Wanita Juga Perlu Bijak Melabur

Bukan lagi menjadi satu perkara yang hairan jika wanita celik saham sama seperti kaum lelaki. Tidak kira sama ada wanita tersebut seorang suri rumah atau pun wanita yang bekerjaya, peluang untuk membuat duit daripada pelaburan saham haruslah direbut dengan sebaik mungkin.

Di Malaysia, penglibatan golongan wanita dalam pelaburan saham masih berada di tahap yang rendah. Namun, kita dapat lihat trend pelabur wanita yang bergiat aktif semakin meningkat naik.

Menurut kajian daripada University of California, Berkeley, wanita mengatasi lelaki di dalam prestasi saham sebanyak 2.3% di dalam tempoh 7 tahun.

Wanita zaman sekarang bukan sahaja perlu menguruskan keluarga malah ramai yang berkerjaya. Tuntutan tanggungjawab pada keluarga dan kerjaya menjadikan mereka serba boleh dan bijak mengintai peluang

3 faktor utama yang mendorong kepada ‘kemenangan’ golongan wanita adalah:

  • Lebih Banyak Bersabar
  • Rendah Hati
  • Suka Elak Risiko

Boleh baca lebih lanjut dalam Kenapa Wanita Lebih Pandai Melabur Berbanding Lelaki? Mesti anda terkejut punya.

Kalau nak tahu, banyak sebenarnya kelebihan dan manfaat yang dapat diperolehi sekiranya wanita sama-sama bersaing dengan golongan lelaki dalam pelaburan saham:

1. Dapat Membantu Ekonomi Diri Dan Keluarga

Kita semua sedia maklum bahawa aktiviti jual beli saham boleh dilakukan pada setiap hari bekerja, Isnin ke Jumaat dari jam 9 pagi sehingga 5 petang. Tapi ianya tidak memerlukan kita ‘monitor’ saham setiap masa kan?

Dengan menguasai teknik dalam mengenal pasti kaunter yang berpotensi tinggi setiap hari, secara tidak langsung ianya dapat menjana pendapatan untuk keluarga. Dapat juga meningkatkan taraf ekonomi diri sendiri dan juga keluarga.

Dalam suasana ekonomi yang mencabar, baik juga sekiranya isteri dapat membantu suami dalam mencari duit lebih.

2. Masa Yang Fleksibel

Bagi mereka yang merupakan suri rumah sepenuh masa, menggiatkan diri dalam pelaburan saham sangat sesuai dengan anda. Kalau rasa nak aktif jual beli hari-hari pun boleh, seminggu sekali pun boleh. Ikut suka. Sambil-sambil mengemas rumah, memasak atau menjaga anak-anak, sambil tu boleh jenguk-jenguk pergerakan harga saham kegemaran.

Tak perlu duduk depan komputer, zaman sekarang guna smartphone pun dah jual beli saham. Yang penting, masa dengan anak-anak dapat diutamakan.

Bagi yang bekerja pula, boleh study malam sebelumnya dan Set Alert. Bila saham dah cecah Entry Price yang kita tetapkan, boleh beli. Bila cecah tahap Cut Loss, dapat alert dan terus jual. Semuanya menggunakan smartphone.

Boleh dengar perkongsian Puan Nur Shafika, seorang pensyarah di UiTM bagaimana beliau boleh aktif terlibat dalam pelaburan saham.

3. Tidak Perlukan Sijil Akademik Dan Modal Yang Banyak

Siapa kata nak melabur saham kena ada taraf pendidikan yang tinggi. Ada saja lepasan SPM yang berjaya. Syarat utama nak melabur, kena ada akaun CDS.

Ini bermakna, pelaburan saham terbuka kepada semua orang tidak kira latar belakang pendidikan mahu pun modal yang besar.

Cukup mudah nak buka akaun CDS ni, boleh baca lanjut Cara Buka Akaun CDS. Kosnya RM10 sahaja.

Ada modal RM1 ribu pun dah kira cantik nak mula jual beli saham. Boleh juga baca Cara Kumpulkan Modal Untuk Mula Beli Saham.

Kena Berani Mencuba

Kalau rasa tahap kewangan sekarang dah elok, dividen 6-8% daripada simpanan di Tabung Haji dan ASB dah memadai, dividen pelaburan unit trust ~10% dah cukup OK, maka lupakan pasal pelaburan saham ni. Sebab dalam pelaburan saham, Harga saham boleh naik 100%-200% tetapi…RUGi itu pasti, UNTUNG itu wajib.

Tapi kalau nakkan pembaharuan dan nak mulakan langkah dalam pelaburan saham, maka boleh ikut Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia.

Jika nak mulakan langkah pertama, kami cadangkan anda untuk hadir ke Seminar Labur Saham anjuran Asri Ahmad Academy. Seminar ikon Bursa Malaysia ini musim raya pun boleh FULL HOUSE!

Perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama. Belajar dan bertindaklah.

Nak ilmu perlu ada keinginan, kesunggguhan dan berkorban waktu. Tinggalkan alasan dan bangkit untuk ubah kehidupan yg lebih baik. Semoga berjaya!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend