8 Sebab Kenapa i-Gr8 Harapan Oleh Great Eastern Takaful Merupakan Pelan Yang Sesuai Untuk Anda

Kita semua tahu bahawa masih ramai lagi yang belum memiliki sebarang perlindungan Takaful. Ini kerana mengikut statistik yang dikeluarkan oleh RAM Rating Services Bhd pada Mac 2017, hanya 15% sahaja rakyat Malaysia yang mempunyai perlindungan Takaful.

Di antara sebab utama orang ramai masih tidak mempunyai Takaful adalah kurang berkemampuan, masih muda lagi, dah ada kad perubatan (medical card) daripada syarikat tempat kerja, masih muda & sihat dan bermacam-macam lagi alasan.

Sebab itulah i-Gr8 Harapan merupakan pelan Takaful yang sesuai untuk anda bagi menangani masalah atau alasan tersebut.

1. Caruman Yang Berpatutan

Bagi mereka yang kurang berkemampuan, memang inilah pelan Takaful yang dinanti-nantikan. Kalau sebelum ini anda belum ada apa-apa perlindungan, i-Gr8 Harapan menawarkan caruman yang berpatutan.

Hanya RM2 sehari untuk perlindungan kematian & Hilang Upaya Penuh dan Kekal sebanyak RM250,000 dan sehingga RM1 juta perlindungan kematian akibat kemalangan.

Sama nilai dengan segelas Milo Ais di kebanyakan tempat. Untuk berjimat, lepas ni order air suam saja bila makan di luar. Jimat pun jimat, sihat pun ya.

2. Masih Muda Dan Sihat Lagi

Ketika kita masih muda dan sihat inilah, syarikat Takaful akan terima kita sebagai pelanggan. Bukan bila dah tua dan dah berpenyakit kelak. Malah, syarat yang sangat longgar dikenakan untuk mereka yang berminat mengambil i-Gr8 Harapan ni.

Untuk pengetahuan, ianya adalah pelan yang sangat sesuai untuk mereka yang berumur 30 tahun dan ke atas. Masih sihat dan kuat, baru sahaja berumahtangga dan menimang cahaya mata. Pada umur ini adalah dikira sebagai peringkat umur yang sangat optimum.

Anda pastinya sudah mempunyai kerjaya dan berpendapatan sederhana, sudah memiliki kereta dan rumah untuk keluarga. Tapi masih belum mempunyai perlindungan Takaful kan?

Apa lagi alasan untuk tidak menyertai i-Gr8 Harapan hanya dengan caruman RM2 sehari? Relakah anda lihat keluarga anda menanggung beban kewangan yang tinggi jika perkara yang tidak diingini berlaku nanti?

3. Dah Ada Kad Perubatan Daripada Syarikat

Memang tidak dinafikan, kebanyakan syarikat menawarkan skim perubatan untuk para pekerjanya. Sekurang-kurangnya dapat juga merasa duduk hospital jika kita sakit, dan bil klinik ditanggung oleh syarikat tempat kita kerja.

Tapi berapa lama anda nak kerja dengan syarikat tersebut? Jika ditakdirkan sesuatu berlaku seperti kematian dan kemudaratan seperti Hilang Upaya Penuh dan Kekal pula bagaimana? Ada ke tak kad perubatan daripada syarikat anda memberikan pampasan?

Kalau ada pun, mesti jumlahnya sangat sedikit. Dah tiba masanya anda mempunyai perlindungan yang tinggi untuk diri anda sendiri. Sekurang-kurangnya, keluarga anda kurang sikit bebanan daripada segi kewangan apabila anda tidak lagi boleh menyara keluarga.

4. Dah Pernah Ambil Takaful Dulu

Tahniah kerana menjadi sebahagian daripada statistik 15% yang mempunyai perlindungan Takaful. Sekurang-kurangnya adalah juga kesedaran untuk mengambilnya.

Tapi itu dulu kan? 5 tahun dulu? 10 tahun dulu? Zaman bujang dulu?

Keperluan anda pada ketika itu tak sama dengan keperluan anda pada masa sekarang. Gaji dulu pun tak sama dengan gaji anda sekarang kan?

Mahukah anda mendapatkan perlindungan kematian & Hilang Upaya Penuh dan Kekal sebanyak RM250,000 dan sehingga RM1 juta perlindungan kematian akibat kemalangan? Berbaloikan dengan RM2 sehari?

5. Perlindungan Yang Komprehensif

Jumlah perlindungan yang disyorkan untuk kita semua adalah sebanyak 10 kali ganda (10x) gaji tahunan kita. Ini bermakna jika kita bergaji RM3,000 sebulan, gaji tahunan kita adalah sebanyak RM36,000 – dan kita memerlukan perlindungan sebanyak RM360,000.

Kenapa kita gunakan 10 kali gaji tahunan? Boleh rujuk gambar ini:

Dah tahu berapa perlindungan yang anda perlukan? Dan kenapa anda perlukan perlindungan sebanyak itu?

Rasa macam sedikit ke banyak? Tapi dengan duit itulah yang akan digunakan untuk membayar hutang-hutang sedia ada kita, seperti hutang rumah, hutang kereta, hutang pembiayaan peribadi, hutang kad kredit dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, keluarga anda juga dapat meneruskan kehidupan dengan memenuhi perbelanjaan keluarga sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun.

Kalau rasa tak cukup dan sayangi keluarga anda sangat-sangat, tambahkan saja nilai perlindungan anda mengikut kemampuan.

6. Great Eastern Berpengalaman 110 Tahun

Great Eastern merupakan syarikat insurans tertua di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1908. Bukan usia sahaja yang menjadi ukuran, malah Great Eastern juga merupakan syarikat insurans terbesar di Singapura dan Malaysia.

Manakala Great Eastern Takaful pula baru ditubuhkan pada tahun 2010, dan kini mengorak langkah untuk menjadi syarikat pengendali Takaful yang terhebat di Malaysia. Jangan risau tentang status ‘halal’, kerana mereka mempunyai pakar Syariah mereka sendiri bagi memastikan semuanya adalah ‘Shariah-compliant’.

7. Negara Dah Baru, Anda Bila Nak Jadi Baru?

Di era kerajaan baru ini, apa kata kita mulakan dengan sesuatu yang baru juga. Kalau selama ini kita tidak mempunyai kesedaran mengenai Takaful, inilah masa terbaik untuk memulakan langkah dengan menyertai pelan i-Gr8 Harapan.

Ayuh kita sama-sama bangkit dan memperbaiki statistik yang menyatakan bahawa hanya 15% rakyat Malaysia yang mempunyai Takaful.

Atau nak tunggu 5 tahun lagi? Yakinkah anda masih hidup ketika itu? Masih sihat macam sekarang?

8. Beri Sinar Harapan Untuk Mereka Yang Tersayang

Terakhir sekali, berikan sinar harapan baru untuk keluarga tercinta anda. Dunia merupakan kehidupan yang sementara, tetapi jika kita tinggalkan hutang yang banyak kepada mereka, apakah bekalan kita di akhirat nanti? Kita akan ditanya apakah yang dibelanjakan ketika kita di dunia? Ada tak hutang yang belum diselesaikan?

Dengan i-Gr8 Harapan, ada Manfaat Kematian dan juga Manfaat Kematian Akibat Kemalangan. Bukan itu sahaja, ada juga Khidmat Badal Haji untuk sempurnakan Rukun Islam Ke-5 bagi yang tak sempat melakukan ibadah Haji ketika hidup.

Nak tak pahala yang berterusan walaupun bila kita sudah tiada lagi? Ada juga Khidmat Waqaf yang disediakan, yang boleh diambil sedikit daripada Manfaat Kematian.

9. Hidup Tenang Atas Dunia, Begitu Juga Akhirat Nanti Hendaknya

Eh, tadi kata ada 8 saja sebab kenapa perlu ambil i-Gr8 Harapan? Sebenarnya ada banyak lagi yang ingin dimasukkan, tetapi cukuplah setakat ini dulu. Letak banyak-banyak pun, nanti beri alasan nak tunggu dapat hidayah daripada Allah pula.

Hidup kita di atas dunia yang sekejap ini, tidak lain tidak bukan untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata. Jika kita faham konsep ini, maka kita faham mengapa Takaful ini penting.

Malah di zaman Nabi Muhammad S.A.W pun dah ada konsep bantu-membantu sama seperti Takaful ni.

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara…..

Sewaktu kita masih sihat, kita masih muda, kita masih berkelapangan, kita masih mampu, dan ketika kita masih hidup inilah; kita boleh buat sesuatu untuk diri sendiri dan keluarga.

Sebelum terlupa, tawaran ini hanyalah sehingga bulan Oktober 2018 sahaja. Ini bermakna ianya hanya untuk tempoh masa dua bulan saja, sejak pelancarannya pada 1 September yang lalu. Tak tahulah kalau lepas ini akan ada produk yang sehebat ini.

Jadi usah berlengah lagi, hubungilah ejen Great Eastern Takaful anda hari ini dan tanya mereka mengenai i-Gr8 Harapan.

Kalau tak kenal sesiapa, boleh cari ejen anda di sini. Nak abang sado ke cik mek molek ke, semua ada.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend