Senarai Trading Platform Yang Ada Fungsi “Stop Loss”

Nak melabur saham ni asasnya kena ada Trading Plan.

Sebelum nak beli apa-apa saham pun, kita wajib ada Trading Plan.

Tahu harga nak beli (Entry Price), tahu harga nak jual bila untung (Target Price), dan tahu harga nak jual bila rugi (Stop Loss).

Tapi asyik cerita pasal untung je, kali ni kita cerita pasal rugi pula. Bila saham yang kita beli tu harganya makin jatuh, maka kenalah Cut Loss sebelum rugi tu menjadi semakin besar.

Tapi kita sebenarnya bertuah sebab sekarang semuanya makin mudah. Kita boleh set awal-awal lagi paras Stop Loss kita ni. Maknanya, bila dah beli saham, maka boleh set terus berapa kita punya Stop Loss. Best kan?

Sebagai contoh, Pak Teh beli saham syarikat XXX pada harga RM4 dengan tujuan untuk melabur jangka masa pendek dah boleh terus set awal-awal Stop Loss RM3.70.

Tapi bukan semua trading platform boleh, sehingga hari ini berikut merupakan senarai trading platform yang ada feature Stop Loss / Stop Limit:

1. RHB TradeSmart

Yang pertama sekali, kita ada RHB. Setiap kali kita nak Sell, boleh pilih samada nak Sell macam biasa atau guna fungsi Stop Limit.

2. CIMB (CGS-CIMB iTrade)

CIMB pun ada, klik di bahagian Order Type dan pilih Stop Limit.

3. UOB (UOB KayHian)

UOB pula, ada feature Stop Limit dan Limit If Touch. Buat masa ini untuk nikmati feature Stop Limit dan Limit If Touch kita kena request daripada remisier.

4. Malacca Securities (M+)

Yang terakhir sekali, kita ada Malacca Securities atau lebih dikenali sebagai M+. Di belah bahagian atas trading platform, boleh pilih samada nak guna Limit biasa atau Stop Limit. Untuk menggunakan feature Stop Limit ni, kena request daripada remisier untuk activatekan dia.

Tak Ramai Sedar Kewujudan Fungsi “Stop Loss’

Sekarang dah tahu adanya fungsi Stop Loss, semoga ramai yang dapat manfaat daripadanya. Lebih-lebih lagi kepada Setengah Juta Bumiputera Yang Dah Ada Akaun CDS!

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan saham ni, jemput baca 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend