3 Tempoh Penting Dalam Perlindungan Takaful Yang Perlu Anda Tahu

Kesedaran terhadap Kad Perubatan (Medical Card) perlu diberikan penekanan kepada masyarakat. Ia bukan sahaja menjadi pelan perlindungan, tetapi ia juga memberikan keselesaan tempat apabila kita ditimpa sakit. Bukan untuk menyangkal keselesaan yang diberikan oleh hospital kerajaan, namun tiada salahnya jika kita memilih untuk mendapatkan rawatan yang lebih eksklusif dan selesa.

Namun apakan daya, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful. Nampak sangat tahap kesedaran mengenai Takaful masih terlalu rendah.

Tahniah bagi yang telah menjadi pemegang kad perubatan Takaful, namun anda perlu lalui beberapa fasa atau tempoh yang ditetapkan oleh syarikat Takaful. Ini adalah prosedur yang perlu dipatuhi. Jangan pula baru sahaja memegang kad perubatan, anda jadi tidak sabar untuk terus menggunakannya.

Jom kita tengok 3 tempoh pentin dalam perlindungan Takaful seperti berikut:

1. Tempoh Bertenang

Tempoh bertenang ini adalah selama 15 hari atau lebih. Ia bermula sebaik sahaja permohonan Takaful anda telah diluluskan. Sepanjang tempoh ini, anda perlu memahami setiap item dalam pelan Takaful yang anda ambil. Item ini boleh anda baca di dalam buku polisi yang anda dapat, dan pastikan ejen Takaful anda menjelaskannya.

Sekiranya terdapat ketidakpuasan dalam pelan Takaful yang anda ambil atau rasa tertipu dengan ejen, anda boleh mengambil tindakan dengan membuat aduan kepada syarikat Takaful tersebut. Anda juga boleh meminta refund terhadap bayaran yang telah dibuat jika berasa tidak berpuas hati.

2. Tempoh Menunggu

Ini adalah tempoh di mana anda perlu menunggu sebelum tiba masa yang membolehkan anda menggunakan Kad Perubatan tersebut di hospital-hospital panel. Tempoh menunggu ini ada yang 90 hari dan ada juga selama 120 hari. Ia adalah bertujuan untuk memastikan sepanjang tempoh ini, anda berada dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang penyakit-penyakit kritikal.

Namun apabila polisi anda telah lulus, perlindungan terhadap kes kemalangan telah berkuatkuasa serta-merta. Tak perlu tempoh menunggu, kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa saja.

3. Tempoh Siasatan

Tempoh ini biasanya mengambil masa 2 tahun setelah polisi anda diluluskan. Syarikat Takaful anda berhak untuk membuat semakan atau pun membuat kaji selidik berkenaan latar belakang kesihatan diri anda.

Jika didapati dalam tempoh 2 tahun ini anda telah membuat tuntutan penyakit kritikal seperti kanser, kemungkinan tinggi tuntutan anda akan ditolak. Ini kerana, penyakit kritikal tersebut berkemungkinan telah hadir sebelum sejak dari awal lagi, sebelum anda menandatangani polisi Takaful.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend