Baca ini jika anda seorang suami yang bergaji RM5,000 sebulan

Kepentingan Takaful

Ini bukan sejenis iklan tetapi realiti yang mungkin akan berlaku pada diri kita.

#1. Jika anda seorang suami yg bergaji RM 5,000 sebulan, anda memerlukan perlindungan sekurang-kurangnya RM 1 juta untuk diri anda (andaian Isteri tidak bekerja dan mempunyai anak-anak kecil) kerana anda satu-satunya sumber income keluarga.

#2. Jika satu hari nanti anda mati secara tiba-tiba,maka hilanglah punca pendapatan keluarga. (Mati itu pasti). Hal ini boleh menyebabkan keluarga anda yang tercinta putus sumber pendapatan. Bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan jika selama ini kebergantungan terhadap diri anda sebagai ketua keluarga. Yang mati akan pergi, yang hidup harus meneruskan kehidupan. Tetapi jika anda telah membuat persediaan awal, hal ini dapat diatasi.

#3. Pihak Takaful akan menemui waris anda iaitu Isteri. Isteri anda akan menerima tunai RM 1 juta atas nilai yang dilindungi atas diri anda.

#4. Pesanlah pada Isteri anda, sekiranya anda tiada nanti, uruskanlah duit itu dengan sebetulnya. Ajarkan beliau teknik yg betul. Masukkan jumlah RM 1 juta tadi ke dalam akaun ASB / Tabung Haji. (pelaburan yang paling rendah risiko). Kalau nak lebih berisiko tinggi serta pulangan yang jauh lebih baik boleh beli saham yang baik di Bursa Malaysia. Ajar juga cara mengesan skim cepat kaya agar tidak tertipu nanti. Boleh baca artikel Kompilasi dialog terbaru geng-geng Skim Cepat Kaya.

#5. Gunakan dividen setiap tahun dari ASB / Tabung Haji tadi sebagai pengganti sumber pendapatan keluarga. Dengan dividen average 6% setahun = RM 60,000 / setahun @ RM 5,000 / sebulan. Dividen RM 5,000 / sebulan dapat digunakan untuk sara hidup Isteri dan anak-anak anda, perbelanjaan sekolah anak-anak dan segala kos yg berkaitan. Nilai tunai RM 1 juta tadi masih kekal di dalam akaun saving ASB / Tabung Haji Isteri anda.

Inilah yg dinamakan cinta SAMPAI MATI.

Isteri dan anak-anak anda pasti bangga mempunyai suami dan ayah yang bertangungjawab walaupun anda sudah tiada.

Anda juga boleh meminta Isteri anda menginfakkan 5-10% dari dividen yang diterima setiap tahun ke dalam tabung amal jariah bagi mendapat pahala berterusan untuk dibawa di akhirat sana nanti.

 

Sumber asal : Muhd Farid

Baca juga 11 Istilah Yang Mesti Difahami Semasa Memilih Pelan Takaful

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend