Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Tuan Nik Mohd Ihsan Raja Abdullah di atas perlantikan beliau sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah IFTA (International Federation of Technical Analysts)
Tuan Nik Ihsan Raja Abdullah, merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia pelaburan di Malaysia. Beliau yang merupakan Member of the Society of Technical Analysts (MSTA) dan mempunyai kelulusan Certified Financial Technician (CFTe), kini merupakan seorang Chartist di Maybank Investment Bank Behad.
Seorang yang bergiat cergas sebagai speaker dan jurulatih dalam bidang analisa teknikal, beliau sering berkongsi maklumat dengan pelabur korporat dan individu di seminar, media sosial dan media cetak. Setakat ini, beliau telah melatih dan mengajar lebih daripada 3,500 individu daripada pelbagai latarbelakang termasuklah golongan profesional.
Sesungguhnya kita beruntung kerana Nik Ihsan merupakan sebahagian kecil di dunia yang memperolehi tahap Kepujian untuk Program MSTA dan kini mengajar secara tetap bagi Program Diploma MSTA dengan kerjasama PRIBUMI-MATA dan UK STA. Beliau juga merupakan Presiden Malaysian Association of Technical Analysts (MATA).
Syabas juga kerana pernah sepentas dengan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.ketika Malaysia menganjurkan IFTA 2018 Kuala Lumpur dengan jayanya di KLCC pada Oktober yang lalu.
Semoga ilmu Analisa Teknikal di Malaysia akan lebih berkembang maju lagi selepas ini.