Ejen Takaful Itu Sendiri Yang Merosakkan Industri

Memegang karier sebagai seorang ejen Takaful adalah satu tugas yang sangat mulia dan penuh dengan tanggungjawab. Ejen Takaful yang berwibawa adalah seorang yang mampu membawa kesedaran dalam diri setiap individu yang masih tidak mempunyai pelan perlindungan Takaful.

Namun, saya cukup percaya bahawa ramai di kalangan anda yang masih menolak dan cukup menyampah apabila didatangi ejen Takaful. Mengapakah keadaan ini boleh berlaku? Sedangkan niat seorang ejen Takaful itu adalah sangat murni.

Padahal kalau diikutkan, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful. Jadi peluang masih terbuka luas untuk membuat dakwah bagi menyedarkan orang ramai betapa pentingnya Takaful dalam kehidupan.

Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi tentang bagaimana seseorang ejen Takaful itu sendiri yang telah merosakkan nama mereka dan juga nama industri Takaful.

1. Lari Daripada Skop Seorang Consultant

Jika kita lihat, ramai di kalangan ejen Takaful yang telah menyalahgunakan kelebihan mereka sebagai consultant. Mereka sendiri tidak memahami skop kerja mereka yang sebagai seorang perunding Takaful.

Sebagai seorang perunding Takaful, mereka perlu bertanyakan soalan dan mengambil tahu latar belakang individu tersebut sebelum memberikan cadangan produk yang bersesuaian.

Tapi ada ejen Takaful yang tidak kisah pun pasal pelanggan, asalkan produk mereka terjual.

2. Tawar Produk Komisyen Tinggi

Meskipun bukan semua ejen Takaful sebegini, namun ada sebilangan daripada mereka mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya. Mereka ini hanya memikirkan untuk mengaut komisyen semata-mata, meskipun produk itu sama sekali tidak bersesuaian dengan pelanggan.

Perkara sebegini perlu dipandang serius supaya pelanggan dapat mengelakkan pembaziran, dan melanggan produk Takaful di luar kemampuan mereka.

Niat murni pelanggan nak mempunyai perlindungan Takaful, tetapi terpaksa berhenti tengah jalan sebab tak mampu bayar.

3. Jualan Adalah Matlamat Utama

Tidak dapat dinafikan, kerjaya sebagai seorang ejen Takaful dapat memberikan jumlah pendapatan yang cukup lumayan.  Namun, jika sebagai seorang ejen Takaful sekiranya melihat hanya untuk membuat jualan yang banyak, sudah pasti ianya akan mendatangkan keburukan.

Boleh jadi ejen tersebut sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasil jualan yang tinggi. Termasuk menyembunyikan beberapa fakta penting daripada pelan Takaful yang dicadangkan.

4. Burukkan Produk Takaful Syarikat Lain

Ada juga ejen Takaful yang tak habis-habis nak menjatuhkan dan memburukkan produk Takaful daripada syarikat pesaing. Katanya semua tak bagus, pelan Takaful syarikat beliau sahaja yang terbaik.

Disebabkan inilah, akan timbul persepsi yang buruk terhadap industri Takaful.

Timbulkan Kesedaran Dan Sebarkan Kebaikan Takaful, Itu Yang Terbaik

Ruang masih terbuka luas, kan masih ada 85% rakyat Malaysia yang belum mempunyai sebarang perlindungan Takaful? Tingkatkanlah usaha dengan menyedarkan orang ramai akan pentingnya Takaful, semoga mereka terbuka untuk menerimanya.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend