saham Dalam Bahasa Melayu

“Semua buku melabur saham dalam English je, yang tulis dalam Bahasa Melayu takde ke?”

Banyak buku saham yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Cuba baca buku-buku berikut kalau anda jenis suka membaca. Ianya ditulis oleh remisier berlesen dan pakar-pakar dalam bidang pelaburan saham, jadi belajarlah daripada mereka yang berpengalaman dan telah terbukti berjaya.

Jangan takut untuk bermula!

Mudahnya Pelaburan Saham : 101 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

 

Penulis: Mohd Asri Ahmad & Roslinah Laikoi

Setelah membaca buku ini, anda pasti tiada alasan lagi untuk tidak terlibat dengan pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Buku ini ditulis bagi menjawab 1001 alasan masyarakat kita untuk tidak teribat dalam pelaburan saham. Sebagai contoh kita sedia maklum masyarakat kita sering dimitoskan dengan pelbagai cerita dongeng yang mengatakan bahawa melabur saham hanya untuk orang kaya sahaja. Terlibat dengan saham ni rugi, susah dan sebagainya.

Oleh yang demikian, buku ini mengupas 101 sebab mengapa perlu melabur dalam pasaran saham. Pembaca pasti akan terbuka mata hati dan minda untuk menghadiri mana-mana majlis ilmu berkaitan dengan saham.

Semoga apa yang cuba disampaikan dalam buku ini, memberi idea dan inspirasi untuk anda mula terlibat dalam pasaran saham.

Kenali Asas Candlestick

Penulis: Mohd Asri Ahmad & Adibah Musa

Pelajari teknik berdagang menggunakan candlestick untuk menganalisa pasaran (ilmu yang wajib untuk pedagang yang ingin memaksimakan keuntungan). Buku ini akan menjawab persoalan What to Buy? When to Buy? dan When to Sell?

Kami difahamkan buku ini telah 3 kali diulang cetak. Wah, laku keras nampaknya. Boleh dibeli secara online di sini.

Petua Pelabur Tersohor

Penulis: Razali Razman

Satu cara yang amat berkesan untuk belajar tentang pelaburan saham ialah dengan membaca dan mengkaji pelaburan para pelabur yang berjaya mencatatkan rekod pencapaian luar biasa. Mereka telah menjana pulangan yang lumayan untuk diri sendiri dan juga pelabur mereka.

Kesemua pelabur yang dipaparkan dalam buku ini merupakan pelabur jangka panjang berasaskan fundamental, iaitu berasaskan kekuatan perniagaan dan bukan pedagang jangka pendek yang menggunakan analisis teknikal.

Buku ini membolehkan pelabur kecil memanfaatkan kepakaran dan kebijaksanaan Warren Buffett, Ken Fisher, Peter Lynch, Benjamin Graham, Philip Fisher, John Templeton, Jim Rogers, John Neff, Walter Schloss dan John Bogle dalam membuat penilaian dan pemilihan saham.

Pelajari:

  • Teknik pelaburan Warren Buffett
  • Apakah 10 jalan umum yang dikemukakan oleh Ken Fisher untuk membina kekayaan
  • Apakah prinsip asas pelaburan Peter Lynch
  • Apakah yang Benjamin Graham maksudkan dengan margin keselamatan
  • 15 faktor penilaian oleh Philip Fisher apabila memilih saham
  • Peraturan yang boleh dianggap paling relevan oleh John Templeton untuk pelabur pada masa kini.

Jutawan Saham: Panduan Pelaburan Saham # 1 dengan Menggunakan Dagangan Swing

Penulis: Azizi Ali & Bill Wermine

Buku yang mudah dan ringkas ini akan membantu anda mempelajari cara untuk menjana wang daripada saham. Dengan pelbagai carta harga, senarai, contoh serta penjelasan yang mudah difahami, ia sesuai digunakan oleh sesiapa di pasaran, termasuk broker, penganalisa, pengurus dana, pelabur dan pedagang.

Panduan Lengkap Pelaburan Saham

Penulis: Nor Akmar

Tema buku setebal 224 mukasurat ini adalah lebih kepada ‘what is’ & ‘how to’. Sangat sesuai kepada semua yang terlibat dalam pasaran saham tidak kira pelabur baru atau yang lama. Jika anda ada jodoh membeli buku ini, tolong guna sampai lunyai kerana buku ini digarap untuk menjadi sebuah buku latih tubi dan catatan mengenai saham.

Pelajari:

  • Asas teknikal & fundamental yang perlu di ketahui sebelum mula melabur.
  • 10 cerita kisah benar pelaburan yang boleh di jadikan teladan
  • 10 kisah orang pelabur tersohor dunia yang perlu anda kenali

Boleh hubungi 0139220666 jika berminat untuk membeli. Jangan lupa cakap dapat info ini dari Majalahlabur ya!

The Intelligent Investor

Penulis: Benjamin Graham

Benjamin Graham merupakan sifu kepada pelabur terkenal Warren Buffett. Beliau merupakan pengasas kepada prinsip Value Investing.

Pelajari:

  • Prinsip instrinsic value, margin of safety
  • Perbezaan antara aktiviti pelaburan dengan aktiviti spekulasi

Boleh dapatkan buku ini secara online di MPHOnline.com

Komen

komen