Senarai Terkini Saham Syarikat Patuh Syariah di Bursa Malaysia Mei 2019

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru saja mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS).

Senarai kemas kini yang berkuat kuasa mulai 31 Mei 2019, mengandungi 689 sekuriti patuh Syariah. Sekuriti-sekuriti ini mewakili 77 peratus daripada 897 sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia.

Senarai tersebut termasuk 14 sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah manakala 10 sekuriti telah dikeluarkan daripada senarai terdahulu yang diterbitkan pada November 2018.

Di samping itu, sebanyak tujuh sekuriti tersenarai di pasaran LEAP telah diklasifikasikan oleh MPS sebagai sekuriti patuh Syariah.

Dalam mengklasifikasikan sekuriti ini, MPS menerima input dan sokongan daripada SC yang mendapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut melalui, antara lainnya, laporan tahunan dan pertanyaan yang dibuat kepada pihak syarikat. MPS melalui SC, akan terus mengkaji status Syariah sekuriti-sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia pada setiap tahun, berdasarkan penyata kewangan tahunan terkini syarikat yang diaudit.

MPS mengadaptasi pendekatan kuantitatif dua peringkat yang mengguna pakai tanda aras aktiviti perniagaan dan tanda aras nisbah kewangan, dalam menentukan dan mengklasifikasikan status Syariah sekuriti-sekuriti tersenarai. Oleh yang demikian, sekuriti-sekuriti akan diklasifikasikan sebagai patuh Syariah sekiranya nisbah aktiviti perniagaan dan nisbah kewangan mereka berada di bawah tanda aras tersebut. Nak tahu lebih lanjut, jemput baca Bagaimana Nak Tentukan Sesuatu Saham Itu Patuh Syariah Atau Tidak?

Sekuriti Yang Baru Diklasifikasikan Sebagai Sekuriti Patuh Syariah (Mei 2019)

Sumber: Laman Web SC

Di antara nama besar adalah Boustead dan Bursa Malaysia kini dah boleh dibeli oleh orang Islam.

Sekuriti Yang Baru Diklasifikasikan Sebagai Sekuriti Tidak Patuh Syariah

Sumber: Laman Web SC

Manaka KESM Industries pula merupakan nama besar yang baru saja terkeluar daripada senarai dan kini tidak patuh Syariah.

Apa nak buat kalau saham yang kita beli sebelum ini patuh Syariah, tapi bukan lagi patuh Syariah mengikut pengumuman terbaru Suruhanjaya Sekuriti?

1. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Melebihi Pelaburan Pokok

2. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Kurang Daripada Pelaburan Pokok

Macam Mana Nak Kenal Saham Patuh Syariah?

Selain daripada rujuk dekat laman web Suruhanjaya Sekuriti, kita juga boleh tengok di trading platform dan akan ada simbol yang membezakannya dengan saham-saham syarikat yang tidak patuh syariah.

Contohnya ada simbol ‘[S]’ atau simbol bulat kecil [°] di sebelah nama saham.

Maintain 689 Saham Syarikat Di Bursa Malaysia Yang Patuh Syariah

Sumber: Laman Web SC

Sebanyak 689 sekuriti patuh Syariah yang mewakili 77 peratus daripada 897 sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Sumber: Laman Web SC

Sumber: Laman Web SC

Kenapa Status Patuh Syariah Penting?

Kita sebagai orang Islam, wajib untuk kita pilih sesuatu yang halal. Jangan ragu-ragu lagi untuk membeli saham patuh Syariah, kerana ianya perlu melalui proses audit yang ketat. Bukan senang-senang nak dapat status patuh Syariah, kerana perlu mematuhi Tanda Aras Aktiviti Perniagaan 5% dan 20% serta Tanda Aras Nisbah Kewangan.

Berkenalan Dengan Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhunjaya Sekuriti

Bukan calang-calang orang yang menjadi ahli MPS ini, kesemua mereka ada kelulusan dan memang pakar dalam bidang kewangan Islam.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti

Previous ArticleNext Article

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA