Apa Boleh Buat Jika Polisi Takaful Dah Lapse (Luput)

Cuba tanya dengan jujur soalan ini kepada diri anda – adakah takaful penting, atau sangat penting? Kalau jawapannya bukan salah satu pun daripada pilihan tersebut, sudah pasti jawapannya tidak penting.

Agak pelik, pada awalnya pelanggan-pelanggan setuju untuk mempunyai pelan takaful sendiri. Selepas beberapa ketika, mereka tidak mahukannya lagi. Pelbagai alasan diberi, tak penting dan tak pernah buat tuntutan – Rasa rugi je bayar Takaful tiap-tiap bulan.

Baru-baru ini, ada seorang pelanggan. Setelah beberapa lama senyap, dan caruman tidak dibuat. Polisi itu telah lapsed atau senang difahami, telah luput dan tidak berguna lagi. Cuma, pelanggan ini selepas polisi lapsed, beliau mahukan semula polisi yang sama dengan harga yang sama.

Boleh tak?

Sebelum menjawab soalan tersebut, biar saya terangkan telebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan polisi lapse. Untuk senang faham, ia merujuk kepada polisi yang sudah luput dan tidak boleh digunakan lagi.

Jika berlaku kematian, kemasukan ke hospital atau apa-apa musibah pun, tiada sebarang pampasan atau manfaat yang akan dibayar dan pelanggan tidak layak untuk menuntut.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan polisi itu Lapse. Ia bergantung kepada Terms and Conditions yang ada dalam polisi. Terdapat pelbagai kategori polisi seperti Investment-Link Policy, Endowment Policy, Term Policy, Stand-Alone Policy, Life Annuity Policy dan bermacam lagi, masing-masing mempunyai T&C yang berbeza.

Berbalik semula kepada soalan awal tadi, jawapannya boleh! Tapi, pengaktifan semula dalam tempoh tertentu dan dengan syarat tertentu. Apa pilihan yang ada?

5 Pilihan Yang Ada Selepas Polisi Takaful Lapse

1. Pilihan A

Setiap polisi yang lapsed pada bulan berikutnya, kalau mahukan polisi itu hidup semula dengan cepat tanpa tempoh menunggu (bagi kad perubatan) – perlulah membayar polisi itu pada 1hb – 7hb.

2. Pilihan B

Jika sukar pada awal bulan, boleh lah dicarum semula sepanjang bulan. Tapi akan ada tempoh menunggu semula, iaitu selama 30 hari.

3. Pilihan C

Jika selepas 2-3 bulan polisi lapsed, anda perlulah memohon proses revival (proses menghidupkan semula takaful anda). Tempoh menunggu selama 30 hari. **sila rujuk pada ejen anda

4. Pilihan D

Jika selepas 6 -11 bulan polsi lapsed, anda perlulah memohan proses revival dan mengisi personal statement (set soalan tentang kesihatan anda)

5. Pilhan E

Jika selepas 12 bulan polisi lapsed, kemungkinan besar anda perlu melakukan medical examination dan melalui tempoh menunggu, saya tidak pasti sebab saya tak pernah buat!

Walau bagaimanapun, perlu diingat setiap produk takaful mempunyai terms and conditions yang berbeza. Jadi panduan ini hanyalah secara umum.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat, anda perlu rujuk semula kepada ejen atau syarikat takaful anda.

Sumber: Nota Takaful Insurans dan Adib Yazid

Rakyat Malaysia Masih Kurang Kesedaran Takaful

Di Malaysia, kadar peserta takaful masih rendah dan bagi mereka yang dah ada takaful pula; jumlah perlindungan pula masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah perlindungan yang diperlukan.

Tak guna kita salahkan sesiapa pun dalam hal ini, sebaliknya sama-sama berusaha untuk membangunkan lagi tahap kesedaran orang ramai berkenaan pentingnya takaful dalam kehidupan.

Jangan lupa baca:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend