Tahniah Setengah Juta Bumiputera Yang Dah Ada Akaun CDS!

Setakat penghujung Januari 2019, khabarnya ada 1.9 juta akaun CDS yang dimiliki pelabur runcit. Kalau mengikut kepada golongan:

1. Bumiputera – 26.5% = 503,500 orang

2. Bukan Bumiputera – 71.5% = 1,358,500 orang

3. Warga Asing – 2.0% = 38,000 orang

Sumber: FB Bursa Malaysia-i

Sejak tahun 2015 juga, akaun CDS telah berkembang dengan pesatnya, di mana:

  • Bumiputera: Meningkat 35.6%
  • Bukan Bumiputera: Meningkat 21.7%
  • Warga Asing: Meningkat 20.4%

Alhamdulillah terbaik dan tahniah semua yang dah ada akaun CDS tu. Ini menunjukkan bahawa semakin ramai orang di Malaysia yang semakin celik tentang kewujudan pelaburan saham di Bursa Malaysia yang SAH dan PATUH SYARIAH.

Bermacam-macam kempen yang dijalankan oleh pihak berkuasa bagi menyedarkan orang ramai tentang pelaburan saham di Malaysia. Di antaranya, adalah anjuran acara tahunan seperti berikut:

Shariah Investing Fair anjuran Bursa Malaysia-i

InvestSmart Fest anjuran Suruhanjaya Sekuriti

Malah ramai sifu-sifu kewangan dan pelaburan dijemput menjadi penceramah bagi mencurahkan ilmu. Event masuk percuma, dengar ilmu secara percuma, dapatkan khidmat nasihat secara percuma, siap dapat goodie bag percuma lagi. Ini bagi menarik orang ramai bagi mengenali peluang pelaburan patuh Syariah yang ada.

Terima Kasih Juga Sifu-Sifu Saham Yang Tak Jemu Mengajar

Selain daripada usaha yang dijalankan badan berautoriti seperti di atas, kita patut berterima kasih juga kepada sifu-sifu saham yang tak henti-henti mengadakan seminar bagi menyedarkan orang ramai khususnya Bumiputera mengenai ilmu pelaburan saham patuh syariah.

Tengok saja mereka yang di dalam Senarai Sifu-Sifu Saham & Kewangan Di Malaysia. Kita ada nama-nama besar dalam industri seperti Tuan Hj. Mohd Asri AhmadDato Dr. Nazri KhanTuan Nazarry RosliTuan Faizal Yusup dan Tuan Norizam Tukiman @ “Zamsaham”.

Bagi Yang Belum Ada, Jom Buka Akaun CDS

Bagi yang berminat nak buka akaun CDS dan mulakan langkah pertama dalam pelaburan saham, dapat perincian yang lebih seperti di bawah:

Ambil tahu juga Perbezaan Akaun CDS Islamik dan Konvensional, jangan tersalah buka, termakan riba pula.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend