Tiada Lagi Sektor Perhotelan, Projek Infrastruktur, Perlombongan dan Perdagangan/Perkhidmatan

Bursa Malaysia Bhd melancarkan lima sektor dan indeks baharu berikutan langkah mengklasifikasi semula sektor dan siri indeks sektornya supaya sejajar dengan standard antarabangsa.

Sektor dan indeks baharu itu ialah Tenaga; Penjagaan Kesihatan; Telekomunikasi & Media; Pengangkutan & Logistik dan Utiliti.

Klasifikasi semula sektor dan indeks itu memperlihatkan tiga sektor dan indeks sedia ada diperluas dan diberi nama baharu bagi mencerminkan perniagaan syarikat senaraian awam (PLC).

Ia membabitkan Produk Pengguna yang dinamakan semula kepada Produk Pengguna & Perkhidmatan; Kewangan dinamakan semula sebagai Perkhidmatan Kewangan manakala Produk Perindustrian dinamakan semula sebagai Produk Perindustrian & Perkhidmatan.

Langkah mengklasifikasikan semula sektor dan indeks itu juga memperlihatkan empat sektor dikeluarkan iaitu Hotel; Syarikat Projek Infrastruktur dan Perdagangan/Perkhidmatan serta indeks berkaitannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan, berkata klasifikasi semula sektor dan indeks itu bertujuan memastikan sektor dan indeks sektor Bursa Malaysia terus mewakili dengan kesesuaian pasaran ekuiti global.

Ia juga, jelasnya, bagi membolehkan pemilik aset, pengurus aset dan pakar penyelidik pelaburan membuat perbandingan global mengikut industri secara konsisten.

Beliau berkata, inisiatif itu bagi memastikan klasifikasi PLC yang lebih komprehensif, tepat dan relevan serta menyediakan peningkatkan kejelasan, struktur lebih baik dan universal bagi memenuhi keperluan industri pelaburan.

“Bagi pelabur, manfaat keseragaman dan standard akan membolehkan penambahbaikan yang lebih baik terhadap penilaian risiko menerusi pembutiran lebih baik terhadap peruntukan aset bagi tujuan pelaburan.

“Sektor dan indeks baharu juga akan menyediakan peluang mewujudkan produk baharu seperti ETF dan unit amanah,” katanya pada majlis pelancaran klasifikasi semula sektor dan siri indeks sektor baharu Bursa Malaysia di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Amirsham A Aziz.

Klasifikasi semula sektor dan indeks Bursa Malaysia itu bermula hari ini. Klasifikasi semula sektor baharu memperlihatkan pengenalan struktur dua peringkat, dengan klasifikasi PLC dalam kalangan sektor utama dan sub sektor.

Pertimbangan yang diguna pakai bagi menentukan klasifikasi sektor adalah berdasarkan teras perniagaan, pendapatan serta hala tuju dan rancangan masa depan PLC.

Maklumat lanjut mengenai struktur baharu dan metadologi yang mengawal selia klasifikasi sektor baharu boleh didapati di laman web Bursa Malaysia www.bursamalaysia.com dan laman web Bursa Marketplace di www.bursamarketplace.com.

Kredit: Berita Harian

Industri Semakin Berkembang, Adakah Petanda Baik?

Kalau kita lihat kebelakangan ini pun, kemasukan semula dana asing ke dalam Bursa Malaysia turut menyumbang kepada kenaikan FBMKLCI secara keseluruhannya. Indeks Dow Jones nampaknya sedang membuat All-Time- High yang baru.

Adakah dengan perkembangan terkini ini, pasaran saham di Malaysia juga sedang menuju ke puncak baru? Sama-sama kita saksikan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend