Kenali 3 Jenis Polisi Takaful Yang Ada

Mesti tak ramai yang tahu bahawa polisi Takaful ada 3 jenis. Maklumlah, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful. Yang dah ada kesedaran tu, tahniah diucapkan.

Jom kita ikuti perkongsian daripada Mohamad Haidi Gan jenis-jenis polisi tersebut:

Tak Ramai Yang Tahu, Ejen Pun Belum Tentu Tahu

Sedikit info insurans dan Takaful yang saya boleh kongsikan bersama dengan anda.

Apa pun jenis produk Takaful dari mana-mana syarikat, ia sebenarnya berasaskan 3 jenis polisi ini sahaja:

  • Endowment policy
  • Whole life policy
  • Term policy

Ya, bukan kata orang ramai malahan agent Takaful (perunding Takaful) pun ada yang tak tahu berkenaan 3 jenis polisi insurans atau Takaful ni.

Ia sangat penting untuk difahami kerana matlamat Takaful memang perlindungan. Perlindungan pendapatan atau penggantian pendapatan atau medical card yang menanggung bil-bil hospital atau boleh jadi kesemuanya sekali.

Tetapi anda ada pilihan untuk pilih polisi jenis apa yang harus anda langgan ikut keperluan dan kemampuan anda.

Tidak dinafikan juga oleh kerana penyebaran maklumat ini tidak jelas oleh agent, ramai yang masih belasah ambil Takaful secara semberono jer.

Sebelum mula, anda perlu tahu.. manfaat asas kepada ketiga-tiga polisi ini sememangnya memberi pampasan Kematian (Death) dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (HUKM or TPD).

1. Endowment Policy

Polisi ini menjanjikan ‘maturity value’ kepada peserta atau orang yang dilindungi. Peserta boleh mencarum secara bulanan dan konsisten selama beberapa tahun, selalunya 10 tahun, 20 tahun atau maksima mungkin sehingga 70 tahun. Peserta atau waris akan menerima pampasan wang sekiranya ditimpa musibah sepanjang tempoh ini dan sekiranya tiada apa-apa berlaku sehingga tempoh matang, maka peserta akan menerima sejumlah wang yang dikenali ‘maturity value’ atau ‘cash value’ yang terkumpul.

Adakah polisi ini ada medical card? Anda perlu faham medical card merupakan salah satu rider atau manfaat tambahan yang boleh ditambah dalam polisi ini.

Banyak produk di dalam industri Takaful ada jenis polisi ini. Saya ambil contoh Takaful IKHLAS, ‘Saving Prime’ merupakan endowment policy product. Matlamat produk ini adalah untuk memberi maturity value sekurang-kurangnya selepas 5 tahun dan maksima caruman adalah sehingga peserta berumur 75 tahun. Agent Takaful IKHLAS tidak mengutamakan produk ini dalam jualan namun mereka akan menggunakan produk ini sekiranya pelanggan menekankan aspek simpanan dalam Takaful. Ia tidak salah cuma kurang tepat. Apa pun, ia hanya pilihan, pelanggan yang membuat keputusan.

2. Whole Life Policy

Berapa ramai yang boleh hidup sehingga umur 100 tahun? Ya, almost tiada. Namun Investment-linked policy ini menjanjikan perlindungan sehingga umur 100 tahun. Kebiasaannya whole life policy tidak membenarkan peserta mencarum untuk sesuatu tempoh. Jika ia berlaku, contoh pilihan tarikh matang 80 tahun atau 100 tahun, ia adalah gabungan endowment policy and whole life policy.

Whole life policy matlamatnya bukan untuk memberi sejumlah wang yang banyak kepada peserta untuk maturity value, namun ia polisi yang mempunyai ‘cash value’. Ramai beranggapan cash value dalam takaful merupakan simpanan. Ya, cuma bukan simpanan yang bakal digunakan untuk matlamat melancong atau persaraan. Cash Value ini boleh berkurang, anda tak perlu terkejut.. kerana fungsi cash value ini adalah untuk menampung kos takaful yang meningkat mengikut umur peserta. Lagi-lagi apabila terdapat rider atau manfaat lain yang ditambah dalam polisi ini. Contohnya medical card, waiver of contribution dan sebagainya.

Jelas sekali, matlamat polisi ini adalah untuk memberi perlindungan untuk manfaat kematian. Dengan caruman yang konsisten, perlindungan anda seumur hidup!

Dalam Takaful IKHLAS, polisi Whole Life ini adalah yang paling menarik dan mampu milik. Nama produk ini adalah IKHLAS Link Secure dan manfaat asasnya boleh ditambah dengan rider lain, seperti Mediplan, ia medical card yang tiada had tahunan, had seumur hidup sehingga RM3.5 Juta.

3. Term Policy

Ya, Term itu maksudnya tempoh. Ini satu polisi yang sangat sesuai untuk orang yang mempumyai bajet yang kecil. Kerana ia fokus kepada perlindungan pendapatan yang tinggi namun bertempoh. Sudah semestinya ianya murah. Namun jangan fikir langsung pasal cash value. Kerana polisi jenis ini khusus kepada mereka yang melihat Takaful adalah perlindungan pendapatan, atau takaful adalah life insurance, atau Takaful hanya beri manfaat kematian dan hilang upaya kekal dan menyeluruh sahaja.

Tempoh pilihan biasanya adalah 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun. Apa terjadi selepas tamat tempoh ini? Anda tidak dapat apa-apa cash value. Balik semula kepada konsep tabarru’ (sedekah) yang menjadi aqad kepada kontrak Takaful. Wang anda digunakan untuk membayar kepada mereka yang ditimpa musibah.

Ia sesuai kepada mereka yang baru mula untuk mengambil pelan Takaful dengan bajet yang kecil, dan juga sesuai kepada mereka yang ingin menambah jumlah perlindungan pendapatan.

Tahniah kerana Takaful IKHLAS baru sahaja melancarkan 2 produk yang berasaskan polisi ini iaitu Value Term dan Preferred Term. Produk ini sangat jelas boleh digunakan oleh agent-agent Takaful IKHLAS untuk membantu semua orang mempunyai polisi Takaful setidak-tidaknya perlindungan pendapatan yang bertempoh. Murah dan jumlah perlindungan tinggi. Langsung tiada kena mengena dengan pelan simpanan ya.

Sekian sahaja perkongsian saya, jika ada yang tak faham boleh roger saya untuk penerangan yang lebih jelas.

Terima kasih kerana membaca.

Mohamad Haidi Gan
BBA (Hons) Insurance, UiTM
Associates Member of MII

Sumber: FB Mohamad Haidi Gan

Dah Tahu 3 Jenis Polisi, Pilih Yang Mana Bersesuaian

Sekarang dah jelas belum berkenaan 3 jenis polisi yang ada dalam Takaful? Semuanya bergantung kepada jenis perlindungan yang anda perlukan, dan tengok mana yang bersesuaian dengan bajet anda.

Hubungi ejen Takaful anda hari ini!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend