Perbezaan Takaful Dengan Insuran Konvensional

Anda masih keliru untuk membezakan apa itu takaful dan apa itu insurans konvensional? Masih tak tahu apa perbezaan di antara takaful dengan insurans?

Jangan risau, dulu kami juga tak tahu seperti anda. Tapi dengan adanya ilmu yang ditimba daripada beberapa orang tokoh, berikut disenaraikan beberapa perbezaan ringkas antara takaful dan insurans.

No. Takaful Insurans
1 Sumbangan Takaful Premium Insurans
2 Sertai Takaful Beli Insurans
3 Sijil Takaful Polisi Insurans
4 Takaful Keluarga Insurans Hayat
5 Patuh Syariah Tidak Patuh Syariah
6 Tiada Unsur Riba & Gharar Ada Unsur Syubhah
7 Konsep Tolong-Menolong Konsep Menanggung Risiko
8 Kontrak Tabarruq (Derma Ikhlas) Kontrak Insurans Konvensional (Jual Beli)
9 Takaful Wajib Untuk Orang Islam Takaful Merupakan Alternatif Kepada Orang Bukan Islam
10 Bila bersumbang dengan takaful, maka anda dapat perlindungan dan dapat menfaat pelaburan yang halal tanpa najis riba yang diharamkan Allah. Bila membayar premium insurans, maka anda dapat perlindungan dan dapat manfaat pelaburan yg tercalit najis riba yang diharamkan Allah.
Anda akan terus menerus mendapat pahala, setiap kali bila ada peserta ahli takaful lain membuat tuntutan atau claim dari takaful bila mereka ditimpa musibah.
Sebab sumbangan anda kepada takaful tersebut akan membantu dan digunapakai oleh peserta yang ditimpa musibah.

Bersama-samalah kita berhijrah daripada insurans yang haram kepada takaful yang patuh syariah. Diharapkan anda sudah boleh mengenalpasti perbezaan takaful dengan insurans konvensional selepas ini. Sudah-sudahlah kita menanggung dosa, sesungguhnya Allah akan perangi mereka yang terlibat di dalam riba, sepertimana yang dilakukan oleh insurans konvensional sekarang ini.

Hijrah Itu Indah

Semoga kita sama-sama dapat manfaat daripada perkongsian kali ini, sebarkanlah supaya lebih ramai lagi tahu mengenai perbezaan takaful dan insurans.

Sumber: Facebook Haji Razli Ramli

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend