5 Perkara Medical Card Boleh Bantu Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Ramai yang selalu beranggapan bahawa Takaful hanya akan melindungi kita sewaktu sakit atau semasa berlakunya kemalangan. Tetapi sebenarnya sebuah Medical Card dapat melindungi kita lebih daripada itu. Tengok sendiri 5 perkara di bawah, pastinya ramai yang tak tahu.

1. Pelepasan Hilang Upaya

Bagi mereka yang bertindak sebagai pencari nafkah utama untuk keluarga, anda memang perlu memohon Medical Card di atas sebab ini. Semua orang mengimpikan untuk kekal sihat, tetapi apakan daya malang tidak berbau.

Jika ditakdirkan suatu hari nanti anda mengalami masalah kesihatan atau pun kemalangan sehingga menyebabkan kecatatan, Medical Card ini berupaya melindungi anda dan keluarga daripada segi kewangan.

2. Masalah Mental

Yang ini pasti ramai tak tahu. Polisi Takaful sebenarnya tidak hanya melindungi mereka daripada kecederaan fizikal, tetapi turut melindungi mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental. Tahukah anda dianggarkan seramai 40% penduduk Malaysia mengalami masalah mental?

Tetapi tetap ada syarat-syarat tertentu untuk membuat tuntunan masalah mental ini. Di antaranya, ia tidak akan melindungi pesakit yang cuba membunuh diri atau menyakitkan diri sendiri.

3. Pampasan Penyakit AIDS

Tidak dinafikan bahawa virus HIV boleh merebak dengan pelbagai cara. Salah satu daripadanya adalah melalui proses pemindahan darah. Sekiranya berlaku kemalangan, kecuaian pengamal perubatan menjalankan tugas sehingga menyebabkan anda dijangkiti AIDS, anda boleh menerima pampasan yang sewajarnya.

Tetapi anda perlu tahu bahawa polisi ini hanya akan terpakai, sekiramya anda telah berusaha untuk melindungi diri sendiri daripada dijangkiti. Ini bermakna, sekiranya anda berkongsi jarum suntikan secara sedar dengan menagih dadah, anda tidak akan menerima pampasan penyakit AIDS ini.

4. Kemalangan Yang Menyebabkan Kematian

Sekiramya berlaku kematian akibat kemalangan, polisi yang terdapat dalam Medical Card dapat membantu untuk mengurangkan beban kewangan. Ramai di kalangan kita yang akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan diri dari kemalangan, apatah lagi kematian.

Jadi apa salahnya jika mengambil langkah berjaga-jaga yang lebih untuk menjamin kestabilan kewangan diri anda dan juga keluarga.

5. Pengkebumian

Bagi pemegang polisi yang meninggal dunia ketika polisi masih aktif, syarikat Takaful akan memberi pampasan sekiramya berlaku kematian – tidak kira ianya disebabkan kemalangan mahu pun masalah kesihatan.

Dapat juga meringankan beban kos pengkebumian yang dianggarkan beribu ringgit – van jenazah, gali kubur dan sebagainya.

Sumber Rujukan: https://ringgitplus.com/en/blog/Insurance/5-Things-You-Didnt-Know-Your-Medical-Card-Can-Cover-You-For.html

Banyak Juga Kegunaan Medical Card Yang Kita Tak Nampak

Ramai yang masih tidak menyedari kepentingan mempunyai perlindungan Takaful, terutamanya Medical Card ni. Sebab tak faham dan tak tahu inilah, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful.

Banyak sebenarnya keistimewaan memiliki Medical Card ni. Yang pasti, ianya serba sedikit dapat juga membantu meringankan beban kewangan anda dan keluarga sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Harga serta manfaat yang diberikan, mungkin berbeza di antara satu syarikat Takaful dengan syarikat Takaful yang lain. Jadi anda perlu bijak membandingkan pelan perlindungan yang ada, dan pilih yang mana satu bersesuaian dengan bajet anda.

Baca juga:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend