7 Keadaan Yang Tidak Mendapat Perlindungan Daripada Takaful Atau Insurans Kenderaan

Sudah menjadi syarat wajib di negara ini untuk setiap pemilik kenderaan seperti motorsikal dan juga kereta, perlu mempunyai takaful atau insurans setiap kali ingin memperbaharui cukai jalan. Tetapi jika ditakdirkan berlaku situasi di bawah, anda tidak akan dilindungi?

1. Rusuhan/Perang

Kita bernasib baik kerana tinggal di negara yang aman. Tetapi kebelakangan ini terdapat beberapa perhimpunan yang diadakan di jalanan terutamanya di tengah bandar. Sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal dan berlaku rusuhan, sebarang kerosakan yang berlaku ke atas kenderaan anda tidak akan dilindungi oleh syarikat takaful atau insurans.

Jika mahukan perlindungan lebih, boleh pohon polisi tambahan dan membayar sedikit untuk mengaktifkan perlindungan tersebut.

2. Aksesori

Jika minat memasang aksesori seperti sport rim, sound system dan sebagainya, boleh pertimbangkan untuk mengambil polisi tambahan. Ini kerana syarikat takaful atau insurans tidak akan melindungi anda sekiranya aksesori kenderaan tersebut dicuri.

3. Bencana Alam

Jika anda tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir, memang patut sangat mengambil polisi perlindungan bencana alam ni. Ini kerana kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, ribut dan sebagainya tidak dilindungi oleh pihak takaful atau insurans.

4. Kenderaan Dipandu Orang Lain

Walaupun kereta itu dipandu oleh ahli keluarga mahu pun rakan anda, syarikat takaful atau insurans tidak akan membayar apa-apa pampasan sekiranya berlaku kemalangan. Tetapi anda masih boleh membuat tuntutan dengan cara membayar RM400 kepada syarikat takaful atau insurans. Kemudian mereka akan menguruskan urusan untuk membayar pampasan ke atas kerosakkan yang dialami tersebut.

Tiadakah cara yang lebih murah? Ada. Caranya senang sahaja, anda cuma perlu menambah pemandu lain ke dalam polisi takaful atau insurans. Setiap nama yang ditambah hanya akan dikenakan caj RM10 sahaja. Nak bayar RM400 atau RM10?

5. Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang dan Untuk Penumpang

Sekiranya kenderaan yang dipandu tersebut terlibat dalam kemalangan, hanya anda yang akan dilindungi. Penumpang yang berada dalam kenderaan anda ketika itu tidak akan mendapat sebarang pampasan. Kalau nak, perlu langgan atau beli polisi tambahan iaitu Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang.

Jika penumpang kenderaan pula yang menyebabkan kerosakan kepada kenderaan lain, anda juga akan terlepas daripada perlindungan syarikat insurans. Jadi anda boleh menambah polisi Liabiliti Undang-undang Untuk Penumpang. Sebagai maklumat tambahan, sekiranya kita ingin memandu ke Singapura, diwajibkan untuk mengambil kedua-dua polisi tambahan ini.

6. Kerosakan Total (Total Loss)

Jika kenderaan rosak teruk akibat kemalangan dan kenderaan tersebut pula masih lagi mempunyai baki pembiayaan atau pinjaman dengan bank, syarikat takaful atau insurans hanya akan membayar pampasan berdasarkan harga semasa kenderaan tersebut.

Dan pada kebiasaannya, jumlah pampasan adalah lebih rendah berbanding baki pembiayaan atau pinjaman disebahkan faktor susut nilai kenderaan dan juga kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank.

7. Kecederaan dan Kematian

Ramai yang tidak tahu bahawa polisi takaful atau insurans kenderaan tidak akan melindungi kita sekiranya berlaku kecederaan atau kematian. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, jika kemalangan itu berlaku disebabkan individu lain; maka polisin beliaulah yang akan membayar pampasan di atas kecederaan atau kematian kita.

Tetapi jika kita yang menyebabkan kemalangan tersebut, kita perlu menyediakan wang yang secukupnya untuk menanggung segala kos perubatan kita sendiri.

Sumber Rujukan:

https://www.ibanding.com/7-situasi-malang-yang-tidak-dilindungi-insurans-kenderaan-anda/

Ambil Langkah Berjaga-jaga

Tiada siapa yang nak ditimpa musibah. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Kalau boleh, untuk dapatkan perlindungan yang menyeluruh, jangan kedekut untuk berbelanja lebih untuk menambah polisi takaful atau insurans kenderaan. Ini untuk kepentingan kita juga di masa hadapan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend