U Mobile Katanya Nak IPO Tak Lama Lagi

Menurut laporan, katanya penyedia perkhidmatan telekomunikasi U Mobile Sdn Bhd bakal nak disenaraikan tak lama lagi, bergantung kepada persetujuan semua pihak, kata CEO Berjaya Corp – Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching.

“Perjalanan IPO U Mobile di Bursa Malaysia berada di landasan yang betul, namun ianya memerlukan persetujuan semua pihak terlebih dahulu,” beliau memberitahu wartawan pada satu acara di Kementerian Pendidikan.

Ianya berikutan laporan yang menyebut Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan pada Disember 2018 yang telah mengumumkan rancangan untuk menyenaraikan U Mobile.

Untuk rekod, Straits Mobile Investments Pte Ltd dari Singapura adalah pemegang saham terbesar U Mobile dengan 49% pegangan. Vincent Tan pula merupakan pemegang saham kedua terbesar melalui syarikat pelaburan persendirian iaitu U Telemedia Sdn Bhd.

Manakala Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pula mempunyai 15% pegangan di dalam U Mobile.

U Mobile adalah merupakan penyedia perkhidmatan telekomunikasi keempat terbesar di Malaysia, selepas Axiata, Maxis dan Digi.

Sumber Rujukan: NST Online

Prestasi Saham Axiata

Sumber: Bursa Marketplace

Axiata berada di tempat pertama daripada segi Market Cap dengan RM46.55 bilion. Harga saham kelihatan uptrend dan baru saja membuat 52-Weeks high. Namun syarikat melaporkan kerugian sebanyak RM4.1 bilion pula.

Prestasi Saham Maxis

Sumber: Bursa Marketplace

Saham Maxis pula membuat uptrend juga tetapi sedikit sukar untuk diramal, seolah-olah tiada hala tuju yang jelas. Kejap naik kejap turun, kira sideways juga lah.

Prestasi Saham Digi

Sumber: Bursa Marketplace

Saham Digi pun sedang membuat uptrend walaupun baru-baru ini harga turun banyak.

Saham Axiata, Maxis dan Digi Patuh Syariah Dan Ada Persamaan Pada Chart

Kalau nak tahu ketiga-tiga syarikat gergasi telekomunikasi tanahair adalah patuh Syariah. Kalau dilihat kepada chart, ketiga-tiganya boleh dikatakan mempunyai pattern yang hampir sama. Oktober 2018 semuanya jatuh, mencecah paras lantai pada November 2018 dan kemudiannya rebound semula.

Adakah penggabungan Axiata dan Digi, serta kemunculan U Mobile nanti memberikan tamparan yang hebat kepada Maxis?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA