Cara Jual Beli Saham Olok-Olok di BursaMarketPlace. Follow Tutorial Ini

“Ishh…Tak beranilah nak beli saham lagi, ada cara tak nak test-test dulu?”

Nak praktis jual beli saham secara olok-olok terlebih dahulu sebelum guna duit betul-betul? Zaman canggih ni semua benda pun boleh. Cubalah kemudahan yang disediakan oleh BursaMktPlc secara percuma. Kepada yang belum tahu, BursaMktPlc ni adalah sebahagian dari Bursa Malaysia.

1. Layari http://www.bursamarketplace.com. Login dengan memasukkan email dan kata laluan yang diisi semasa anda daftar (register). Nak lebih mudah boleh login menggunakan akaun Facebook anda.

2 Klik Get Started Now

3. Lengkapkan langkah pertama dengan memilih Tycoons -> Next Step

4. Pilih saham mana yang anda mahu perhatikan. Pilih PETRONAS CHEML -> Next Step

5. Klik ADD TO MY WATCHLIST untuk mula perhatikan saham ini.

6. Berikan nama kepada WATCHLIST baru anda. Masukkan Tycoon1.

7. Tekan butang Toggle atas kiri, dan pilih WATCHLIST.

8. Anda akan Nampak saham PETRONAS CHEML di dalam WATCHLIST anda.

9. Anda perlu Create Portfolio terlebih dahulu untuk masukkan modal anda. Klik pada Tab MY PORTFOLIO dan Masukkan Nama Portfolio – Oil & Gas, dan nilai Add Cash RM10,000 dan klik Create Portfolio. Tiada betul salah di sini, masukkan ikut suka.

10. Klik semula Tab MY WATCHLIST dan klik icon graf tersebut.

11. Klik Get Price untuk dapatkan harga semasa saham tersebut. Masukkan jumlah saham, 1 lot saham bersamaan 100 unit. Kalau 1000 unit bersamaan dengan 10 lot saham.

12. Tahniah. Anda kini pemegang 1,000 unit (10 lot) saham PETRONAS CHEML. Perhatikan jumlah wang tunai yang ada dalam tangan, dan saham apa yang anda pegang di dalam MY PORTFOLIO.

SELAMAT MENCUBA

Kini anda perlu perhatikan pergerakan saham dan boleh jual beli seperti anda lakukan secara LIVE. Tak salah untuk kita berdagang OLOK-OLOK untuk menimba ilmu, daripada duit hangus dek kerana rakus sangat untuk mengejar kekayaan.

Nak Melabur Saham, Kena Ada Ilmu

Banyak sebenarnya yang perlu anda lakukan, siapa kata pelaburan saham ni senang? Dan yang paling penting sekali, saham ini bukanlah judi. Hanya dengan ilmu barulah anda boleh maksimakan keuntungan dan meminimakan kerugian.

Asri Ahmad Academy membawakan kepada anda simposium terbesar perkongsian ilmu pelaburan saham yang BETUL, SAH dan PATUH SYARIAH di Bursa Malaysia. Simposium yang dianjurkan ini bakal mengupas dan membincangkan asas, konsep, prinsip, etika dan perkembangan semasa dunia pelaburan di pasaran saham pada masa kini.

Nak belajar? Klik dekat poster di bawah.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend