Takaful Untuk Srikandi Negara

Seiring dengan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memiliki skim perlindungan atau insuran dan takaful, pelbagai produk baru telah diperkenalkan oleh syarikat-syarikat berkenaan istimewa untuk pengguna.

Sebagai contohnya, Takaful khas untuk golongan wanita. Anda pernah dengar tentang takaful untuk wanita?

Menurut kajian, golongan wanita mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding lelaki. Oleh itu, amat penting untuk golongan hawa mempunyai skim perlindungan bagi menjamin kehidupan pada masa depan.

Jom kami kongsi apa yang menarik untuk diketahui tentang takaful wanita untuk panduan pembaca.

Ada beberapa syarikat insurans telah memperkenalkan pakej takaful wanita ini seperti :

1. AIA Public Takaful – Lady360-i

Pelan ini menyediakan perlindungan menyeluruh bagi penyakit-penyakit berkaitan wanita atau peristiwa serta perlindungan asas bagi kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK).

Faedah yang disediakan terbahagi kepada 7 kategori utama:

  • Faedah Asas
  • Faedah Penyakit Wanita
  • Faedah Penjagaan Wanita
  • Faedah Kehamilan
  • Faedah Ganjaran Tunai
  • Hadiah Kegembiraan
  • Faedah Matang

Kelayakan : Wanita yang berumur antara 16 tahun hingga 45 tahun

Tempoh perlindungan : Sehingga berumur 80 tahun

Ini maklumat secara umum sahaja. Boleh layari laman web AIA Public Takaful atau muat turun brosur Lady-360i untuk mendapatkan maklumat lanjut.

2. Zurich Takaful – Takafulink Wanita

Produk ini menawarkan manfaat perlindungan dan juga manfaat pelaburan. Sebahagian daripada jumlah caruman akan diperuntukkan untuk membeli unit di mana-mana Dana Syariah Zurich Takaful mengikut dana pilihan malah telah dipakej bersama dengan manfaat tambahan iaitu Perlindungan Penyakit Wanita (MTWI). Nilai Sijil Takafulink Wanita adalah tertakluk kepada harga unit yang disandarkan, tertakluk kepada prestasi Dana Syariah Zurich Takaful yang telah dipilih.

3 pilihan tersedia untuk pelanggan

  • Takafulink Wanita dengan Tempoh Fleksibel
  • Takafulink Wanita dengan kadar kenaikan berkala ke atas Jumlah Asas Yang Dilindungi
  • Takafulink Wanita dengan kadar penurunan berkala ke atas Jumlah Asas Yang Dilindungi

Kelayakan : Orang yang dilindungi (sesiapa sahaja yang berumur 16 tahun hingga 69 tahun) dan peserta (berumur 18 tahun dan ke atas)

Sila layari laman web Zurich Takaful atau muat turun brosur Takafulink Wanita untuk dapatkan maklumat lanjut.

3. Prudential BSN – Takaful Puteri

Takaful khusus untuk golongan wanita yang menawarkan pelbagai ciri perlindungan.

Skim ini memberi perlindungan terutamanya aspek kewangan yang timbul akibat penyakit berkaitan wanita. Ciri-ciri perlindungan yang ditawarkan:

1. Kanser berkaitan Wanita/Lupus Sistemik Eritematosus (SLE) dengan Lupus Nefritis

Kanser Payudara, Uteri Serviks, Tiub Falopio, Ovari, Uterus, Dan Faraj/Vulva ATAU Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis – 100% daripada Jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat

2. Karsinoma-In-Situ Payudara atau Uteri Serviks – 30% daripadaJumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat

Apabila kemudiannya anda didiagnos menghidap Kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis – 70% dari Jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat

Kelayakan : 19 hingga 60 tahun (dewasa)

Tempoh perlindungan : 60, 70 atau 80 tahun (dewasa)

Nak tahu lebih lanjut pasal Takaful Puteri, boleh layari laman web Prudential BSN, hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan di +603 20537188 atau emel kepada customer@prubsn.com.my.

4. Etiqa Takaful – Femina Special

Sama seperti skim perlindungan yang lain, Femina Special dihadirkan untuk memberi perlindungan terbaik kepada kaum wanita. Pencarum boleh menikmati perlindungan kemalangan peribadi dan maanfaat perlindungan berkait wanita dalam satu pelan menyeluruh.

Menariknya, dalam polisi ini, Seksyen 12 – Penculikan, sekiranya anda diculik, perbelanjaan yang dihabiskan untuk upah penyiasat akan ditanggung sehingga RM30,000 mengikut terma dan syarat yang perlu dipatuhi.

Boleh tengok laman web Etiqa Takaful untuk maklumat lanjut.

5. Takaful Ikhlas – IKHLAS Wanita Elegance Takaful

Seiring dengan skim lain, Takaful Ikhlas juga mempunyai perlindungan istimewa untuk golongan wanita yang meliputi perlindungan terhadap penyakit, kematian, cara hidup dan pelbagai manfaat.

Terdapat dua jenis pelan iaitu :

1. IKHLAS Wanita Elegance Takaful dengan Manfaat Kehamilan

2. IKHLAS Wanita Elegance Takaful tanpa Manfaat Kehamilan

Kelayakan : 16 dan 50 tahun

Setiap skim perlindungan mempunyai keistimewaan tersendiri. Yang pasti, ia dihadirkan khusus untuk golongan wanita. Jika anda pening mahu memberikan hadiah kepada insan (wanita) tersayang, apa kata hadiahkan skim perlindungan ini. Menarik dan unik.

Maklumat ini juga hanya diberikan secara ringkas. Anda boleh ke laman web Takaful Ikhlas, muat turun brosur IKHLAS Wanita Elegance Takaful atau berhubung dengan ejen yang sah jika berminat untuk mendapatkan matklumat lanjut.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend