Siapa Bilang Melabur Saham Kena Modal Besar?

Modal Kecil Pun Boleh Untung

“Nak melabur saham ni, kita kena ada modal besar… Aku mana ada duit.”

Apabila sebut pasal pelaburan saham (stock market) di Bursa Malaysia, mesti orang akan ingat kita perlukan modal yang besar kan?

“Zaman gawat, ekonomi tengah down ni kau gila ke nak beli saham?”

Eh eh, nak kena tunggu ekonomi tak gawat baru boleh jual beli saham ke?

Jadi, kita ada 2 mitos yang nak dipatahkan:

  1. Pelaburan saham perlu modal besar
  2. Ekonomi gawat, tak boleh buat untung

Jom kita tengok bukti daripada portfolio yang dipegang saudara Rani Kulup (bukan nama sebenar). Modal pun ciput, tak banyak untuk beli saham-saham yang mahal; tetapi yang penting beliau dapat pulangan (ROI) yang baik.

1. MIECO (Mieco Chipboard Bhd) 

Qty on hand : jumlah unit yang dibeli
Avg Price : harga beli
Last : harga semasa
Cost $ : Qty on hand x Avg Price (modal)
Market $ : Qty on hand x Last

Gambar ini adalah contoh paparan di smartphone semasa nak jual beli saham. Penerangan kepada gambar di atas:
Saham MIECO dibeli pada harga RM1.97 pada 23 Februari 2017, dan dijual pada 3 Mac 2017, dah untung 8.63%.

Modal RM2,955, untung RM255.

Berapa lama tu? 8 hari je kot.

2. FAJAR-WB (Fajarbaru Builder Group Bhd)

Modal RM1,000 tak boleh melabur saham? Yakin?

Dengan saham FAJAR-WB, yang dibeli pada harga RM0.235 sen pada hari Jumaat bersamaan 3 Mac 2017, dapatlah 5,000 unit. Pada hari Isnin bersamaan 6 Mac 2017, harga saham mencecah RM0.30 – tapi jual pada harga RM0.275 sebab nak rasa keuntungan sebanyak 17%.

Cukuplah untung RM200. Modal kecil, ambil masa sehari je pun nak buat untung.

3. EKOVEST-WB (Ekovest Bhd)

Beli saham EKOVEST-WB pada tarikh 2 Mac 2017 pada harga RM0.915, dapatlah 1,000 unit dengan berbekalkan modal RM915 (tak sampai pun seribu!)

Konon nak test, takut rugi, modal yang dikeluarkan juga tak sampai seribu ringgit. Pada 10 Mac 2017, harga saham cecah sampai RM1.28 seunit. Tangan dah terketar-ketar, jiwa dah start kacau, jantung macam nak gugur, jadi jual pada harga RM1.22.

Cukuplah dapat untung RM305 bersamaan dengan 33.33%. Agak-agak kalau melabur tempat lain, dapat banyak ni tak dalam masa seminggu?

4. IWCITY (Iskandar Waterfront City Bhd)

Siapa yang terlibat dengan saham, pasti teruja dengan saham IWCITY.

Baru-baru ni, ia telah meroket ke paras maksima yang dibenarkan untuk sehari berdagang iaitu 30% kenaikan harga dalam masa sehari. Kalau labur RM1,000, dapatlah pulangan RM1,300 dalam masa sehari.

Macam contoh ni beli pada 9 Mac 2017 dengan harga RM1.71 seunit, esoknya pada 10 Mac 2017 dia naik sampai RM2.28. Jika rasa cukup dengan keuntungan 32.749% dalam masa sehari maka sila jual. Dapatlah untung RM1,120; tak ‘banyak’ mana pun…

Jom kita berbalik kepada 2 mitos tadi tu:

  1. Pelaburan saham perlu modal besar
  2. Ekonomi meleset/gawat, tak boleh buat untung

Anda nak jadi seperti Rani Kulup yang guna modal kecil saja? Beliau buktikan boleh melabur saham dalam keadaan ekonomi ‘gawat’  dan boleh buat keuntungan kurang setahun.

Tonton juga video dari ikon Bursa Malaysia, Tn Hj Mohd Asri:

Mulakan langkah pertama anda dalam pelaburan saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Tn Hj Mohd Asri adalah Ikon (Social Influencer) BursaMKTPLC yang merupakan sebahagian daripada Bursa Malaysia. Segala perkongsian beliau adalah berkenaan pelaburan saham yang sah di sisi undang-undang.

Program ini adalah eksklusif untuk anda yang sentiasa SIBUK tetapi ingin tambah pendapatan ekstra melalui pelaburan saham. Alhamdulillah, program ini adalah hasil kerjasama dengan Bursa Malaysia.

Sesuai hadir seminar ini jika selalu rasa…

(1) Pelaburan Saham Itu HARAM
(2) Pelaburan Saham Perlukan Modal BESAR
(3) Pelaburan Saham Itu SUSAH

Daftar di sini >> Seminar Labur Saham

Mulakan langkah pertama anda hari ini juga.

Komen

komen