3 Salah Faham Orang Ramai Mengenai Takaful

Kami pasti ramai yang tahu tentang polisi Takaful yang fungsinya boleh dikatakan sama seperti insurans konvensional. Bagi orang Islam, polisi Takaful lebih sesuai diambil kerana ianya patuh Syariah.

Namun begitu, masih ramai orang Islam sendiri yang lebih memilih polisi insurans konvensional berbanding dengan Takaful. Ini mungkin kerana terdapat beberapa salah faham tentang polisi Takaful seperti berikut.

1. Khusus Untuk Orang Islam

Boleh dikatakan hampir kesemua orang yang bukan beragama Islam menyangka yang sistem Takaful ini hanya khusus untuk orang Islam sahaja. Ini mungkin kerana mereka sering mendengar perkataan patuh syariah yang selalunya sinonim dengan orang Islam.

Padahal sebenarnya, sistem Takaful ini telah wujud di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam lagi untuk membantu pedagang-pedagang Arab melindungi diri mereka daripada risiko-risiko semasa pelayaran.

Cuma selepas itu ia diubah suai sedikit sesuai dengan kehendak Islam yang mengetepikan unsur-unsur judi, riba dan meragukan dalam urusniaganya tetapi masih mengekalkan fungsi asalnya.

2. Objektif Takaful Berbeza Dengan Insurans Konvensional

Lagi satu salah tanggapan umum tentang Takaful adalah mengenai fungsinya. Ramai yang beranggapan bahawa fungsi Takaful adalah berbeza dengan fungsi insurans konvensional. Sebenarnya fungsinya sama sahaja dengan insurans konvensional yang sedia ada iaitu untuk melindungi.

Anda tetap perlu membayar premium untuk polisi yang anda pilih bagi melindungi diri anda. Dan Takaful juga bukan berorientasikan keuntungan, tetapi lebih kepada perlindungan untuk kesemua ahli-ahlin yang menyertainya.

3. Tidak Beretika

Oleh kerana Takaful dianggap melibatkan soal agama dalam urus niaganya, ramai yang beranggapan yang perlindungan yang diberikan Takaful tidak sebaik insurans konvensional yang sedia ada. Ada juga yang beranggapan bahawa Takaful hanya memberikan perlindungan terbaik untuk mereka yang beragama Islam sahaja.

Jika ini tanggapan anda, anda salah sama sekali!

Ini kerana terdapat beberapa peraturan di dalam Takaful sendiri yang menghalang sebarang layanan istimewa berdasarkan agama dan juga fahaman individu.

Jika sistem Takaful ini tidak sebaik atau lebih baik daripada insurans konvensional, pastinya ia tidak akan berkembang pesat di seluruh dunia termasuklah di negara bukan Islam. Kini kebanyakan negara yang majoriti penganutnya bukan beragama Islam, juga berminat untuk memperkenalkan sistem Takaful ini di negara mereka.

Sumber Rujukan: Loan Street

This image has an empty alt attribute; its file name is motor-takaful.jpg

Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful

Kalau orang Islam sendiri pun tak berminat nak ambil Takaful, macamana? Tetapi itulah realitinya yang berlaku. Di antara alasan utama adalah tak mampu dan nanti dulu, seolah-olah perlindungan tidak penting dalam kehidupan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Syarikat Insurans, Pengendali Takaful Perlu Telus Siasat Tuntutan Pengguna

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Bank Negara Malaysia telah menetapkan syarikat insurans atau pengendali takaful untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan objektif terhadap semua tuntutan yang dikemukakan oleh pengguna kewangan. 

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata tuntutan itu juga perlu dilayani setelah mengambil kira faktor- faktor yang berkaitan, dan mewakili hak munasabah penuntut di bawah polisi insurans atau sijil takaful.

“Ini bagi memastikan layanan adil diberikan kepada pengguna kewangan serta memastikan syarikat insurans dan pengendali takaful memenuhi tanggungjawab dan tidak menyalahgunakan klausa pengecualian untuk menafikan tuntutan yang sah,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan syarikat insurans bertanggungjawab atas polisi yang dikeluarkan dan tidak menggunakan pelbagai helah enggan bayar pampasan. 

Lim berkata sekiranya syarikat insurans atau pengendali takaful terpaksa menolak tuntutan insurans atau takaful secara menyeluruh atau sebahagian daripadanya, ia dikendaki memberikan penjelasan yang jelas kepada pengguna kewangan mengenai rasional keputusan tersebut termasuk terma polisi atau pengecualian yang dirujuk.

Katanya, klausa pengecualian ‘exclusion clause’ menetapkan keadaan tertentu yang tidak dilindungi oleh sesuatu polisi — bergantung kepada jenis polisi, antara pengecualian yang lazim adalah memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, penggunaan kenderaan yang menyalahi undang-undang, mencederakan diri sendiri, penyakit sedia ada yang tidak diisytihar atau tuntutan palsu.

“Sekiranya sesuatu keadaan berada di bawah salah satu pengecualian ini, syarikat insurans atau pengendali takaful tidak diwajibkan untuk membayar tuntutan yang berkaitan dengan peristiwa atau keadaan tersebut.

“Bagaimanapun, perlindungan tambahan dengan premium tambahan boleh diperolehi bagi pengecualian tertentu seperti malapetaka atau penyakit sedia ada,” katanya. 

Beliau berkata sekiranya pemegang polisi atau peserta takaful tidak menerima perkhidmatan yang memuaskan, mereka boleh membuat aduan kepada saluran aduan yang disediakan oleh syarikat insurans atau kepada Bank Negara Malaysia melalui saluran elink.

“Tambahan pula, pengguna kewangan boleh merujuk kepada badan bebas ombudsman perkhidmatan kewangan (OFS) secara percuma untuk menangani pertikaian secara adil dan cepat sekiranya pengguna kewangan tidak berpuas hati dengan keputusan muktamad syarikat insurans atau pengendali takaful yang menolak tuntutan mereka berdasarkan klausa pengecualian,” katanya. 

Beliau berkata Bank Negara Malaysia juga akan memantau dari semasa ke semasa sekiranya terdapat syarikat insurans yang palsu atau produk-produk yang tidak memenuhi atau mengikut terma atau syarat yang telah dituntut semasa insurans itu dilakukan.

— BERNAMA