Siapa Di Sebalik One City Development?

Pasti ramai yang bimbang dengan perkembangan yang berlaku berikutan kekecohan yang timbul berkaitan isu perpindahan kuil Sri Maha Mariamman di USJ Subang Jaya. Maaflah jika tajuk sedikit suspen.

Tapi kami bukan nak kupas isu sensitif tersebut, sebaliknya sekadar berkongsi beberapa fakta di sebalik syarikat One City Development Sdn Bhd.

One City @ USJ 25

Sumber: One City

Pemaju hartanah ini giat membangunkan tanah seluas 77 ekar di USJ 25, Subang Jaya. Ianya berkonsepkan hijau dan mesra alam.

Ia menampilkan beberapa keunikan seperti berikut

  • Sky Park – Bangunan pejabat dan kedai setinggi 12 tingkat
  • The Place – Dipenuhi kedai dan mempunyai Dewan Serbaguna di tingkat atas
  • Garden Shoppe – Bangunan kedai dan restoran dikelilingi dengan kehijauan
  • The Square – Tempat membeli-belah dan tumpuan pelancong
  • Urban Park – Tanah luas dilengkapi dengan pentas dan sistem bunyi yang canggih bagi menganjurkan acara ‘outdoor’
  • City Hotel – Hotel bertaraf 4 bintang dengan 243 bilik

One City Development Sdn Bhd Dimilki MCT Berhad Melalui MCT Consortium

Sekarang kita tengok pula siapa pemilik One City iaitu MCT Berhad.

Sumber: MCT

Siapa MCT Berhad?

MCT Berhad merupakan syarikat ‘investment holding’ yang terlibat dalam sektor pembangunan hartanah, aktiviti pembinaan dan bermacam-macam lagi. Di antara projek-projek MCT adalah seperti berikut:

Sumber: MCT

Ternyata One City @ USJ 25 dipaparkan di laman web MCT ni. Logiknya hartanah-hartanah di sini pasti sekarang telah menjadi milik individu-individu / syarikat lain dan bukan 100% milik One City Development lagi.

MCT Berhad Disenaraikan Di Bursa Malaysia

Sumber: Bursa Marketplace

Kalau nak tahu, syarikat MCT Berhad ini turut disenaraikan di Bursa Malaysia sejak 2015. Kalau ikut pada carta, saham MCT sedang membuat downtrend sejak daripada awal tahun.

Oh ya, saham MCT ni patuh Syariah ya – boleh beli tanpa was-was kalau nak beli.

Kenali Pemilik MCT Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Bila dah jadi syarikat yang tersenarai di pasaran saham, semua pasal syarikat perlu didedahkan kepada orang ramai. Tabung Haji dengan KWAP yang merupakan jerung tempatan tersenarai dalam top 10 pemegang saham MCT Berhad.

Tapi siapa pula di tempat pertama iaitu Regent Wise Investments Limited dengan 66.25% pegangan saham syarikat MCT?

Regent Wise Investments Limited Berasal Dari Hong Kong

Sumber: Bloomberg

Memang tak banyak maklumat yang boleh diperolehi berkenaan syarikat Regent Wise Investments Limited ni. Tapi menurut maklumat daripada Bloomberg, syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2010 dan berasal daripada Hong Kong dan merupakan subsidiari kepada Ayala Land, Inc.

Siapa pula Ayala Land?

Ayala Land Berasal Dari Filipina

Sumber: Google

Ayala Land ini pula katanya merupakan syarikat hartanah yang terbesar di Filipina. Ia merupakan sebahagian daripada Ayala Corporation.

Sumber: Wikipedia

Ayala Corporation pula adalah syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Saham Filipina sejak 1991 lagi. Kalau dilihat kepada perolehan sebanyak $237 bilion Peso pada tahun 2016, kalau convert menjadi $4.499 bilion US Dolar. Bersamaan dengan RM18.861 bilion!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend