Mengapa Rakyat Malaysia Masih Gagal Memiliki Takaful?

Ramai yang masih tidak menyedari kepentingan mempunyai perlindungan Takaful. Ini kerana mengikut statistik, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful.

Masih ramai yang berdegil dan tidak mahu diri mereka dilindungi meski pun telah diberikan penerangan secara mendalam oleh ejen Takaful.

Adakah anda tahu apa itu yang dikatakan pelan perlindungan? Dan apakah manfaat perlindungan ini kepada anda dan juga waris setelah ketiadaan anda kelak? Adakah anda cukup yakin anda mampu hidup dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang penyakit sehingga hujung hayat? Adakah anda juga yakin bahawa jumlah simpanan dan pendapatan anda cukup untuk ditinggalkan kepada waris sekiranya anda telah tiada?

Jom kita belajar asas berkenaan Takaful, agar kita lebih faham konsep Takaful ini.

Konsep Mudah Takaful

Apa Itu Kad Perubatan atau Medical Card?

Ianya digunakan ketika anda sakit dan memerlukan rawatan hospital yang menelan belanja besar. Dengan adanya kad perubatan ini anda tidak perlu mengeluarkan duit simpanan untuk menanggung kos perubatan.

Apa Pula Itu Hibah?

Hibah adalah bagi memastikan waris serta keluarga yang menjadi tanggungan anda, memiliki sejumlah wang untuk menampung kehidupan mereka selepas anda meninggal dunia. Hibah ini juga merupakan satu bentuk hadiah kepada mereka.

Ambil tahu juga perbezaan hibah dan wasiat, jemput baca Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat? (Bahagian 1).

Dah tahu apa itu perlindungan Takaful, ketahui juga sebab-sebab utama masih ramai rakyat Malaysia gagal untuk memilikinya.

1. Pengurusan Kewangan Yang Tidak Kukuh

Bagi ejen Takaful, mungkin ini adalah alasan yang sering mereka terima apabila pelanggan menolak untuk memiliki pelan perlindungan untuk diri sendiri dan juga keluarga. Mengapa alasan ini sering digunakan?

Ini kerana individu tersebut masih tidak mempunyai kewangan yang kukuh.

meletakkan kewangan mereka pada tabung perlindungan khusus bagi diri sendiri juga keluarga.

Apabila tabungan ini tida ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak memilki simpanan sekaligus meletakkan mereka pada bebanan hutang.

Namun kini, terdapat banyak syarikat takaful yang telah menyediakan premium di bawah RM100 yang membawa kepada pelan perlindungan mampu milik.

2. Belum Terbuka Hati

Rata-rata individu beranggapan pelan perlindungan ini adalah satu bebanan kepada diri mereka tanpa mereka sedari bahawa pelan perlindungan ini sebenarnya banyak memberikan manfaat.

Mungkin anda mampu mengatakan sebegini kerana anda masih berada dalam keadaaan yang sihat dan masih mampu mencari pendapatan buat diri sendiri dan juga keluarga.

Namun, menjadi sebaliknya apabila keadaan anda telah berubah di mana anda telah dilanda sakit hingga memerlukan kos perubatan yang tinggi.

3. Super Positif – Benda Buruk Takkan Berlaku Kepada Saya

Biasa kita dengar orang lain yang ditimpa musibah, orang lain yang kemalangan, orang lain yang meninggal dunia. Kita percaya yang kita takkan sakit, takkan ditimpa kemalangan, dan nak mati pun lambat lagi rasanya.

Sebab itulah kita tak perlu sebarang perlindungan Takaful. Tapi bila dah sakit, baru gigih nak cari syarikat Takaful yang boleh bayarkan bil perubatan kita. Dah hilang keupayaan bekerja, baru sibuk nak cari Takaful yang boleh beri kita duit tiap-tiap bulan.

4. Ahli Keluarga Boleh Tolong

Berapa ramai yang rasa ibu dan ayah, atau adik-beradik dapat membantu kita apabila kita susah? Mungkin pada peringkat awal atau dua tiga bulan tu boleh juga, tapi kalau setahun dua?

Apabila kita kurangkan kebergantungan kita kepada ahli keluarga, kita pun tidak merasa kecewa sangat apabila mereka tidak dapat membantu.

5. Redha

Terakhir sekali, kita redha dengan sebarang ketentuan. Dah nak sakit, nak buat macam mana? Dah nak eksiden, bertabah sajalah. Benda dah nak berlaku, terima saja.

Pepatah ada mengatakan, “Sediakan payung sebelum hujan”. Adalah elok sekiranya kita mempunyai persediaan bagi menghadapi sebarang jenis keadaan, yang baik mahu pun yang buruk.

Sekurang-kurangnya kita tidak meminta-minta apabila berlakunya sesuatu yang tidak diingini.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend