Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Menggunakan Maybank2U (TERKINI)

Saham IPO merupakan saham yg pre-list di papan Bursa Malaysia. Pada tahun 2017 ada IPO harganya naik sehinga 22% selepas sehari! Rujuk artikel ini di sini.

IPO ini boleh di mohon melalui online banking seperti Maybank2u dan CIMBClicks. Duit tolak terus dari akaun simpanan anda. Tetapi perlu ada nombor akaun CDS yang aktif untuk memohon.

Jadi, panduan ini akan menerangkan dengan ringkas cara membeli saham IPO dengan mudah menggunakan Maybank2U.

1. Biasanya sehari selepas tarikh undi anda boleh semak semula di M2U sama ada dapat atau tidak.
2. Duit akan di pulangkan semula jika tidak berjaya. Jika berjaya saham ini akan di kreditkan dalam akaun CDS anda sehari sebelum penyenaraian di Bursa Malaysia. Andai kata tak dapat, silakan mencuba untuk memohon saham IPO lain kali pula. Jangan kecewa kerana jika tidak dapat beli pada harga IPO, anda boleh beli pada hari pertama ia tersenarai di Bursa Malaysia seperti biasa.

Soalan : Berapa minima perlu beli?
Minima hanya 100 unit dan tiada had maksima.

Soalan : Bolehkah saya memohon satu-satu IPO itu banyak kali?
Tak boleh. Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan bagi setiap pemohon.

Soalan : Bolehkah kita pohon saham IPO di beberapa online banking sekaligus?
Tak boleh. Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi setiap IPO baru yang ditawarkan.

Soalan : Kalau ada akaun CDS di RHB Investment, boleh beli IPO guna M2U?
Boleh, tiada masalah.

Soalan : Apa faktor yang mempengaruhi peluang dapat beli saham IPO?
Ada banyak faktor, antaranya ‘tuah’ tetapi cara paling senang adalah guna modal yang besar supaya lebih cerah peluang untuk dapat.

Akhir kata jangan melabur jika kita tidak tahu risiko dan produk yang ingin kita laburkan.

 

Baca lagi Apa Itu Saham IPO

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend