Yuran Seminar RM99 Mahal? Kasilah Free!

Nak menuntut ilmu buat duit, tapi tak nak keluar duit? Fuh. I cannot brain this.
Katanya kalau yuran RM99 untuk masuk seminar pelaburan saham tu mahal? Tengoklah juga content yang disampaikan. Ada seminar yang content sampai nak pengsan kot dia kasi.

Harga saham Nestle pun RM146 seunit.

Bro, pasaran saham ni bukan tempat orang tak ada duit untuk buat duit. Pergilah usaha cara lain untuk tambahkan duit simpanan dulu. Pergilah belajar dekat kelas cuci otak, kelas pengurusan kewangan, kelas online marketing, kelas FB Ads dan sebagainya.

Cuba kita fikir balik dan renung-renungkan:

    • Sekolah Rendah belajar ilmu dunia dan ilmu agama perlukan duit.
    • Sekolah Menengah belajar ilmu dunia dan ilmu agama perlukan duit.
    • Universiti belajar ilmu peringkat tinggi perlukan duit (siap berhutang PTPTN RM17,000 untuk belajar)
    • Nak masuk kelas belajar memasak, menjahit, bahkan nak belajar Microsoft Excel pun perlukan duit yuran.

Ada juga yang kata,

“Mencari ilmu dengan individu yang hanya nak ambil kesempatan dengan menjaja air liur ni sesungguhnya satu perbuatan sia-sia”

Wah. This one also I cannot brain. 

Cakap orang memang senang, cuba kau jual air liur kau? Nak tengok berapa orang pula nak datang dengar.

Seminar itu sendiri adalah sejenis bisnes. Perniagaan dalam kategori pendidikan/latihan/khidmat nasihat. Nak pula yang join seminar dia ada yang berjaya. Memang bertambah popular la seminar tu.

Memang kita boleh berjaya juga kalau tak pergi seminar bagai. Kita boleh cuba cari jalan sendiri, tapi kita akan ambil masa yang lama.

Sedar-sedar, kita dah jadi tua masa kita dah berjaya nanti. Itupun kalau berjaya. Lepas tu kita rasa pelik kenapa ramai yang jauh lebih muda dah berjaya buat duit di pasaran saham.

Ilmu Buat Duit Yang Free?

Tapi bila berpeluang untuk belajar ilmu kembangkan duit melalui pelaburan saham yang sah, kalau boleh kita nak yang free. What???

Tempoh hari Bursa Malaysia-i anjurkan workshop (siap kena bawa laptop) dengan yuran RM10 pun banyak kerusi kosong. Oh ya, kalau terlepas, dengarnya ada lagi workshop tu, boleh cepat-cepat lihat di sini.

Memang ada seminar yang percuma, tapi alasan lain pula yang akan muncul:

  • “Jauhlah, takde kelas yang dekat sikit ke? Buatlah depan rumah aku ni”
  • “Sibuklah tarikh tu, ada program memancing, ada tarikh lain tak?”
  • “Free ni mesti tak bagus, sebab seminar dia tak laku kan?”
  • “Ala, lepas tu mesti dia nak upsell kelas mahal pulak”
  • “Ada kasi makan tak?”

Nak free sangat? Pergilah seminar Dato’ Dr. Nazri Khan, beliau masih anjur secara percuma.

‘Orang Lain’ Kena Bayar $99 US Dolar, Rileks Je

Kalau nak tahu, ‘orang lain’ sanggup bayar sehingga $99 US Dolar (RM410) untuk hadiri seminar pelaburan saham (asas pula tu). Nak seat harga $199 (RM824) juga ada.

Cuma bukan dalam Bahasa Melayu.

Tak percaya, masuk sendiri laman web Value Investing Summit.

Berebut-rebut ‘orang lain’ nak datang program ni. Apalah sangat harga yuran $99 USD dengan apa yang akan disampaikan, panelis yang akan hadir, Warren Buffett Thailand pun akan datang berkongsi ilmu.

Tapi kalau kita diberikan peluang seperti di atas, macam-macam alasan yang kita boleh jangkakan:

  • “Kenapa 2 hari, takde yang sehari ke?”
  • “Bayar mahal-mahal, takde makan ke?”
  • “Harga early bird ni sampai bila-bila ke?”

Diri Sendiri Tak Mahu Berubah, Jangan Harap Orang Lain Boleh Ubahkan

Kesimpulannya, kalau diri sendiri pun tak ada niat nak berubah, jangan pula salahkan takdir.

“Kenapalah aku tak kaya-kaya?”
“Kenapalah hidup aku macam ni je?”

Percayalah, rezeki Allah dah tentukan. Tetapi sesiapa yang berusaha lebih, insyaAllah dapat pun lebih.

Manusia memang tak mampu mengkayakan orang lain. Itu semua atas izin Allah.

Betulkan cara kita berfikir.
Betulkan cara kita bercakap.
Betulkan cara kita menulis.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend