Volume Dalam Analisa Teknikal (Tiada Kaitan Dengan Volume Suara)

Ada yang on the way menjadi pedagang saham di Bursa Malaysia? Mesti anda sedang mendalami ilmu Technical Analysis kan? Alhamdulillah, semoga dipermudahkan. Untuk perkongsian kali ini, jom fahami apa yang ingin disampaikan oleh Tuan Jeffry Azizi Jaafar, remisier paling hensem di Maybank Investment Bangsar.

Bagi siapa yang tak kenal siapa beliau, boleh baca Awas Kelas Atau Seminar Saham Yang Tidak Bertauliah.

Senang cerita, beliau adalah seorang anak muda yang trusted, berlesen, dah banyak membantu orang terlibat dalam saham. Malah, beliau telah bertemu jodoh dengan salah seorang anak murid beliau. Pandai kan beliau menyelam sambil minum air…

Apakah Maksud Volume?

Volume adalah jumlah dagangan instrumen atau saham atau kontrak yang di dagagangkan dalam tempoh tertentu. Kebiasaannya dalam tempoh sehari. Namun terpulang kepada tempoh masa kebiasaan pada pedagang itu sendiri. Ada pedagang suka pada 30 minit tempoh masa, ada yang satu jam ada yang 4 jam.

Di dalam carta, volume akan di plotkan dalam bentuk carta bar di bawah carta harga. Ketinggian bar menggambarkan berapa banyak saham yang di dagangkan setiap tempoh. Carta volume juga boleh di analisis untuk menunjukkan trend peningkatan atau penurunan tempoh masa.

Mengapa Volume Penting?

Volume digunakan oleh pengguna analisa teknikal untuk mengesahkan trend dan chart pattern. Kekuatan pergerakan harga tertentu diukur terutamanya oleh volume.

Contoh; Jika volume sesuatu kaunter melebihi paras biasa jumlah dagangan sebulan, ini menunjukkan permintaan tinggi pada kaunter tersebut dan apabila penawarannya kurang pasti akan melonjakkan harga saham kaunter tersebut.

Volume akan beritahu kita sesuatu cerita tentang perjalanan trend kaunter tersebut. Contoh; Jika hari itu kaunter di tutup dengan jumlah dagangan 1 juta unit, makna kata ada 1 juta unit saham bertukar tangan.

1 juta unit volume tersebut di niagakan dengan harga berbeza pada hari itu.

Beza harga tersebut semuanya di plotkan dalam Candlesticks yang kita belajar tempoh hari.

OPEN – Harga buka
LOW – Harga terendah
HIGH – Harga tertinggi
CLOSE – Harga tutup

Ada yang membeli dan ada yang menjual, itu yang menyebabkan candlesticks turun dan naik, berekor dan bertangkai.

NAMUN, pergerakkan istimewa VOLUME hanya ada satu arah sahaja iaitu MENAIK pada sesuatu tempoh masa. Indikator VOLUME ini amat istimewa kerana sebab ini.

Jika VOLUME di niagakan melebihi paras biasa dalam tempoh masa tertentu boleh menjadi satu indikator penting yang akan merubah nilai harga sesuatu kaunter.

Contoh; Jumlah dagangan biasa sesuatu kaunter harian ialah jajaran 500,000 sehingga 1,000,000. Tiba-tiba kaunter tersebut mencatat jumlah dagangan sehingga 3 juta unit dan harga baru tinggi dicatatkan. Ini satu indikator penting yang akan membawa pergerakkan harga ke atas lagi.

Di samping pergerakan satu hari, trend dalam jumlah dari masa ke masa boleh dikaitkan dengan tren harga untuk  menentukan sama ada stok memperoleh atau kehilangan momentum. Contohnya mungkin stok yang telah semakin tinggi dengan volum menurun, yang menunjukkan bahawa perhimpunan itu mungkin kehilangan momentum.

Dalam hal ini, peniaga mungkin ingin mencari pembalikan dan mungkin mengurangkan atau menjual posisi lama mereka sebagai persiapan.

Volume Mendahului Harga

Konsep penting akhir untuk memahami ialah harga didahului oleh volume. Peniaga mengawasi jumlah untuk melihat jika berlaku REVERSAL kemungkinan berlaku, yang bermaksud perubahan volume boleh menjadi pendahulu kepada perubahan harga. Sekiranya volume MENURUN dalam arah aliran menaik, ia boleh memberi isyarat bahawa aliran menaik (uptrend) itu akan semakin hampir habis dan mungkin berlaku REVERSAL.

Sekarang kita mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang beberapa elemen penting dalam analisis teknikal, kita akan bergerak ke carta, yang membantu mengenalpasti peluang perdagangan dalam pergerakan harga.

Jeffry Azizi bin Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bhd

Sumber: FB Jeffry Azizi Jaafar

Kalau nak belajar terus dengan Tuan Jeffry, boleh hubungi beliau seperti nombor yang tertera.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend