Tutorial Bergambar Apply Saham IPO Menggunakan Maybank2U

IPO seringkali dianggap sebagai tempat untuk buat duit cepat dengan menjualnya pada hari pertama. Bagi menarik minat pembeli, syarikat biasanya meletakkan harga yang lebih rendah dari market value.

Tahun ini ada yang IPO harganya naik 22% selepas sehari! Rujuk artikel

Prestasi IPO Bagi Tahun 2017. Ada Yang Harganya Naik 22% Selepas Sehari

Kenapa ada orang TAK SUKA beli saham IPO?

Sebab mereka lebih suka membeli saham-saham yang sudah lama tersenarai. Lebih yakin nak beli bila sudah ada sejarah prestasi serta trend harga sahamnya.

Saham IPO tidak boleh dibeli menggunakan platform trading sedia ada. Di sini kami sediakan tutorial bergambar cara membeli saham IPO menggunakan Maybank2U. Sebelum terlupa, kita tidak boleh beli IPO tanpa akaun CDS direct. Jadi semasa nak buka akaun CDS, buka jenis direct dan bukan jenis CDS nominees ok?

Pertama sekali login ke akaun Maybank2u.

Klik pada menu Investment/Pelaburan, seperti kotak kuning di bawah. Kemudian pilih button eShare dan akan dipaparkan saham IPO yang boleh dibeli.

Perlu ingat yang permohonan yang dibuat itu tidak semestinya berjaya dan jika tidak berjaya, duit yang dilaburkan itu akan dikembalikan semula ke akaun.

Boleh Beli IPO Guna Lebih 1 Akaun CDS?

Pembelian saham IPO tidak boleh multi submission, maksudnya hanya 1 akaun CDS sahaja yang dibenarkan dalam 1 masa.

Contoh : Anda ada 2 akaun CDS. Saham IPO syarikat KEJURUTERAAN ASASTERA BERHAD yang berharga RM0.25 sesaham hanya boleh beli hanya dengan gunakan 1 akaun CDS sahaja. Jika berjaya, saham IPO tersebut akan di kreditkan ke dalam akaun CDS tersebut.

Semoga bermanfaat!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend