Siri Berkenalan Dengan Industri Dalam Bursa Malaysia – Industri Makanan & Minuman (F&B)

Malaysia cukup dikenali dengan syurga makanan, sampaikan pelancong asing yang datang sini kebanyakannya memuji kesedapan makanan yang ada. Banyak pula restoran yang dibuka 24 jam, nak makan apa dan pada bila masa-masa, takde hal punya.

Tapi tahukah anda bahawa industri makanan & minuman atau lebih dikenali sebagai Food & Beverage (F&B) ni cukup digemari oleh para pelabur dan pedagang di Bursa Malaysia?

Sebab apa? Ekonomi bagus ke ekonomi gawat ke, kita tetap kena makan! Maka boleh dikatakan industri ini kalis gawat.

F&B Terletak Di Dalam Barangan Pengguna

Di Bursa Malaysia, industri F&B ni terletaknya dalam sektor Barangan Pengguna atau Consumer Products. Dan yang bestnya, 83% daripadanya adalah patuh Syariah.

Nak tahu syarikat-syarikat yang terkenal dalam industri F&B ni? Jom kita tengok senarai berikut, yang disusun mengikut ranking Market Cap.

1. Nestle (Malaysia) Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Ada ke kita di Malaysia ni yang tak minum air Milo atau Nescafe? Atau tak makan Maggi atau pun coklat Kit Kat? Kalau tak makan atau minum sekalipun, mesti selalu dengar kan jenama-jenama popular ini?

Ya, saham yang termasal di Bursa Malaysia adalah merupakan saham Nestle ni. Perlu modal sampai berbelas ribu Ringgit untuk beli 1 lot.

5 tahun lepas, harga seunit dalam RM60 pun orang kata mahal.

Tahun lepas bila harganya sekitar RM80 seunit pun masih dikatakan mahal, sekarang bila dah cecah RM140 seunit pun dah semestinya mereka kata mahal.

Habis tu kalau tahun depan ditakdirkan naik sampai RM200 seunit pula macam mana?

2. Fraser & Neave Holdings Berhad (F&N)

 

Sumber: Bursa Marketplace

Kenal dengan jenama-jenama produk di atas? Laa, rupanya selama ni dok beli makanan & minuman daripada F&N. Lepas ni beli lagi ya, demi meningkatkan keuntungan syarikat.

Awal tahun 2016 dulu, harga saham F&N baru RM18 seunit, tak sampai dua tahun harganya kini mencecah RM36 seunit. Tak ke naik 100% dalam masa dua tahun?

3. QL Resources Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Kalau nak tahu, syarikat QL Resources ini merupakan pengeluar telur ayam di Malaysia. Dianggarkan sebanyak 3.2 juta telur ayam dihasilkan setiap hari di Malaysia, 750,000 telur ayam dihasilkan sehari di Indonesia dan 550,000 telur ayam dihasilkan sehari di Vietnam.

Biasa pergi ke kedai Family Mart yang baru-baru ini banyak dibuka bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan? Kedai serbaneka Family Mart itu juga dimiliki oleh QL Resources.

Tahun 2016 yang lalu, harga saham QL berada di sekitar RM3, tapi kini dah cecah RM7 pula. Dah lebih sekali ganda tu naik.

4. Dutch Lady Milk Industries Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Tak perlu diperkenalkan lagi rasanya Dutch Lady ni. Samada susu untuk bayi, kanak-kanak mahu pun orang dewasa, barangan Dutch Lady sangat dikenali dan digemari ramai. Syarikat untung beratus juta setiap tahun.

Tahun 2017, harga saham Dutch Lady ni berada di sekitar RM50 ke RM60 seunit. Tahun 2018 pula di sekitar RM60 ke RM70 seunit. Tahun 2019 nanti, rasa-rasa harga saham akan jatuh atau di sekitar RM70 ke RM80 seunit?

5. Ajinomoto (Malaysia) Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Siapa yang suka masak, pasti menggunakan MSG untuk bagi lebih sedap. Dan jenama mana yang sering jadi sebutan, Ajinomoto lah jawapannya. Antara jenama yang dipasarkan adalah Tumix, Aji-No-Moto, Seri-Aji and Aji- Shio. Takde Ajinomoto dalam masakan, rasa macam ada sesuatu yang kurang.

Syarikat yang berasal dari Jepun ini sudah bertapak di Malaysia sejak 1961 lagi. Purata jualan syarikat ini boleh tahan, dalam RM400 juta setahun. Kalau nak tahu masa tahun 2015, harga saham Ajinomoto Malaysia baru RM6.00, sekarang dah RM21 (Oktober 2018).

Industri Makanan & Minuman (F&B) Pujaan Ramai

Sebenarnya banyak lagi yang kita mungkin tak perasan, seperti biskut Hup Seng (Hup Seng Industries Berhad), coklat Apollo (Apollo Food Holdings Berhad), minuman tin Power Root (Power Root Berhad), dan bermacam-macam lagi.

Semuanya tersenarai di pasaran saham Bursa Malaysia, dan kita boleh menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat dengan membeli saham-saham mereka. Cuma kena tahu pilih mana satu yang BAIK.

Kalau tengok kepada carta harga saham di atas pun, syarikat-syarikat yang top dalam industri F&B di Malaysia memang sedang uptrend. Kalau daripada segi Fundamental Analysis, memang sangat cantik.


Tapi saham-saham di atas ni sesuai ke untuk dibeli? Sesuai ke untuk diperam? Macam mana nak mula?

Nak belajar face-to-face? Kami cadangkan anda untuk belajar lagi di seminar saham patuh syariah anjuran Bursa Malaysia-i sendiri. Antara partner bersama mereka adalah Asri Ahmad Academy.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA