Top 20 Pelaburan PNB Di Bursa Malaysia Meningkat 5.41% Bagi Setengah Tahun 2019

Alhamdulillah, 2019 keadaan kembali pulih bagi pasaran saham dan juga FBMKLCI secara keseluruhannya. Disebabkan ini jugalah, saham-saham pegangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) meningkat naik sepanjang 6 bulan pertama tahun 2019 ini.

Jom kita lihat dengan lebih mendalam prestasi saham-saham syarikat yang menjadi pegangan utama PNB seperti berikut:

Sumber: The Edge dan Bloomberg

3 syarikat yang merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan ini adalah HeiTech Padu, Velesto Energy dan IJM Corporation.

Manakala Kawan Food, Sime Darby dan SP Setia adalah merupakan 3 syarikat yang mengalami kemerosotan terbesar bagi 6 bulan pertama 2019 ini.

2019 Adalah Petanda Yang Baik

Kalau diikutkan, FBMKLCI telah mencatatkan prestasi terbaik setiap 10 tahun sekali, iaitu pada tahun 1989, 1999 dan 2009. Mungkinkah sejarah bakal berulang pada tahun 2019?

Boleh baca dengan lebih mendalam di Prestasi Tahunan FBMKLCI Dari 1982-2019.

Prestasi Terbaik IPO Setengah Tahun 2019

This image has an empty alt attribute; its file name is prestasi-ipo-jun-2019-table-baru-700x355.jpg

Memang terbaik prestasi IPO bagi tahun 2019 ni. Daripada 14 yang disenaraikan setakat pertengahan tahun 2019, 78.57% naik dalam masa sehari, dan 57.14% naik setakat 28 Jun 2019.

Jemput baca selanjutnya di Prestasi IPO Setengah Tahun 2019.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA