10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Tahun 2017 (Kategori Small Caps)

Tahun 2017 telah pun melabuhkan tirai, dan banyak juga saham syarikat yang naik sampai tak ingat dunia. Small Caps ini bermaksud, saham-saham yang bernilai bawah RM500 juta yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Nota :
Market Capitalization = Nilai sesuatu saham
Market Capitalization = Harga Saham x Jumlah Volume Saham

Senang cerita, saham ini adalah bersifat ringan; dan apabila ringan – senanglah saham syarikat ini untuk naik mendadak dan turun menjunam. Itu yang buat kesemua saham yang tersenarai di dalam top 10 ini untung 200% dan ke atas dalam masa setahun. Ya betul, anda tak salah baca…dalam masa setahun.

Kalau pulangan 200%, kira-kira mudahnya jika letak modal RM1,000, hujung tahun untung RM2,000. Kalau pulangan 1200% rasa-rasa berapa untungnya?

Industri Teknologi dan Semikonduktor Paling Banyak Dalam Top 10

Memang tidak dinafikan, kita dapat lihat permintaan untuk barang-barang yang berkaitan teknologi dan multimedia, serta barangan perindustrian dan semikonduktor amat berkembang pesat. Dan secara lumrahnya, apabila permintaan industri meningkat, jualan syarikat juga meningkat dan akhirnya permintaan terhadap saham turut meningkat naik.

Syarikat untung besar, pelabur pun pasti untung besar juga.

  1. Sino Hua-An International (HUAAN)
  2. UCrest Berhad (Dulu Dikenali Sebagai Palette Multimedia)
  3. Cuscapi Berhad
  4. Boon Koon Group
  5. HSS Engineers
  6. Halex Holdings
  7. Denko Industrial
  8. Techfast Holdings
  9. MMS Ventures
  10. JF Technology

Untung rugi itu lumrah dalam pelaburan saham. Senarai saham paling untung untuk 2018 berkemungkinan besar terdiri daripada syarikat yang sama juga. Jadi masih nak tunggu lagi?

Jika nak mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia perlu buka akaun saham (CDS) dulu. Kosnya baru RM10.60. Nak buka akaun saham (CDS)? Banyak tutorial telah kami sediakan. Cuba belek-belek dan baca.

Jom sempena permulaan tahun 2018 ini kita bangkit dari kehidupan yang biasa-biasa dan mula belajar asas pelaburan saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Baca juga Senarai Sifu-Sifu Saham & Kewangan Di Malaysia

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend