Tutorial Beli Saham Olok-Olok (Paper Trade) Melalui Investing.com

Paper trade merujuk kepada aktiviti simulasi dimana aktiviti belian dan jualan saham dilakukan secara olok-olok tanpa melibatkan wang sebenar. Kelebihan melakukan paper trade ialah ia dapat melatih diri untuk memahami teknik pembelian dan jualan yang bersesuaian dengan cara anda.

Dalam bidang pelaburan dan perdagangan saham ini, terdapat 1001 kaedah untuk menjana wang. Namun bukan semua kaedah itu sesuai dengan kita. Disebabkan itu, paper trade merupakan latihan untuk memahirkan diri sebelum terlibat dalam pelaburan yang sebenar.

Paper trade juga dapat membantu untuk mengawal emosi dalam trading. Pasaran saham ada naik dan turun ini bermakna anda akan berdepan dengan peluang menjana keuntungan atau mencatat kerugian. Setelah terbiasa dengan pergerakan turun naik harga saham, ia dapat melatih emosi daripada rasa tamak dan takut rugi.

Terdapat beberapa portal dan applikasi yang mempunyai kemudahan paper trade contohnya Investing.com dan Bursa Marketplace. Bagi aplikasi telefon pintar pula, kita ada Trade Hero, Bursa V Trade, Stock Market Simulator dan Rain Maker.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Bursa Marketplace, boleh baca Pengenalan Kepada Bursa Marketplace, Tools Saham PercumaCara Jual Beli Saham Olok-Olok di BursaMarketPlace. Follow Tutorial Ini.

Untuk aplikasi telefon pintar pula, jemput baca 8 Aplikasi perlu ada dalam telefon seorang pelabur saham.

Kali ini kami memilih untuk memberikan tutorial melakukan paper trade melalui portal Investing.com

Langkah 1: Log Masuk Ke Laman Web Investing.com

Jika anda baru ingin menggunakan portal ini, perlu mendaftar terlebih dahulu menggunakan akaun Facebook atau Google. Kemudian Sign In seperti biasa.

Langkah 2: Buat Satu Folder ‘Holdings’ Yang Baru

Di ruang portfolio, anda mempunyai pilihan untuk membuat watchlist kaunter saham juga paper trade. Bagi tujuan paper trade, pilih portfolio di ruang tab atas. Kemudian pilih tanda ‘+’ Create a New Portfolio, seterusnya pilih ‘Holdings’

Langkah 3: Namakan Portfolio Baru Sebagai Paper Trade

Setelah memilih Holdings, namakan portfolio baru tersebut sebagai Paper Trade dan tekan ‘Create’

Langkah 4: Pilih Kaunter Saham Yang Ingin Dibeli

Memandangkan portal Investing.com merupakan portal pelaburan global, terdapat pelbagai jenis saham dari serata dunia. Untuk memilih pasaran saham di Bursa Malaysia, di ruangan ‘All Countries’, pilih ‘Malaysia’

Langkah 5: Masukkan Kuantiti Unit Belian Di Ruangan ‘Amount’ Dan Kos Belian Di Ruangan ‘Commission’, Seterusnya Pilih ‘Add Position’

Memandangkan ini adalah akaun simulasi, jadi anda boleh meletakkan berapa sahaja kuantiti lot yang anda mahu. Di Malaysia, kos yang terlibat dalam pembelian saham termasuklah Brokerage Fee (bayaran berbeza bergantung kepada broker anda), Clearing Fee (bayaran kepada Bursa Malaysia) dan Duti Setem (bayaran caj kepada LHDN).

Langkah 6: Pantau Prestasi Saham

Setelah anda melakukan pembelian saham, investing.com akan menunjukkan prestasi keuntungan atau kerugian saham tersebut. Pilih MYR supaya nilai keuntungan atau kerugian akan ditunjukkan dalam Ringgit Malaysia

Langkah 7: Jual Saham

Jualan semula saham dibuat sekiraya anda mahu merealisasikan keuntungan (take profit) atau mengurangkan kerugian (cut loss). Untuk menjual saham, anda perlu pilih saham yang dibeli tadi kemudian pilih ‘Close Position’

Sumber: FB Nadeyya Rahmat

Belajar, Belajar Dan Terus Belajar

Sebelum nak memulakan sesuatu perkara, termasuklah nak melabur saham ni – kita kena pastikan kita mempunyai ilmu yang cukup. Belajar dulu selok-belok Fundamental Analysis untuk tahu saham apa yang bagus untuk dibeli, dan Technical Analysis untuk tahu bila masa terbaik untuk beli saham.

Elok juga kita mula dengan melakukan Paper Trade atau jual beli saham secara olok-olok seperti di atas ni, untuk memantapkan ilmu yang telah kita belajar tadi. Jangan main redah je, sayangi modal anda. Takut sekali rugi nanti, takut nak trade lagi.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend