Alasan Yang Kerap Diberi Untuk Mengelak Mengambil Takaful

Di saat individu yang lain telah sedar akan betapa pentingnya pelan perlindungan Takaful, berbeza pula dengan golongan yang mentah-mentah menolak Takaful. Tetapi mengapa mereka ini menolak pelan perlindungan Takaful, sedangkan pelan ini memberikan banyak manfaat sekiranya kita ditimpa musibah.

Kalau nak tahu, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful. Dalam kupasan artikel kali ini, saya ingin berkongsi beberapa alasan yang diberikan oleh mereka yang tergolong menolak pelan perlindungan Takaful untuk diri mereka sendiri.

#1.“Ofis Dah Bayarkan…”

Tahniah kerana dapat bos yang prihatin. Memang kebanyakan syarikat ada menyediakan kad perubatan kepada pekerja mereka (berkelompok). Ini adalah sebagai salah satu bentuk manfaat kepada pekerja daripada syarikat.

Bagaimanapun perlindungan ini berkemungkinan hanya terhad ketika masih dalam perkhidmatan, tidak kekal dan boleh berubah manfaat pada bila-bila masa.

Berbeza jika anda mengambil pelan perlindungan Takaful sendiri, ia pastinya telah menyediakan pampasan kematian sebagai satu bentuk pelan perlindungan pendapatan anda selama anda tidak berupaya lagi.

#2.“Muda Lagi Kot?…”

Malaikat maut kalau dia nak datang dia tak kira anda tua atau muda.

Sebenarnya semakin lama anda bertangguh untuk mengambil pelan perlindungan Takaful ini, maka semakin mahal jumlah caruman yang perlu dibayar pada setiap bulan. Semakin meningkat usia, risiko anda untuk menghidapi penyakit juga semakin tinggi.

#3. “Tak Pernah Sakit Pun…”

Hebatnya ada yang boleh meramal masa depan. Siapa yang nak minta sakit? Kita sediakan payung dalam kereta pun tak pernah pun nak minta hujan tu turun. Takaful biasanya adalah perkara terakhir yang anda akan cari semasa sihat, sebaliknya ia akan menjadi perkara pertama yang anda cari bila anda sakit.

“Sakit awak ni dah teruk. Hujung bulan ni kena operation. Kosnya RM 100,000. Seminggu sebelum operation, awak kena dahulukan deposit RM30,000”.

Sudah bersedia untuk menghadapi situasi begini? Jika sudah, Alhamdulillah…

#4. “Maaf Saya Tak Minat…”

Alasan ini mungkin paling biasa diberi sebagai checkmate kepada si ejen. Biasanya orang tak minat ni ada 3 sebab: tidak ada duit, tidak percaya atau tidak ada masa.

#5. “Kawan Kata Takaful Ni Banyak Menipu…”

Mesti anda pernah dengar macam-macam pengalaman orang lain tentang Takaful.

Biasanya yang viral di Facebook tu kemungkinan besar pencarum sendiri tidak tahu manfaat yang telah dibayar dan merasakan amaun yang dibayar akan cover segala-galanya. Bagaimana Takaful hendak membayar manfaat yang tidak tertulis di dalam polisi?

Benda yang negatif memang cepat tersebar. Cuba korek pula cerita yang baik-baik tentang Takaful.

#6. “Saya Berserah Kepada Allah…”

Allah….Sejuk telinga mendengarnya. Tetapi sebelum berserah perlu usaha dulu. Takaful inilah antara usaha kita.

Kita tak tahu bila kita akan mati. Jika Allah ambil nyawa kita hari ni adakah anda dah sediakan perbelanjaan untuk anak isteri? Adakah semua hutang-hutang anda selesai dengan sendirinya?

Jadilah seorang yang bertanggungjawab kepada kebajikan dan masa depan keluarga. Jangan biarkan mereka hidup meminta minta.

#7. “Maaf Bang, Nanti Saya Tanya Suami…”

Jawapan ini sememangnya patuh syariah (jika beliau benar-benar dah kahwin). Biasanya sejuk telinga ejen mendengar alasan ini.

Anda Belum Diuji

Anda tak pernah lalui lagi saat-saat diuji. Misalnya sakit kanser walaupun dapat rawatan di hospital kerajaan, doktor akan sarankan rawatanrawatan pemulihan stem cell yang mencecah RM350,000. Mana nak korek duit? Kepada siapa anda nak rayu dan mohon bantuan? Kita tak tahu lagi kita mampu hadapi atau tidak nanti. Rujuk Tiga Beradik Derita Talasemia Major.

Pasti mereka yang memberi alasan untuk tidak mencarum Takaful pernah terfikir kenapa perlunya mempunyai pelan Takaful sebab tidak tentu lagi menggunakannya? 

Apa kata buat begini?

Saya berniat untuk setiap sumbangan bulanan saya adalah sebagai derma sekiranya saya tidak menggunakannya dan saya halalkan sumbangan ini untuk digunakan kepada peserta Takaful yang memerlukan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend