4 Tips Penting Sebelum Nak Melanggan Produk Takaful

Takaful merupakan ‘tool’ kewangan yang penting dalam memindahkan risiko. Sememangnya kita tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku di masa hadapan. Oleh itu, takaful akan bertindak sebagai perlindungan kepada kita.

Namun begitu, sebelum anda membuat keputusan untuk melanggan mana-mana produk, ada baiknya anda ikuti 4 tips ini:

1. Baca Kontrak Dengan Teliti

Saya kata TELITI. Anda perlu membaca dan memahami terma dan syarat polisi selepas menerima kontrak polisi daripada syarikat insurans/takaful. Anda diberi masa selama 15 hari daripada tarikh penerimaan untuk meneliti kandungan polisi/sijil.

Gunakan peluang ini untuk memastikan maklumat adalah betul dan polisi tersebut menepati keperluan anda. Anda hendaklah memahami had-had atau klausa-klausa pengecualiannya. Jika perlu, dapatkan penerangan lanjut daripada syarikat takaful atau ejen anda.

2. Kepentingan Pendedahan (Jujur Mengenai Keadaan Kesihatan Semasa)

Anda mestilah mendedahkan semua fakta dalam borang permohonan anda sepenuhnya dan sejujurnya. Sekiranya ejen anda mengisikan borang permohonan untuk anda, baca dan fahamilah keperluan dalam borang tersebut sebelum anda menandatangani borang tersebut.

Jika tidak, polisi insurans / sijil takaful anda mungkin terbatal atau syarikat takaful boleh menolak tuntutan anda.

Berapa banyak kes kita dah dengar berkenaan penggunaan kad perubatan atau medical card yang disediakan pihak takaful, namun apabila peserta takaful ingin menggunakannya – mereka telah direjek, dan terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi. Hanya kerana tidak memberitahu atau menyembunyikan perihal status kesihatan mereka.

3. Melanggan Takaful

Anda boleh melanggan Takaful secara terus daripada syarikat Takaful, melalui ejen Takaful yang sah, atau bank / institusi kewangan. Sekiranya anda melanggan Takaful melalui ejen, pastikan beliau adalah ejen yang sah bagi mana-mana syarikat Takaful.

Jika anda ragu-ragu, dapatkan bukti pendaftaran / kad kuasa ejen tersebut atau menghubungi syarikat Takaful berkenaan. Ejen yang sah adalah mereka yang berdaftar dengan Malaysia Takaful Association. (MTA)

4. Pembayaran Premium

Anda mempunyai pilihan untuk membayar premium terus kepada syarikat Takaful atau melalui ejen, Anda hendaklah memastikan pembayaran dibuat atas nama syarikat Takaful dan bukan di atas nama ejen atau agensi.

Juga pastikan anda menerima resit rasmi daripada syarikat Takaful tersebut selepas membayar premium tadi.

Sekiranya boleh, elakkan daripada membuat pembayaran secara tunai kepada ejen.

Insha Allah, empat tips di atas boleh menjadikan diri anda sebagai pelanggan Takaful yang bertanggungjawab dan peka.

Sumber Rujukan: Adib Yazid

Takaful Untuk Perlindungan Bukan Pelaburan

Lagi satu harus diingatkan, tujuan kita melanggan Takaful adalah untuk perlindungan dan bukan untuk pelaburan. Takut nanti bila produk yang kita langgan tadi, memang kita bayar tiap-tiap bulan tapi disebabkan unsur pelaburan di dalamnya tak menjadi, maka polisi Takaful kita jadi lapse pula nanti.

Boleh juga baca Apa Boleh Buat Jika Polisi Takaful Dah Lapse (Luput).

Ramai Belum Memiliki Takaful Dan Mereka Yang Dah Ada Perlindungan, Ianya Tak Mencukupi Pula

Dukacita dimaklumkan bahawa di Malaysia, masih ramai yang belum memiliki sebarang perlindungan Takaful. Seolah-olah menyerahkan segala-galanya kepada takdir. Benda nak jadi, akan jadi juga.

Jangan lupa baca:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend