Tak Mampu Nak Beli Saham Nestle Seunit RM140? Tahu Tak Saham Berkshire Seunit RM1.2 Juta?

Berkshire Hathaway adalah syarikat konglomerat terbesar di dunia yang ditubuhkan pada tahun 1839. Pada mulanya, Berkshire hanyalah syarikat pembuatan tekstil, tetapi selepas Warren Buffett mengambil alih syarikat tersebut pada tahun 1962, beliau telah menukar Berkshire kepada salah satu syarikat konglomerat terbesar dan paling berharga di dunia yang disenaraikan di Amerika Syarikat.

Peningkatan 217% Dalam Masa 10 Tahun

Pada tahun 2008, saham Berkshire didagangkan pada harga $93,000 seunit dan setakat hari ni saham Berkshire berharga $295,000 seunit. Kenaikan yang direkodkan sebanyak 217% dalam masa 10 tahun. Total market capitalization atau saiz keseluruhan syarikat adalah dalam $500 billion, dan telah merekodkan keuntungan sebanyak $340 billion pada tahun 2017.

Kalau korang nak tahu, Berkshire akan membeli saham-saham yang mempunyai potensi yang padu. Kenaikan saham yang dibeli dan dividen adalah sumber pendapatan utama untuk Berkshire. Berkshire mempunyai pegangan dalam lebih daripada 50 saham di Amerika Syarikat dan juga seluruh dunia. Daripada saham penerbangan sampai ke Bank, semua mereka ada.

Di antara syarikat terkenal yang dipegang oleh Berkshire adalah Apple, Coca-cola, American Express, Bank of America, Delta Airlines, Kraft Heinz, IBM, General Motors, Wal-Mart dan banyak lagi. Boleh kata, Berkshire ada pendedahan disemua sektor utama dari penerbangan sampai ke bank hingga ke saham makanan. Pegangan dalam pelbagai sektor telah mengurangkan risiko pelaburan Berkshire.

Lagi tinggi pasaran saham naik, lagi banyaklah keuntungan yang akan diperoleh oleh Berkshire. Pegangan terbesar Berkshire adalah dalam syarikat makanan terkemuka iaitu Kraft Heinz dengan pegangan sebanyak 26% yang berjumlah $28 billion. Kedua dalah saham Apple dengan jumlah pegangan sebanyak $27 billion. Ketiga adalah Coca-cola dengan pegangan sebanyak $16 billion.

Boleh kata modus operandi Berkshire Hathaway adalah seperti jerung saham seperti EPF, PNB, Blackrock dan Vanguard. Kerja utama mereka semua adalah membeli saham-saham yang mampu memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Gaya pelaburan Berkshire adalah super long-term, dengan pegangan lebih daripada 5 tahun.

Sumber: Stallion Brothers

Jemput baca 8 Tips Pelaburan Saham Daripada Warren Buffett, kalau berminat nak ikut jejak langkah beliau.

Minat Nak Belajar Saham Global? 2 Seminar PERCUMA Menanti Anda

Tempat: MENARA PGRM, CHERAS
Tarikh: Sabtu, 26 Januari 2019
Masa: 8.00 Pagi – 1.00 Petang

Tempat: SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC)
Tarikh: Ahad, 10 Februari 2019
8.00 pagi – 1.00 petang

Berminat nak belajar bagaimana nak melabur saham global dan membeli saham-saham FAANG, McDonalds, Starbucks dan banyak lagi yang patuh Syariah?

Boleh follow FB Stallion Brothers atau hubungi mereka di Hotline +60103838768 atau emel ke info@stallionbrother.com

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend