Zurich Malaysia Tawar Kemudahan Miliki Perlindungan Insurans Dan Takaful Pertama Dengan Pelan-Pelan SureCover

Selaras dengan komitmen syarikat untuk mengembangkan rangkaian produk dalam memenuhi keperluan perlindungan segmen penduduk yang lebih meluas, Zurich Malaysia (Zurich Life Insurance Malaysia Berhad dan Zurich Takaful Malaysia Berhad) baru-baru ini memperkenalkan Zurich SureCover dan Takaful SureCover, dua pelan perlindungan hayat yang menawarkan pelanggan kemudahan proses permohonan serta perlindungan berpatutan dan mampu milik dari serendah RM75 sebulan. Ciri ‘penerimaan dijamin’ memberi peluang kepada pelanggan untuk memiliki kedua-dua pelan ini tanpa mengira keadaan kesihatan dan kelas pekerjaan mereka.

Statistik industri menunjukkan bahawa kadar penembusan insurans kekal statik pada kadar 54% hingga 56% sepanjang tempoh lima tahun yang lalu.[1] Jumlah peratusan ini merangkumi individu yang mempunyai beberapa jenis perlindungan insurans dan takaful. Sekiranya pengiraan berganda ini dihapuskan, hanya 35% rakyat Malaysia dilindungi.[2] Selain itu, hanya 4% isi rumah berpendapatan rendah mempunyai insurans hayat atau perlindungan takaful keluarga.[1]

Mukesh Dhawan, Pengurus Besar Insurans Hayat dan Takaful Keluarga, Zurich Malaysia menerangkan usaha kedua-dua syarikat dalam memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan untuk diri mereka dan orang tersayang tanpa perlu bimbang tentang pemeriksaan kesihatan dan komitmen premium mahupun caruman yang tinggi. “Di Zurich, kami percaya bahawa pengalaman memiliki atau membeli pelan insurans atau takaful kali pertama seharusnya mudah, tanpa sebarang kerumitan serta mampu milik. Dengan Zurich SureCover dan Takaful SureCover, kami telah  mempermudahkan proses permohonan untuk membantu dan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan yang secukupnya, tanpa mengira keadaan kesihatan mereka. Ia merupakan pelan-pelan yang ideal yang dapat memberikan kemudahan kepada pembeli insurans dan takaful kali pertama.”

Ciri-ciri dan manfaat-manfaat utama Zurich SureCover dan Takaful SureCover adalah:

1. Penerimaan Dijamin dari usia 35 tahun sehingga 80 tahun

Seperti nama kedua-dua pelan ini, Zurich SureCover dan Takaful SureCover mempunyai ciri penerimaan dijamin dan ianya terbuka kepada sesiapa yang berumur diantara 35 tahun dan 80 tahun tanpa mengira keadaan kesihatan mahupun kelas pekerjaan mereka.

2. Permohonan mudah tanpa sebarang kerumitan, tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan

Para pelanggan tidak perlu melengkapkan soal selidik perubatan mahupun menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mendapatkan mana-mana pelan ini.

3. Perlindungan sehingga usia emas

Para pelanggan boleh menikmati ganjaran kehidupan kerana pelan Zurich SureCover dan Takaful SureCover menyediakan perlindungan sehingga umur 100 tahun dan 90 tahun.

4. Perlindungan berpatutan dan mampu milik dari serendah RM75 sebulan

Dari hanya RM75 sebulan, pelan ini menawarkan manfaat-manfaat hebat yang direka khusus mengikut kehendak pelanggan.

5. Manfaat Kematian dengan Manfaat Kematian Akibat Kemalangan yang tinggi

Manfaat untuk kematian akibat kemalangan dan kematian bukan akibat kemalangan akan dibayar sekiranya Hayat yang Diinsuranskan atau Hayat yang Dilindungi meninggal dunia. Manfaat yang dibayar untuk kematian akibat kemalangan adalah sehingga 500% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan atau Jumlah Asas Dilindungi; atau Jumlah Premium Dibayar atau Jumlah Caruman yang Dibayar (mana-mana yang lebih tinggi).

6. Ganjaran Manfaat Matang

Para pelanggan Zurich SureCover akan menerima bayaran sekaligus sebanyak 188% daripada Jumlah Premium Dibayar pada akhir tahun polisi selepas ulangtahun (hari lahir) ke-100 mereka manakala pelanggan Takaful SureCover akan menerima jumlah yang bersamaan dengan nilai Akaun Pelaburan Peserta selepas ulangtahun (hari lahir) ke-90 mereka.

7. Manfaat Penghantaran Pulang

Bayaran balik sehingga RM 3,000 untuk perbelanjaan yang ditanggung bagi menghantar pulang jenazah Hayat yang Diinsuranskan atau Hayat yang Dilindungi ke tanah air; sekiranya berlaku kematian di luar negara Malaysia.

Para pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang pelan Zurich SureCover atau Takaful SureCover dengan menghubungi Penasihat Jualan Zurich atau Konsultan Zurich Takaful mereka atau hubungi Pusat Panggilan Zurich di 1-300-888-622 atau layari www.zurich.com.my

[1] Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2016, Bank Negara Malaysia

[2] Ucaptama Gabenor Bank Negara Malaysia, Sidang Kemuncak Insurans Malaysia (MIS) 2017 

Mengenai Zurich

Zurich Insurance Group (Zurich) merupakan penyedia pelbagai insurans utama yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan di pasaran antarabangsa mahupun tempatan. Dengan kira-kira 53,000 orang kakitangan, Zurich menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan  hartanah, kasualti serta insurans hayat yang meluas di lebih daripada 210 buah negara dan wilayah. Pelanggan-pelanggan Zurich merangkumi individu, perniagaan kecil sederhana mahupun besar serta syarikat-syarikat multinasional. Kumpulan ini beribu pejabat di Zurich, Switzerland dan telah diasaskan pada tahun 1872. Syarikat pegangannya, Zurich Insurance Group Ltd (ZURN), disenaraikan di SIX Swiss Exchange dan bertaraf tahap I program Resit Depositari Amerika yang didagangkan menerusi kaunter pada OTCQX. Maklumat lanjut mengenai Zurich boleh diperolehi di www.zurich.com

Zurich Life Insurance Malaysia Berhad (ZLIMB), sebagai sebahagian daripada Zurich Insurance Group, adalah penyedia insurans hayat terkemuka dan beribu pejabat di Kuala Lumpur. Melalui pelbagai rangkaian produk insurans hayat, ZLIMB menyediakan penyelesaian perlindungan, perubatan dan kesihatan, simpanan wang dan pelaburan untuk memenuhi keperluan keselamatan dan jaminan kewangan para pelanggan. Bersama-sama kakitangan yang berdedikasi, tenaga kerja agensi, pengedar dan rakan niaga serta dengan sokongan lebih daripada 25 cawangan di seluruh negara, ZLIMB komited untuk membantu pelanggan memahami dan melindungi diri mereka daripada risiko. Perlindungan takaful keluarga yang patuh syariah juga disediakan untuk para pelanggan melalui syarikat sekutu, Zurich Takaful Malaysia Berhad. ZLIMB dahulunya dikenali sebagai Zurich Insurance Malaysia Berhad. Untuk maklumat lanjut mengenai ZLIMB, layari  www.zurich.com.my

Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) adalah salah sebuah pengendali takaful keluarga terkemuka di Malaysia. Ia merupakan ahli Zurich Insurance Group dan satu-satunya penyedia tunggal produk takaful keluarga yang patuh syariah dalam kumpulan Zurich. Dengan kepakaran pasaran takaful lebih sedekad, ZTMB menyediakan penyelesaian perlindungan, perubatan dan kesihatan, simpanan wang dan pelaburan untuk memenuhi keperluan para pelanggan di pelbagai peringkat kehidupan. Bersama-sama kakitangan yang berdedikasi, tenaga kerja agensi, pengedar dan rakan niaga serta dengan sokongan rangkaian cawangan di seluruh negara, ZTMB komited untuk membantu para pelanggan memahami dan melindungi diri mereka daripada risiko Produk konvensional insurans hayat juga disediakan kepada pelanggan melalui syarikat sekutunya iaitu Zurich Life Insurance Malaysia Berhad. Untuk maklumat lanjut mengenai ZTMB, layari  www.zurich.com.my

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend