Nak Ambil Takaful Tapi Tak Mampu? Ada Caranya, Jangan Bimbang

Ada di antara kita yang mula sedar akan kepentingan memilki Takaful, namun ada beberapa kekangan terutamanya bayaran bulanan Takaful. Belum termasuk lagi nak bincang dengan suami atau isteri sebelum nak ambil Takaful ni.

Tidak dinafikan, jumlah bayaran bulanan Takaful menjadi satu bebanan kepada mereka yang berpendapatan rendah. Bagi mereka yang berpendapatan tinggi sedikit, duit ada nak bayar caruman Takaful, tetapi seringkali berlengah untuk memulakannya.

Pembayaran caruman Takful ini pula perlu konsisten setiap bulan, agar pelan perlindungannya tidak terbatal. Sebab itulah, anda kena betul-betul bersedia dengan mengamalkan tips berikut:

1. Tetapkan Bajet

Sama ada kita sedar atau tak, perlindungan adalah perkara yang paling penting dalam perancangan kewangan. Dah ada perlindungan, baru fikir nak buat simpanan dan kemudiannya pelaburan.

Ini kerana, kalau kita ada banyak simpanan sekalipun – ianya boleh hangus dalam sekelip mata kalau kita ditimpa musibah. Sama juga halnya dengan pelaburan, kalau silap tempat melabur – boleh lebur semua pelaburan kita. Bertambah malang lagi bila takde simpanan. Lepas itu ditimpa musibah lagi, memang kena dengan pepatah “Sudah jatuh ditimpa tangga”.

Senaraikan perbelanjaan bulanan sedia ada, dan potong mana yang tak berkenaan. Kalau anda perlukan bantuan, sila rujuk Bagaimana Membezakan Antara Keperluan Dan Kehendak?

Kalau dah tak boleh sangat nak kurangkan perbelanjaan tu – tinggal satu lagi cara iaitu dengan meningkatkan pendapatan. Cuba baca 3 Pekerjaan Freelance Ini Mampu Menjana Pendapatan Yang Tinggi Kepada Anda.

Bawa berbincang dengan ejen Takaful, bahawa anda hanya ada bajet sekian-sekian buat masa ini. Kalau mampu hanya RM100 sebulan, jangan pergi sign perlindungan Takaful dengan komitmen RM200 sebulan. Nanti tak sampai setahun, tak mampu nak bayar, polisi jadi lapse pula.

Tapi kalau ditakdirkan polisi lapse, boleh rujuk Apa Boleh Buat Jika Polisi Takaful Dah Lapse (Luput).

Dah jumpa pelan Takaful yang dalam bajet kita, pastikan anda setkan bayaran secara autodebit. Tiap-tiap bulan akan tolak daripada akaun bank kita. Dengan ini, anda tidak perlu risau dan bimbang jika terlupa nak bayar.

2. Pastikan Perlindungan Kena Dengan Bajet

Bila dah buat bajet dan hanya mampu nak bayar RM100 sebulan, mungkin anda terpaksa mengurangkan jumlah perlindungan. Atau ada rider yang perlu dikeluarkan. Cara terbaik adalah dengan berbincang dengan ejen Takaful anda untuk cari pelan yang terbaik, sesuai dengan bajet anda.

Kalau terpaksa tukar daripada kerja yang berisiko tinggi kepada yang berisiko rendah, mungkin terpaksa ambil tindakan ini. Bagi yang merokok pula, cuba berhenti merokok kerana ianya akan menyebabkan bayaran bulanan jadi tinggi.

Begitu juga halnya dengan yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, dengan mengurangkan berat badan dapat juga merendahkan premium yang perlu dibayar setiap bulan.

3. Bermula Seawal Yang Mungkin

Bila dah ada kesedaran tu, cepat-cepatlah ambil Takaful. Ini kerana semakin tua anda mula, semakin mahal pula bayaran bulanan. Sebab itu anda perlu mula segera, sementara ianya masih murah; ditambah lagi dengan keadaan kesihatan yang baik.

Jangan pula tunggu sampai tua dan dah mempunyai penyakit, baru nak ambil Takaful. Sebab nanti pihak Takaful tak cover pula penyakit sedia ada.

Usah Jadikan Bajet Ciput Sebagai Halangan

Dengan adanya tips-tips di atas, ditambah dengan kesedaran yang baru ada dalam diri; maka percepatkanlah proses nak ambil Takaful. Hendak seribu daya, tak hendak satu alasan pun dah cukup.

Dan kalau nak tahu, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful. Satu fakta yang sedih lagi merisaukan bukan? Kalau ada apa-apa jadi nanti, bagaimana?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend