5 Faktor Yang Menyebabkan Caruman Takaful Anda Mahal

Pelan Takaful setiap individu adalah berbeza-beza. Ianya bergantung kepada banyak faktor, sekaligus mempengaruhi caruman bulanan pelan Takaful bagi individu tersebut.

Walaupun memilki usia yang sama, ianya masih tidak menjamin caruman bulanan yang sama. Ini kerana terdapat beberapa lagi faktor yang akan menentukan jumlah caruman.

Jom kita tengok 5 faktor yang menyebabkan caruman takaful anda mahal.

1. Umur

Tahukah anda, semakin besar risiko yang anda ada, ini bermakna semakin tinggi jumlah caruman bulanan yang perlu dibayar? Dan kalau diikutkan, semakin meningkat umur seseorang itu, caruman bulanan beliau juga akan turut meningkat.

Sebab itu kalau boleh, waktu terbaik untuk ambil Takaful adalah pada awal usia. Bukan dah nak pencen baru nak ambil.

2. Jantina

Kalau diikutkan, kaum wanita adalah lebih berisiko untuk ditimpa penyakit seperti kanser berbanding lelaki.

Sebagai contoh kanser payu dara, 1 daripada 19 wanita di Malaysia akan dapat kanser payu dara. Kanser pangkal rahim pula merupakan kanser kedua paling ramai dihidap golongan wanita di Malaysia.

Disebabkan inilah golongan wanita berdepan dengan caruman Takaful yang lebih mahal.

3. Jenis Pekerjaan

Pekerjaan yang mendedahkan seseorang dengan bahaya, akan menyebabkan caruman Takaful meningkat.

Contoh pekerjaan adalah polis, askar, pekerja pelantar minyak, pemandu lori dan pekerja buruh binaan.

Mereka yang tergolong di atas, lebih berisko untuk berhadapan dengan kemalangan berbanding mereka yang banyak menghabiskan masa kerja di pejabat sahaja.

Jadi jenis pekerjaan juga akan menentukan sama ada anda akan bayar caruman yang lebih setiap bulan.

4. Merokok

Tidak perlu rasanya untuk kita beritahu betapa bahayanya menghisap rokok. Salah satu penyebab utama golongan lelaki di Malaysia mati adalah disebabkan oleh menghisap rokok.

Walaupun dah tahu aktiviti ini sangat berbahaya dan mengundang banyak penyakit, syarikat Takaful masih membuka peluang kepada perokok untuk mendapatkan perlindungan Takaful. Tapi kena bayar lebih lagi berbanding mereka yang tidak merokok.

5. Penyakit Sedia Ada

Sekiranya anda telah mempunyai penyakit yang serius, syarikat Takaful tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan rawatan dan juga bil hospital. Disebabkan itu, mereka yang sudah berumur dan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit; akan diminta untuk menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

Sama juga halnya dengan mereka yang obes dan mempunyai berat badan yang berlebihan. Mereka ini lebih berisiko untuk menghidap penyakit kronik.

Atas sebab inilah, mereka perlu bayar lebih untuk mendapat perlindungan Takaful.

Waktu Terbaik Untuk Ambil Takaful Adalah 10 Tahun Yang Lalu

Percaya ke tak dengan ayat di atas? 10 tahun lalu ketika usia masih muda dan badan masih sihat, adalah waktu yang terbaik untuk anda mengambil Takaful. Tetapi apakan daya, waktu itu belum ada kesedaran lagi.

Jadi bilakah waktu kedua terbaik?

Waktu kedua terbaik adalah betul-betul sebelum ditimpa kemalangan, atau 120 hari sebelum dimasukkan ke hospital.

Ini kerana kebanyakan Takaful tiada masalah untuk membayar sebarang tuntutan jika berlakunya kemalangan dan selepas ‘waiting period’ tamat.

Disebabkan kita tak tahu bila kita akan ditimpa musibah, masa yang ketiga terbaik adalah sekarang.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend