Tuan Haji Mohd Asri – Pemenang Anugerah Bursa Marketplace Social Influencer of the Year 2018

Tahniah diucapkan kepada mentor pelaburan saham Malaysia, Tuan Haji Mohd Asri Ahmad di atas kejayaan memenangi anugerah Social Influencer of the Year 2018 daripada Bursa Marketplace (sebahagian daripada Bursa Malaysia).

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia iaitu Datuk Seri Tajuddin Atan pada acara The Marketplace Fair @ Penang yang telah berlangsung pada 5 Januari 2019 yang lalu.

Beliau turut menjadi salah seorang daripada speaker pada acara tersebut yang turut dihadiri Menteri Kewangan Malaysia, YB Lim Guan Eng.

Mentor Pelaburan Saham #1 Malaysia

Ada yang masih belum kenal Tuan Haji Asri Ahmad daripada Asri Ahmad Academy, mentor pelaburan saham yang popular di Malaysia? Berikut sedikit info mengenai beliau:

Beliau telah melibatkan diri dalam bidang pelaburan saham di Bursa Malaysia lebih daripada 20 tahun dan merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal selama 15 tahun. Pada tahun 2016 beliau telah diiktiraf sebagai ikon (Social Influencer) BursaMarketPlace (sebahagian daripada Bursa Malaysia) dan segala perkongsian beliau adalah berkenaan pelaburan saham yang sah di sisi undang-undang.

Sepanjang 5 tahun ini, beliau telah berkongsi ilmu pelaburan saham kepada lebih 30,000 peserta di seluruh Malaysia.

Dulu-dulu memang susah nak jumpa dengan orang yang nak ajar pasal saham ni. Maklumlah bukan mudah nak ubah persepsi masyarakat kita. Mereka nampak yang negatif saja bila cerita bab pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Rebut Peluang Belajar Dengan Beliau

Beliau sering mengadakan seminar dan kursus bagi mereka yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal pelaburan saham yang sah dan patuh Syariah ini. Dan yang terkini, kalau anda tak sempat nak belajar secara terus dengan Asri Ahmad Academy, kini anda boleh Belajar Saham Online Melalui Telefon Pintar Dengan Aplikasi LaburSaham.

Muat turun aplikasi LaburSaham hari ini juga dan belajar saham dengan telefon pintar di mana saja anda berada.

Untuk pengguna Android, muat turun di Google Play Store.

Untuk pengguna Apple pula, boleh muat turun di Apple App Store.

Tiada lagi alasan untuk tidak terlibat dengan pelaburan saham sebab tak tahu.

Lintas langsung dari The Marketplace Fair @ PenangAlhamdullillah… Majlis Penyampaian Anugerah Penghargaan sebagai Bursa Marketplace Social Influencer oleh YBhg Datuk Seri Tajuddin Atan, CEO Bursa Malaysia..Terima kasih Bursa Malaysia atas pengiktirafan yang diberi…#labursaham#labursyariah#asriahmadacademy#bursamalaysia#bursamarketplace

Posted by Mohd Asri on Sabtu, 5 Januari 2019

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA