9 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Takaful Perjalanan

Bercuti ke luar negara merupakan impian hampir semua di kalangan kita. Dalam keterujaan melancong, jangan pula lupa untuk mendapatkan perlindungan dalam bentuk Takaful Perjalanan.

Berikut merupakan 9 perkara penting yang perlu anda tahu tentang Takaful Perjalanan.

1. Perlindungan Bermula Pada Hari Anda Menyertai Takaful Perjalanan

Ini merupakan salah satu keistimewaan Takaful Perjalanan. Anda akan dilindungi oleh takaful sebaik sahaja anda melanggannya. Sekiranya anda terpaksa membatalkan perjalanan disebabkan hal-hal kecemasan, anda masih layak untuk membuat tuntutan.

2. Terlepas Penerbangan

Flight delay merupakan satu perkara yang paling dibenci oleh semua penumpang. Sekiranya berlaku kelewatan penerbangan akibat masalah teknikal, penyelengraan pesawat atau apa sahaja dibawah kawalan syarikat penerbangan, anda layak untuk membuat tuntutan.

3. Kehilangan Bagasi atau Barang Peribadi

Tahukah anda? Sekiranya bagasi atau barangan peribadi anda hilang, anda masih boleh mendapatkan pampasan daripada syarikat Takaful. Tetapi tentulah bersyarat, iaitu kehilangan tersebut bukan berlaku atau kecuaian anda.

4. Had Setiap Barangan

Kalau anda hendak tahu, kebanyakkan polisi perjalanan membenarkan anda untuk melindungi barangan berharga anda bersama-sama dengan polisi Takaful tersebut. Tetapi setiap barangan tersebut tetap mempunyai had tertentu.

Anda boleh membuat semakan dengan syarikat Takaful tentang barangan apa yang akan dilindungi dan had nilai barang tersebut.

5. Lebih Cepat, Lebih Baik

Lebih cepat anda melanggan polisi Takaful Perjalanan, tentunya lebih baik untuk anda. Ini kerana, sekiranya anda terpaksa membatalkan perjalanan akibat bencana alam atau sebagainya, anda masih boleh membuat tuntutan untuk mendapatkan pampasan.

6. Teliti Sebelum Membeli Takaful

Terdapat pelbagai jenis polisi Takaful Perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat Takaful. Setiap satunya juga berbeza diantara satu sama lain. Sebagai contoh, polisi Takaful biasa hanya akan melindungi anda dari kos perubatan sahaja. Jadi jika anda mahukan perlindungan yang lebih luas, carilah polisi yang lebih sesuai untuk anda.

7. Berfikir Sebelum Bergaya

Ada di kalangan kita yang suka bergaya sewaktu bercuti dengan memakai perhiasan mewah seperti barang kemas. Tetapi, polisi Takaful Perjalanan biasa tidak akan melindungi anda sekiranya barangan mewah anda ini hilang.

Jadi sekiranya anda ingin juga memakai perhiasan mewah tersebut, anda perlulah mendapatkan perlindungan di bawah polisi yang berbeza.

8. Aktiviti Ekstrem

Sekiranya anda merupakan peminat aktiviti yang mencabar adrenalin, kami sarankan supaya anda melanggan polisi Takaful tambahan. Ini kerana tidak semua aktiviti berisiko ini akan dilindungi oleh Takaful.

9. Usia

Sekiranya berlaku perkara tidak diingini, seperti sakit kematian, syarikat Takaful akan menanggung kos perjalanan pulang. Namun semua ini bergantung kepada usia pemegang polisi. Sesetengah syarikat Takaful tidak akan membayar perlindungan sekiranya individu itu berumur lebih 84 tahun atau jatuh sakit disebabkan penyakit sedia ada.

Jadi penting untuk anda meneliti perlindungan yang bakal diberikan oleh polisi Takaful Perjalanan sebelum bertindak untuk membelinya. Ini bagi memastikan anda mendapatkan perlindungan yang terbaik dan tepat.

Sumber Rujukan: MStar

Mana Nak Langgan Takaful Perjalanan?

Kalau nak tahu produk-produk takaful perjalanan yang ada dalam pasaran, boleh baca Kaki Travel Pastikan Melanggan Dulu Travel Takaful.

Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Perlindungan Takaful

Adakah perlindungan Takaful itu tidak penting? Nampaknya sebegitu, kerana menurut laporan yang dikeluarkan oleh RAM Rating Services Bhd pada Mac 2017; hanya 15% sahaja daripada rakyat Malaysia yang menyertai pelan perlindungan Takaful. Kadar ini adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan 41% rakyat Malaysia yang memiliki perlindungan Life Insurance atau Insurans Hayat Konvensional. Boleh baca lebih lanjut berkenaan isu ini di Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend