6 Perkara Yang Tidak Dilindungi Oleh Takaful Atau Insurans Motosikal

Kita semua sedia maklum bahawa setiap motosikal wajib dilindungi oleh polisi takaful atau insurans, tak kiralah motor motor kapcai, skuter mahu pun motosikal mahal dan berkuasa tinggi yang menjadi kegilaan ramai.

Bila dah ada polisi takaful atau insurans, pasti ramai yang menyangka bahawa kita boleh buat tuntutan untuk semua perkara sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Tetapi, tahukah anda bukan semua situasi membolehkan anda untuk membuat tuntutan.

1. Hanya Mewakili Pemilik

Sekiranya motosikal kesayangan anda itu mengalami kerosakan akibat daripada kemalangan dan bukan anda yang menunggangnya ketika berlakunya kejadian, pihak takaful atau insurans tidak bertanggungjawab untuk memberikan pampasan. Ini kerana polisi sedia ada hanya akan melindungi pemilik sendiri yang menunggang motosikal tersebut ketika berlaku kemalangan.

Jadi jika anda jenis yang mudah meminjamkan motosikal kepada orang lain, boleh pertimbangkan untuk mengambil polisi yang lebih mahal yang boleh menanggung kerugian sekiranya ada pihak lain yang menunggang motosikal anda.

2. Aksesori

Seterusnya, syarikat takaful atau insurans hanya akan menanggung kos kerugian sekiranya motosikal dicuri. Tetapi jika pencuri hanya mencuri bahagian tertentu motorsikal seperti tayar dan sebagainya, maka terpaksalah keluarkan duit poket sendiri, kerana kecurian aksesori dan alat ganti motosikal tidak termasuk dalam perlindungan yang ditawarkan pihak insurans.

Kadang-kadang motor dah dikunci rapi, tapi masih boleh dicuri aksesori.

3. Perang/Rusuhan

Bersyukurlah Malaysia masih lagi aman, tetapi jika ditakdirkan berlakunya demonstrasi jalanan, rusuhan atau perang, bolehlah pertimbangkan untuk membuat penambahan dalam polisi takaful atau insurans anda.

Manalah tahu jika keadaan menjadi tidak terkawal dan kita pula tersangkut dalam rusuhan tersebut, sekurang-kurangnya jika berlaku kerosakan kepada motosikal kesayangan, masih lagi boleh membuat tuntutan.

4. Dadah

Sekiranya berlaku kemalangan melibatkan penunggang yang berada di bawah pengaruh dadah, penunggang tersebut tidak akan dilindungi oleh mana-mana takaful atau insurans. Disebabkan itu, haruslah kita berhati-hati dalam meminjamkan motosikal kepada orang lain.

Bukan itu sahaja, jika sedang dalam pengaruh dadah atau alkoloh semasa berlakunya kemalangan yang melibatkan kecederaan kepada orang lain; ianya adalah kesalahan yang boleh disabitkan hukuman penjara 3-10 tahun dan denda di antara RM8,000-RM20,000.

5. Kemalangan Di Luar Negara

Sekiranya suka mengembara ke luar negara dengan menaiki motorsikal, boleh pertimbangkan untuk menaiktaraf polisi takaful atau insurans yang sedia ada. Ini kerana kebanyakan polisi hanya melindungi kita di dalam negara. Ianya tidak akan terpakai sekiranya kemalangan tersebut berlaku di luar negara.

Bagi mereka yang rajin ikut konvoi tu, cepat-cepatlah upgrade polisi ya.

6. Memalsukan Tuntutan

Jangan menipu dalam membuat tuntutan takaful atau insurans. Jika kita didapati menipu, tunturan akan ditolak dan polisi tersebut boleh dibatalkan serta-merta. Sebagai contoh, rosak kecil saja tapi kita pergi claim rosak teruk.

Untuk pengetahuan, setiap tuntutan akan disiasat terlebih dahulu oleh syarikat takaful atau insurans dan disahkan oleh pihak polis. Sia-sia saja nanti bila palsukan tuntutan, apa pun tak dapat.

Sumber Rujukan:

https://loanstreet.com.my

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend